Sannah Helwah

277 9 0
                                    

29 Januari//Jam 1917

Umur hanya sekadar angka. Tetapi bertambah angka satu menyimpan satu makna; tertolak angka satu pada tempoh kematian.

Jadi,
aku mahu berterima kasih dan memohon maaf untuk semua rasa dan material yang pernah diberi dan diterima.

Aku ada kekurangan dan kelemahan.

Kelemahan boleh dibaiki dengan sokongan dan tolakan keyakinan.
Kekurangan perlu dilengkapi dan diterima seadanya.
Kau boleh pilih salah satunya, mana-mana pun aku hargai.

Selain dua pilihan itu, aku akan fikirkan.

Maaf untuk semua kerenah yang tak menyenangkan. Kadang-kadang aku marah, sindir, senyap dan palau ada sebabnya dan disengajakan.

Kecuali satu, berkata lancang dan menyakiti hati kamu.

Untuk ibu; aku berjanji kerana Tuhan.
Untuk guru; aku berjanji kerana didikan ibu.
Untuk teman; aku berjanji kerana tunjuk ajar guru.
Untuk buku; aku berjanji kerana kemahuan aku.
Pokok pangkalnya, kerana Tuhan.

Tahun ini diharap tiada penyesalan untuk setiap keputusan. Lalui dengan senyuman, teruskan berjalan walaupun perlahan.

Doakan dan didoakan.
Sannah Helwah, diri.

by amoiwaseem

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 29, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

True Love [Allah] RecipesWhere stories live. Discover now