Part 3

2.2K 31 0
                                    

JACKY tersenyum sinis melihat orang tua yang terlantar lemah di katil hospital itu. Tenang dalam tidurnya. Mungkin masa emasnya semakin hampir. Masanya untuk hidup bermewah. Dinamic Star Corporation pasti menjadi miliknya. Dia satu-satunya anak saudara lelaki Andy Yeong. Dialah yang berhak meneraju syarikat yang berdiri begitu megah kini. Sudah tiba masanya untuk menuai hasil padi yang menguning emas. ​

Perlahan-lahan mata orang tua itu terbuka. Umpama tahu ada pelawat di sisinya. Dia sekadar mengukirkan senyum nipis buat anak kepada adik perempuannya itu. ​

"Uncle sihat?" soal Jacky seraya menarik kerusi di sisi katil lalu duduk. Wajahnya beriak seperti orang risau. Seolah-olah begitu prihatin akan kesihatan pak ciknya itu.​

"Never better. Kau datang seorang ke? Your mom?"

"I datang seorang. Mummy ada hal sikit. Bila uncle boleh keluar?"

Andy Yeong terangguk-angguk kecil, cukup memahami. Adik perempuannya tidaklah begitu mengambil berat akan dirinya. Hanya bermanis muka kerana hartanya. Dia tidak hairan langsung jika Jacky pun begitu.

"Petang nanti Aeric datang ambik aku lepas dia habis meeting."​

Mendengar nama itu, wajah Jacky berubah keruh. Nama itulah yang selalu disebut-sebut oleh pak ciknya. Nama lelaki yang menumpang teduh di bawah sayap pak ciknya. Lelaki itu bagaikan harapan untuk pak ciknya. Dia akan musnahkan harapan itu tidak lama lagi. Lelaki itu langsung tidak layak untuk duduk di kerusi CEO syarikat.

Sepatutnya dia yang duduk di situ. Dia darah daging pak ciknya. Bukan anak pungut itu.

"I boleh hantar uncle balik," pelawa Jacky dengan wajah yang dimaniskan.

"No, it's okay. I will wait for him. Kau tak busy? Tak ada kerja di office, ke?" soal Andy Yeong serius. Ralat sungguh dengan sikap main-main anak saudaranya itu. Diambil mudah sahaja urusan syarikat.

"Hari ni meeting dengan klien habis awal. I terus datang sini tengok uncle. I'm really concerned about your health," tutur Jacky dalam nada yang terkawal walaupun hakikatnya dia bengang pelawaannya ditolak mentah-mentah.

"Why do you favor him so much? He's not one of us. Dia tu orang luar, uncle."​

"I'm not. Dia bukan orang luar," balas Andy Yeong tenang. Walaupun hubungannya dengan Aeric tidaklah mesra namun Aeric sudah dianggap keluarga. Aeric lebih boleh diharapkan. Tidak seperti anak saudaranya. ​

Jacky bingkas bangun sebaik mendengar jawapan yang menyakitkan pendengarannya itu. Tangannya mengusap kasar rahang yang terasa tegang.

"Yeah, right. Don't tell me you want to give him the damn company!"

"Should I give it to you then?" soal Andy Yeong sinis. Semakin kesihatannya merosot semakin mendesak kelakuan Jacky. Semakin jelas menunjukkan taring.

"That's the right thing to do," jawab Jacky selamba. Bagai itulah yang sepatutnya berlaku. Andy Yeong tertawa sinis. ​

"I'm not dead yet. Kau tak perlu risau. Uncle akan hidup lama lagi."

Jacky merengus marah. Ditinggalkan lelaki tua itu tanpa sepatah kata lagi. Dia tetap akan mendapatkan haknya. Dia tidak akan membenarkan syarikat itu jatuh ke tangan orang luar.

Andy Yeong sekadar tergeleng-geleng sendiri. Kalaulah dia punya zuriat sendiri tidak perlu masalah begini timbul. Akan diserahkan segala-galanya pada zuriatnya. Malangnya dia bagaikan lelaki mandul. Walaupun doktor menyatakan dia tidak punya sebarang masalah, dia masih tidak mampu menghamilkan mana-mana perempuan yang ditidurinya. Apa masalah sebenarnya? Mengapa tuhannya tidak berlaku adil kepadanya. Dia ada harta tetapi mengapa tiada anak?

Bisikkan NamakuWhere stories live. Discover now