Kejayaan

461 16 0
                                    

Kejayaan yang datang dengan diduga, jangan dianggap keberhasilannya adalah daripada diri manusia.
Itu semua dari Tuhan kita, Allah yang Maha Penyayang.

Kau sudah usaha tidak bermakna kejayaan itu terbit daripada kesungguhan engkau mengejarnya.
Lihat manusia yang tidak bernasib baik, adakah mereka langsung tidak berusaha?
Mungkin, kali itu bukan rezeki mereka.

Lihat umat terdahulu, Qarun.
Menganggap kehebatan dan kehandalannya dalam mencipta kekayaan, sehingga pada Tuhan hilang rasa gerun.

Kejayaan itu datangnya daripada Allah. Kau tahukan bahawa Tuhan kita itu terlalu suka dan selalu murah hati untuk memberi.

Takkan kau mahu mengambil kesempatan atas kemurahan Allah dengan mengatakan kejayaan itu datangnya daripada diri engkau?
Sungguh, yang datang itu semuanya daripada Allah.

Jangan terlalu mengagungkan apa yang kita kecapi.
Sepatutnya yang dipuji adalah yang memberi, Allah.

by amoiwaseem

True Love [Allah] RecipesOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz