PUISI 7

325 10 3
                                    

Aksara demi aksara dilakar,
Mulut tidak mampu meluahkan,
Hanya pena menarikan rentaknya,
Bersama deraian air mata,
Untuk mengekspresikan curahan hati.

Saat ini aku takut,
Takut untuk sebuah kehilangan,
Peritnya ia sudah kulalui seketika dulu,
Tidak tertanggung sakitnya itu,
Langkah demi langkah aku bangkit,
Langkah demi langkah aku atur untuk mencari ertinya sebuah redha.

Aku tahu orang sekelilingku hanya pinjaman,
Harta yang terpaksa aku pulangkan,
Hadirnya mereka mengajar untuk aku merasai sebuah kasih sayang,
Aku hargai pinjaman ini,
Aku cuba untuk memahami ikatan hati ini,
Kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Penyambung jambatan perkenalan ini adalah sebuah doa,
Walaupun kehilangan, doa mengiringimu,
Kerana aku yakin semua yang berlaku ada hikmahnya,
Allah mengajar aku untuk lebih kuat,
Allah mengajar aku untuk lebih menghargai,
Allah mengajar aku bahawa semuanya milik Dia,
Suatu saat aku jua akan menyusul,
Moga di Syurga kita bisa berkumpul kembali.😊❤

Puisi Luahan Hati 💞 .Where stories live. Discover now