First Step

70 3 4
                                    

Kisah ini bermula pada suatu hari yang tenang...

"IDAAAAAA KAU BANGUN SEKARANG! NAK JADI APALAH ANAK DARA ZAMAN SEKARANG! PEMALASS! MATAHARI DAH MENEGAK KAT ATAS KEPALA PON TAK RETI NAK BANGUN KE?!"

Itulah amukan seorang wanita digelar ibu yang dikenali sebagai Mak Esah.Sudah berpuluh kali Mak Esah memberi kata-kata 'inspirasi' untuk satu-satu anak perempuan kesayangannya yang bernama Ida atau  nama glamour dari rakan-rakannya "Syai" supaya namanya tidak kelihatan ketinggalan zaman.

Syai,Ida??Banyak betul nama dia ni?Siapa dia sebenarnya? Nama penuh wanita ini ialah Syaida Al-Syifa.Merupakan anak perempuan tunggal dan  juga anak bongsu dalam keluarganya.Walaupun dia merupakan satu-satunya anak perempuan,namun dia amat tidak digemari dalam  kalangan ahli keluarga kerana sikapnya yang pemalas dan tidak memberi manfaat dalam keluarga.

"Apa mak ni? Pagi masih muda lek lek sudahhh" balas Ida dalam keadaan yang masih mamai.

"Baik kau bangun sekarang dengan subuh kemana kau nak jadi ahli neraka ke?" perli Mak Esah.

"Hamboiii done dakwahhhhh" Ida mencebik lalu bangun dari katil tersebut dan mencapai tuala untuk ke bilik mandi."Mulakan pagi anda dengan mandian yang menyegarkan Woooooo" jerit Ida,keriangan.

"Pagi kepala kau!Nak dekat pukul satu petang dah!"   Balas Mak Esah lalu keluar dari bilik tersebut sambil menghempas pintu.

Inilah kehidupan harian Ida.Bangun lewat sehingga lalai dalam menjaga ibadah seharian.Hati ibu dan ayah sering kali dia lukakan.Biasalah jiwa muda buat dosa dulu, tua-tua nanti baru bertaubat.

Namun yang amat menyedihkan sekali,dia lupa bahawa bila-bila masa sahaja nyawanya boleh ditarik oleh Allah.Hakikat manusia,sering lupa nikmat yang Allah berikan lalu alpa sehingga melakukan kerosakan di muka bumi.(Fuhhh ayat tak nak kalah)

Selepas sahaja Ida selesai mandi,dia melangkah turun ke bawah.Ida tahu jika dia turun ke bawah pasti dia akan diperli dengan kata-kata sinis keluarganya.Ahhh biarlah mereka ingin menghinanya asalkan dia dapat mengisi perut yang mula berkeroncang.Inilah padahnya setelah seharian duduk terperap didalam bilik sehingga pukul 4 pagi tanpa menjamah apa-apa makanan kerana terlalu leka melayan drama korea.Huhu.Tidak terlupa juga, dia sanggup tidur selewat itu kerana menunggu video klip terbaru daripada kumpulan korea kesukaannya,Day6 dan ber'fangirling' bersama rakan-rakan kpoppersnya yang lain.

Setelah sampai ke dapur,Ida terus mengambil pinggan dan duduk bersama ayahnya di meja makan.
"Sampai bila kau nak jadi macam ni Ida?"  soal Pak Anas.
"Maksud ayah?" Ida terpinga-pinga dengan soalan cepu emas yang di berikan oleh ayahnya.

"Sampai bila kamu nak hidup lalai macam ni? Ayah risau dengan kamu. Ayah bersyukur selama ni kamu tiada niat lagi untuk bercinta, tapi cinta kamu dekat artis korea tu yang ayah risaukan.Kamu terlalu lalai.Susah ayah nak tengok kamu solat.Mengaji apatah lagi.Kadang-kadang satu hari ayah boleh tak nampak muka kamu.Kenapa boleh jadi sampai macam ni Ida?" terpancar kerisauan pada wajah insan tua itu.

 Benar, hati Ayah mana yang tidak risaukan anaknya.Sebagai seorang ketua keluarga,menasihati dan membimbing anak-anak merupakan tanggungjawabnya. Anaknya pula  bakal melangkah ke alam dewasa.Sudah sampai masanya untuk dia berubah dan kembali kepada fitrah beragama.

"Dah berpuluh kali Ayah ulang  benda yang sama? Kenapa Ayah perlu ambil tahu tentang hal peribadi Ida? Ini hidup Ida, suka hati Ida!Ayah tak perlu masuk campur.Ayah sebukkan diri dengan amal Ayah sendiri cukup lah" balasnya,kasar.Ida paling benci bila disoalkan mengenai ibadahnya. Baginya,dia masih tidak puas berseronok.Waktu muda inilah masa yang sesuai untuk bergembira.Bak kata orang putih,'We live once'.Masih belum sampai masa untuk dia fokus kepada agama.

"Astaghfirullahaladzim,jaga-jaga dengan kata-kata kamu tu Ida.Jangan disebabkan kata-kata kamu itu memakan diri! Kamu tak takut dengan tuhan?Kamu tak takut dengan azab Allah?" Mak Esah agak terkejut dengan respons yang diberikan Ida.

Tidak sangka anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang mampu mengeluarkan kata-kata sebegitu.Tidak tahu di mana silap dalam membesarkannya.Mungkin kerana layanan yang terlalu manja diberikan sejak kecil telah menjadi racun sehingga merosakkan peribadinya.

"Iyalah ustazahhhh,dah lah Ida nak masuk bilik.Hilang selera nak makan.Baru je nak gembira dah kena tazkirah.Spoil mood lah!" bentak Ida.Dia terus mengatur langkah masuk ke dalam bilik.Setiap kali dia ingin bemesraan bersama keluarganya, pasti ada sahaja masalah yang sering timbul.Hal ini menyebabkan dia lebih gemar untuk bersendirian berbanding bergaul dengan orang sekeliling.

"Kenapa ni ibu?" kedengaran suara seorang lelaki datang daripada ruang tamu.

"Tak tahulah apa nak jadi dengan adik bongsu kamu tu Mar"keluh Mak Esah.Sudah pusing dia memikirkan karenah anak perempuannya itu."Dia melawan mak lagi ke?Makin melampau budak ni ya!.Tunggulah abang_abang dia yang lain balik hujung minggu ni.Memang kami basuh sikit otak dia tu!"dengus lelaki yang digelarkan Mar itu.

Mar atau nama asalnya Sayyid Omar merupakan anak pertama dalam keluarga.Berbeza dengan sifat Ida,Omar lebih digemari oleh orang sekelilingnya.Hal ini kerana,Omar mempunyai wajah yang manis dan sering tersenyum.Dia juga  mudah  beramah mesra dengan semua orang.Selain Omar,Ida juga mempunyai 3 orang abang yang bernama Ahmad Ammar,Aniq Othman dan Imran Nazhan.   

"Kamu buatlah apa yang patut,Mak dan Ayah harapkan kamu semua supaya dapat bimbing dia.Mak nak rehat dalam bilik kejap.Kepala mak tiba-tiba pening.Mar, kamu sediakan makanan untuk adik kamu tu dan hantar kat bilik dia.Risau pula mak sudah satu hari dia tak menjamah apa-apa" pinta Mak Esah.Hati seorang emak walaupun terluka tetap mengambil berat mengenai anak-anaknya.

"Baiklah mak"patuh Omar.Ikutkan hati mahu sahaja dia biarkan adiknya itu kebuluran.Bukan adiknya  tidak pandai mencari makan sendiri.Pernah suatu hari,ketika Omar bangun pada tengah malam.Dia terdengar bunyi cungapan dari arah dapur.Rupa-rupanya,adiknya itu sedang makan sendirian.Mujur sahaja dia tidak mengambil penyapu dan memukulnya. 

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Ida,Omar pun mengetuk pintu bilik adiknya.

"Dik,ni ha makanan.Kau makan lah,takut jugak along kau mati kebulur karang.By the way,petang Sabtu ni abang-abang kau yang lain balik.Jangan kau menggatal nak keluar mana-mana pulak" pesan Omar.

Omar menunggu sahutan adiknya tetapi masih tidak  kedengaran sahutan daripada Ida."Adik kau dengar tak ni?" ulang  Omar.Tetapi masih tiada apa-apa perubahan."Kau tahukan,Along paling pantang kalau orang buat tak tahu bila along tengah bercakap.Aku masuk bilik kau memang kau kena dengan aku ni dik" Omar mula naik angin.Tidak sampai seminit,Omar terus membuka pintu bilik adiknya.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati kelibat adiknya sudah tiada.Malah baju-baju adiknya juga bersipah di atas katil.

ADAKAH IDA TELAH MELARIKAN DIRI?!! YA ALLAH!!! 



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 19, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah AkuWhere stories live. Discover now