PUISI 15

100 3 0
                                    

biar aku sendiri,
sunyi dan sepi,
lalui jalan terbentang ini,
walau sakitnya tusukkan duri,
ditangisi dengan air mata,
demi menggapai redha-Nya.

sungguh aku tidak kuat,
dengan cacian dan hinaan oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan,
namun kerana Allah aku kena kuat,
kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar,
yang tidak pernah kenal erti mengalah,
bangkitlah wahai diri,
semoga terus qowiyy,
walau apa-apa pun yang terjadi,
tersenyumlah wahai diri,
kerana Allah sentiasa bersamamu.

181217 | 06:38 A.M
- anaqowiyy_ -

Puisi Luahan Hati 💞 .Donde viven las historias. Descúbrelo ahora