Part 4

1.9K 29 1
                                    

LETIH memikir tentang syarikat, Aeric meninggalkan pejabat untuk merehatkan otaknya selepas tengah hari itu. Tetapi, dia tetap memastikan tiada yang pincang di pejabat.

​Aeric membiarkan sahaja jari-jemari runcing itu memicit lembut kepalanya. Selesa benar dilayan begitu. Terasa kepenatan memerah otak di siang hari hilang begitu sahaja. Bekerja sebagai pekerja spa memang memberikan kelebihan kepada Nadine untuk melayannya. Kerana itu dia lebih selesa bersama Nadine daripada perempuan-perempuan yang pernah menemani malamnya sebelum ini.

"The same problem, huh?" soal Nadine lembut, merenung wajah kacak di ribaannya. Dia tahu benar apabila Aeric datang kepadanya dengan wajah bermasalah begitu. Apalagi kalau bukan soal pemilikan syarikat yang jadi rebutan.

​Selama setahun dia menjadi 'teman' Aeric, hanya perkara itu yang membuat lelaki itu tidak senang duduk. Aeric sekadar mengangguk. Matanya masih terpejam menikmati urutan di bahunya pula.

"You nak makan apa-apa?" soal Nadine lagi.

Urutannya sudah terhenti. Tangan kanannya mula mengelus rambut panjang separas bahu lelaki itu.
Dengan susuk tubuh yang tinggi lampai, berdada bidang dan berperwatakan serius dengan mata yang agak dalam, lelaki itu tampak berbahaya di pandangan mata. Ditambah pula dengan rambut panjang lurus separas bahu membuatkannya tampak lebih berbahaya.

Dia tidak pernah melawan atau merengek atau mencari Aeric di mana-mana. Sesekali ada juga dia menelefon tetapi tidak pernah memaksa Aeric menemuinya. Aura Aeric yang 'memerintah' agak menakutkannya. Namun dia suka Aeric berambut panjang begitu.​

"You nak makan apa-apa tak?" ulangnya lagi apabila Aeric tidak memberikan jawapan. Kadangkala Aeric suka mengisi perut di apartmennya. Magna Ville, kondominium di Jalan Kuching yang dihadiahkan oleh Aeric sebagai 'teman' itu sangat dihargainya. Bukan murah untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur ini. Mahu diharapkan gaji sebagai pekerja di spa terkenal pun belum membuatnya mampu memiliki apartmen sendiri. ​

Aeric bingkas duduk. Hampir seminggu tidak bertemu gadis itu dek kesibukan kerja. Direnung lama wajah cantik milik Nadine. Terlukis senyum nakal di bibirnya. Pantas dirangkul tubuh langsing milik Nadine lalu ditinggalkan sofa di ruang tamu yang menjadi tempatnya berehat tadi. Kakinya melangkah ke bilik tidur.​

"I nak gigit you," bisik Aeric dengan suara separuh garau, penuh bernafsu. Leher jenjang Nadine menjadi mangsa bibirnya. Nadine tergelak kecil terasa geli kala kumis nipis Aeric bergeser dengan kulit lehernya. Kemudian bibirnya dengan rela mencari bibir lelaki itu, turut membalas tuntutan nafsu lelaki itu.

Direbahkan tubuh Nadine di atas katil bertilam empuk. Dia berbaring di sisi wanita itu sambil tangan kanannya mula menjalar nakal pada pinggang ramping Nadine. ​

"I want you," tutur Aeric dengan desah nafas yang mula tidak sekata. Nadine tersenyum manis. Rela menyerahkan diri pada lelaki itu. Dia tahu itulah yang dimahukan Aeric daripadanya. Tiada lain.
Sesungguhnya dia tidak pernah berharap Aeric mahukan perkara lain daripadanya. Yang dia tahu, Aeric hanya mahukannya sebagai 'teman' di kala malam. Tidak lebih daripada itu. Dan dia hanya berharap Aeric mahukannya sebagai 'teman' selama mungkin supaya dia boleh mengumpul harta sebanyak yang mungkin juga. Nadine tahu kedudukannya bila-bila masa sahaja boleh tergugat tanpa dapat dia pertahankan.

​Aeric bukan sebarangan orang di kota besar ini. Aeric juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai hajat hatinya. Aeric yang dia tahu bernama Melayu tetapi dia tidak yakin agama yang dianuti Aeric sebab Andy Yeong, lelaki Cina berketurunan baba yang selama ini membela Aeric.

Bisikkan NamakuWhere stories live. Discover now