BAB 1

10K 354 5
                                    

"Dia manusia paling tak okey yang pernah aku jumpa! dengan pakaian besar, ew! ini ke yang mama beritahu aku? bakal menjadi pasangan hidup aku, orang macam ni? layak berpasangan dengan haiwan dekat zoo tu, tapi... dia kan, bukanlah teruk cuma tak menepati citarasa aku je, boleh ke aku masuk dengan perangai si dia ni???" bentak hati Dhiya geram.

Dhiya melabuhkan punggung diatas katil. Fikirannya jauh menerawang memikirkan bakal Imamnya nanti untuk seumur hidup.

"Ya Allah Akak ni dah kenapa hentak pintu bilik adik ni?" Dhuha memandang Kak Dhiya hairan.

"Kau tau kan yang Mama nak jodohkan aku dengan Zafri Si Lembut tu?" Dhiya menjeling ke arah Dhuha yang terbaring diatas katilnya.

"Err, siapa Zafri tu Akak? Adik tak kenal pun," balas Dhuha teragak-agak. Takut pula dimarahi kakaknya yang sedang berangin itu.

"Kau tak kenal pulak! Zafri, tunang Akak lah siapa lagi?" jerkah Dhiya.

"Okey... Adik kenal," mulut Dhuha segera terkunci rapi kerana jerkahan menakutkan Dhiya tadi, tak ubah seperti singa betina yang kelaparan.

"Adik, kau nak tau tak? dia datang ke sini dengan pakaian besar macam badut ataupun macam baju kelawar Nenek dikampung, cuma dia tak tepek bedak sejuk dimuka je kalau tak memang sebijik macam zombie kampung pisang!" Dhiya membebel mengenai penampilan Zafri Qhalish tunangnya sendiri.

"Akak, tak baiklah mengata orang lagipun itu kan bakal suami Akak," balas Dhuha yang masih takut.

Dhiya menyilang tangannya lalu memeluk tubuh. Pandangan dikalih pada sebatang tubuh yang terbaring diatas katil.

"Kau nak bela sangat Si Zafri tu? Akak, harap sangat kau ganti tempat Akak," jeling Dhiya kemudian kakinya mengorak langkah ingin keluar dari bilik Dhuha.

"Aku pulak yang kena ganti Akak, ishh... tak mahu lah aku."

Dhuha meneruskan membaca novel yang baru dibelinya kelmarin. Biarlah Kak Dhiya melayan perasaannya yang tengah baran itu.

××××××

Dhuha melangkah masuk ke dapur untuk mengambil minuman. Sudah menjadi kebiasaan tersedar saja Dhuha dari tidur, tekaknya sentiasa haus minta untuk diisi. Sepasang mata Dhuha terpandang satu kelibat yang sedang duduk dimeja makan.

"Siapa pulak ni?" Dhuha memberanikan diri mendekati kelibat itu.

"Dhuha, tak tidur lagi ke?" tanya Mama menoleh ke arah Dhuha.

"Mama ke duduk disini? Dhuha ingatkan siapalah tadi," Dhuha mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Mama.

"Mama, tengah susah hati fikirkan Kakak kamu tu, Kak Dhiya cakap dengan Mama dia tak nak kahwin dengan Abang Zafri. Kalau Mama putuskan pertunangan ni mesti keluarga Abang Zafri akan mengata kita," Mama memicit kepalanya pening.

Pantas tangan Dhuha mengambil alih untuk memicit kepala Mama.

"Mama cubalah cakap elok-elok dengan keluarga mereka," ucap Dhuha dengan nada perlahan.

"Apa kata kalau..." Mama memandang Dhuha yang sedang memicit kepalanya.

"Kenapa Mama pandang Dhuha macam tu?" Dhuha menjongketkan sebelah keningnya. Hairan dengan pandangan Mama.

"Apa kata kalau Dhuha yang ganti tempat Kakak?"

"Mama, Dhuha bukan tak nak tapi, Dhuha macam tak bersedia lagi nak kahwin," Dhuha mengelak dari menjadi sasaran kedua Mama untuk dikahwinkan dengan Abang Zafri.

"Dhuha kan dah besar, lagipun dulu Dhuha jugak yang cakap, lepas Dhuha dah bekerja
Dhuha akan cari pasangan hidup. Apa salahnya Dhuha ganti tempat Kakak. Dhuha pun tau kan perangai baran Kak Dhiya tu macam mana?" pujuk Mama supaya Dhuha menerima Abang Zafri sebagai pasangan hidupnya.

"Kalau itu yang Mama rasa terbaik, Dhuha setuju Mama, tanpa paksa rela. Dhuha tahu yang pilihan Mama semuanya terbaik." Dhuha terpaksa akur, dia tak mahu melihat Mama sakit pening hingga tak lena malam.

"Betul Dhuha setuju ni?" Mama memandang wajah Dhuha inginkan kepastian sebelum dibuat keputusan yang sewajarnya.

"Dhuha setuju Mama, lepas ni Mama jangan sakit pening sampai tak tidur malam. Mama tu perlukan tidur yang cukup," Dhuha menasihati Mama.

"Iyalah sayang, esok Mama akan aturkan perjumpaan Dhuha dengan Abang Zafri."

"Tapi Mama...." Dhuha belum sempat menghabiskan kata-katanya, Mama sudah meminta diri untuk masuk tidur.

"Mama masuk tidur dulu tau, esok pakai cantik-cantik bagi Abang Zafri suka dengan Dhuha."

"Okey Mama," balas Dhuha. Matanya memandang kelibat Mama pergi hingga hilang.

"Ya Allah, apa aku cakap ni? takkan semata-mata kawan aku semua dah kahwin, aku pun ikut setuju dengan kata-kata Mama tadi? Alamak habislah aku...." Dhuha mengerutkan dahinya. Dirinya sendiri masih tak pasti sama ada keputusan yang dilakukan adalah benar atau tidak.

*********


[696 words]

𝙏𝙚𝙧𝙘𝙞𝙥𝙩𝙖 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘿𝙝𝙪𝙝𝙖Where stories live. Discover now