PART 8

2.1K 81 60
                                    

Tajuk : Ubat Nyamuk

( Sambungan cerita penyapu antara bapa dan anaknya iaitu Aqmal )

Keesokan harinya pula, seperti biasa Bapanya akan menyuruh anaknya membeli barang walaupun sebelum ini dia telah dipermainkan.

Bapa : Aqmal!!

Aqmal : Ye bapa.

Bapa : Ubat nyamuk kat rumah kita dah habis lah. Boleh tak Aqmal belikan sekotak ubat nyamuk.

Aqmal : Baik, bapa.

Bapa : Eh! kejap sebelum tu kamu jangan cakap penyapu tiada rambut la, guna rambut bapa la. Selepas itu, pergi ke kedai lain jangan pergi ke kedai penyapu tu. Abang yang kamu pernah cakap tu memang suka berangan lebih dia tu siap ada ahli sihir la.

Aqmal : Baik Bapa tapi kan Bapa suruh beli ubat nyamuk mana ada rambut bagai ni.

Bapa : Tak, Bapa nak beritahu je kepada kamu supaya tidak cuai lagi.

Aqmal : Ok Bapa Aqmal pergi dulu ye.

Bapa : Ok. Jalan elok - elok.

Seperti biasa Aqmal pergi ke kedai tapi bukan di kedai yang dia beli penyapu seperti tempoh hari tu. Kerana Bapa nya tidak  berapa percaya dengan pekerja di kedai itu.
Aqmal menjumpai satu kedai yang menjual barang - barang terpakai. Lalu, dia memasuki ke kedai tersebut.

Aqmal : Wah kedai baru ke ni.

Makcik Cashier : Ye dik cari apa?

Aqmal : Makcik ada jual ubat nyamuk tak?

Makcik Cashier : Oh, ada kat belakang tu ha. Carilah.

Aqmal : Terima kasih makcik.

Makcik Cashier : Sama - sama. Hihihi

Kalau anda nak tau Makcik Cashier itu ialah Mak kepada Abang di kedai J - Mart itu. Sebab itulah dia gelak seperti ini ' Hihihi' di atas ini. Mak dan anak sama sahaja seperti pepatah melayu kata bapa borek , anak rintik.

Aqmal : Ha! Jumpa pun ubat nyamuk. Hish, banyaknya nyamuk kat sini. Bagi ubat ni kang baru tahu.

Selepas itu, Aqmal pergi ke Cashier untuk membayar sekotak ubat nyamuk.

Aqmal : Makcik, sekotak ubat nyamuk. Berapa?

Makcik Cashier : RM3.40

Aqmal : Ok nah RM3.50 . Keep the change.... 😂

Makcik Cashier : 😬 Sepuluh sen pun nak keep the change ke?

Aqmal berjalan pulang ke rumahnya dan seperti biasa dia telah dikenakan oleh Makcik tadi. Yang sebenarnya dalam kotak ubat nyamuk itu tiada ubat nyamuk. Selepas itu, Aqmal pulang ke rumahnya.

Aqmal : Bapa, Aqmal dah pulang.

Bapa : Ha! Mana ubat nyamuk?

Aqmal : Nah.

Lalu, Bapanya menggoncang kotak ubat nyamuk itu. Tiba - tiba....

Bapa : Eh kenapa tiada pun ubat nyamuk dalam ni.

Aqmal : Aik? Yeke Bapa?

Bapa : Yelah.

Aqmal : Mana?

Bapa : Ni.

Aqmal : Aik kosong je. Oh patutlah.

Bapa : Apa dia?

Aqmal : Masa Aqmal cari ubat nyamuk itu Aqmal ternampak nyamuk terbang kat Aqmal dan nyamuk tu gigit tangan Aqmal. Lepastu Aqmal pukul nyamuk tu.

Bapa : Habistu apa kena mengena.

Aqmal : Lupa tanya nyamuk tu sakit apa? Sampai Aqmal terbagi pada nyamuk tu sekotak ubat nyamuk yang ada isi dan Aqmal pula ambil kotak kosong. Aduh... dahlah Aqmal Keep The Change 10 sen kat Makcik Cashier tu.

Bapa : Astaghfirullah budak ni.

Hahaha 😂😂😂

Sambungan Part 14 (Asyik Tanya)
19 Februari 2018

Koleksi Cerita LawakWhere stories live. Discover now