Sindrom Down

270 3 1
                                        

Aku dilahirkan dalam keadaan bukan lah normal seperti manusia sempurna yang lain. Bahagian kepala aku sedikit besar daripada normal. Dan kepala aku tidaklah membulat elok, ada bahagian seperti tin sardin yang kemek...

Aku pernah beranggapan yang aku ini kemungkinan mahkluk asing...pelik dari orang lain..

Mak aku juga pernah fikir yang anaknya berpenyakit Down Sindrom...

Ketika masih bayi...pihak hospital pernah untuk meminta agar aku diperiksa selanjutnya kerana kepala aku memang besar dari bayi normal yang lain...tapi mak aku takut anaknya dibedah dan takut anaknya cacat...maka dibiarkan saja kepala aku yang besar itu...

Membesar seperti kanak-kanak lain...aku aktif dan ceria...tapi masalahnya aku kerap jatuh kerana titik G aku tinggi....fahamkan korang...?? tak faham pergi GOOGLE sana...

Dan aku juga ada sawan tangis. aku boleh "hang" sehingga seminit atau lebih hingga muka aku kebiruan..."system hang" ni terjadi bila aku sakit...marah..atau emosi aku terganggu...hinggakan kalau semut gigit pon aku leh "hang".

Begitulah keluh mak aku bila mana sesi "throwback" zaman kanak-kanak aku dulu...

Aku bersekolah seperti juga kanak-kanak yang lain. Dan aku bukanlah seorang yang bijak dalam akademik.

Setelah dewasa...size kepala aku kadang jadi bahan tertawa..."orang bulan"...."tong kemek" entah apa lagi entah orang gelarkan aku...

Namun aku sudah mangli dan tidak langsung terkesan dengan panggilan-panggilan tersebut.

Keceriaan aku menguasai segalanya....

Dan dengan permasalahan size kepala yang besar...kerap jatuh dan beberapa kali mengalami kecederaan dikepala....satu masalah yang aku hadapi sekarang adalah memori masa lampau aku banyak yang terpadam...

Zaman kanak-kanak....zaman membesar di kampung...perkara-perkara yang berlalu banyak aku lupa dan sukar untuk ingat secara detail.

Ramai rakan-rakan yang fikir aku sombong dan sebagainya...kerana bila kadang bersua muka...aku tidak mengenali mereka....

Kini size kepala aku tidaklah nampak begitu besar...mungkin kerana sudah seimbang dengan saiz badan aku yang turut juga membesar :)

Aku pilih untuk menulis....kemungkinan bila suatu hari nanti aku sendiri lupa aku pernah menulis kat sini....

Ya...aku pernah menulis banyak kali....namun semuanya hangat hangat taik gajah (lama sikit hangatnya)...

Bahasa penulisan aku ini pun banyak rojaknya...harap korang faham...aku bukan cikgu bahasa melayu...

Namun....aku bersyukur atas nikmat kesihatan yang diberi..."Sindrom Down" bukanlah penyakit sebenar yang aku alami....aku sihat seperti mereka yang normal...cuma tak handsome barangkali??

AkuStories to obsess over. Discover now