Surat Cinta Untuk Satila

8 1 0
                                    

Semalam kumimpikan tentang kita
berdua bermesra di atas singgahsana,
berlari berkejaran di taman-taman syurga,
berkongsi udara-udara cinta.

Kuingin habiskan masa bersamamu,
semahunya bersama kamu,
tanpa ada perasaan jemu
yang datang bertamu.

Kan kutuliskan sebuah puisi,
mencurahkan segala isi hati,
meski ia tidak mencukupi
buat kamu si bidadari.

Meski ini sekadar mimpi,
tidak mahu kubangkit kembali
menuju dunia realiti.
Biarlah kutinggal di alam mimpi,
asal kau tetap ada di sisi,
melewati usia yang berlalu pergi.

Kau hadir membawa jawapan
yang masih belum aku temukan,
jawapan tentang kehidupan,
kala ku sesat mencari jalan
keluar daripada kegelapan
yang mahu membinasakan.

Semalam kumimpikan tentang kita,
dan kita berdua bermesra
di atas singgahsana,
saling berbagi perasaan cinta.

NorensatilaWhere stories live. Discover now