3 horror short stories at the same time. 1.00 AM. Kenapa 1.00 AM ? Kenapa bukan 12.00 AM mahupun 3.00 AM. Selalu normal horror stories akan kaitkan dengan waktu berikut tapi kenapa bukan 1.00 AM.
Apa anehnya waktu ni ?
Mungkin lepas anda baca short...
*Whatsapp conversation in a Mathematics Computing's group*
"Puan Lela : Assalamualaikum students, maaf menganggu. Saya nak maklumkan bahawa esok saya akan adakan final test.
Puan Lela : Saya minta maaf sbb bagitau lambat sbb saya baru dpt info yg saya kena hadir kursus selama dua minggu. Esk je saya free, minggu depan dah final exam. Saya takut tak sempat jadi saya harap kamu semua dah buat preparation.
Puan Lela :Test kali ini lebih susah berbanding yg lepas. Jadi saya minta kamu semua utk study betul2. Kalau ada yg tak faham, boleh chat saya sebelum pukul 11pm. Lepas dari itu, saya dah tak layan. Study smart guys ! TQ."
"WHAT THE FISH ???? Esok final exam ??? KENAPA TAK BAGITAU ESOK JE SENANG !!! MACAM MANA PULAK AKU BOLEH TERTIDO SAMPAI PUKUL 12.30 NI " bebel Dhia keseorangan lalu menghempas handphone nya ke atas katil.
Dhia tak berapa sihat hari ini. Habis je kelas pukul 6 tadi, dia terus pulang ke bilik. Dah takde mood nak lepak sbb kepala dia memang berat gila. Lepas makan ubat, dia terus baring atas katil dan tertidur. Niat hanya nak berehat, tak sangka melarat pula tidurnya.Nasib Dhia 'cuti', kalau tidak jenuh pula nak kena qada solatnya.
Dhia bangun dari baringnya. Dhia memejam matanya buat seketika. Pening masih ada, cuma tak teruk sangat. Lepas buka mata, dia terus buka lampu. Kelihatan kelibat roommatenya, Anita dah takde, ini maknanya dia dah balik. Anita memang pantang nampak kelas takda, dia suka balik dulu. Mentang2 rumah dekat. Oh ya, Anita dan Dhia tak belajar kos yang sama. Dhia merupakan student Networking, Nita merupakan student Accountancy.Dhia sudah biasa ditinggalkan keseorangan dalam bilik. Dhia ni agak hati kental jadi memang dia berani sikit. Boleh kata kalau dicampak ke hutan pun masih boleh hidup la.
Jam menunjukkan pada pukul 1.00 am.
Dhia mencapai tuala dan berhasrat untuk mandi. Dhia nak segarkan badan yg agak lesu hari ni. Lepas Dhia dah ambil semua barang keperluan, dia terus keluar ke tandas. Pintu dikunci olehnya. Bukan apa, selalu sangat Dhia dengar kes orang menyelinap masuk, sebelum Dhia kena, lebih baik dikunci saja pintu tu.
Okay, dah selesai mandi. Dhia pun buka pintu. Alangkah terkejutnya dia nampak kelibat Anita sedang berbaring di atas katil menghadap dinding. Bukan dia dah kunci pintu ka ?
"Eh nita, aku ingat kau balik. Tadi kau gi mana ?"
"Aku ada kat bilik Aisyah td, buat kerja sikit." jawab Nita selamba tapi badan masih menghadap ke arah dinding.
"Oh, kau takde kelas kan esok ? Kenapa tak balik pulak ?" tanya Dhia.
"Malas." jawab Nita mudah.
"Dah kenapa perempuan ni, tetiba ja takda mood. Org tanya jawab sepatah je . Takda mood kot." kata dalam hati Dhia.
Dhia duduk atas kerusi sambil membuka buku Mathematics Computing. Dhia sebenarnya malas nak study last minute ni tapi disebabkan masa lapang pada waktu petang diisi dengan tidur yang nyenyak, terpaksa juga dia study. Subjek ni bukanlah subjek kegemarannya, tapi dia tetap cuba untuk faham. At least takde lah esok dia bodoh2 ja jawab test tu.
Dhia pun start study, dibeleknya satu per satu soalan yang pernah diberikan oleh Puan Lela. Dia tak boleh fokus, kepala dia dah kembali berat. Kepala diurut banyak kali. Minyak cap kapak dicapainya lalu letak sikit dekat kepala dan hidungnya. Lepas tu, dia cari kalkulator saintifik nya. Dah jumpa, kelihatan ada satu nota terselit di antara kalkulator tu, dia hairan siapa pula yang bagi nota ni. Dibelek nota itu
"Weh dhia, esok aku takde kelas, so aku balik dulu lah ye. Sorry weh tak bagitau kau, aku taknak ganggu kau rehat td. Get well soon weh.
xoxo : Nita yg comel :)"
"Nita, ni nota apa pulak kau tulis ni, saja la tu nak takutkan aku kan?" kata Dhia sambil melipat sticky note tu lalu membalingya ke arah Nita.
Tapi,
Kelibat Nita takda.
Dhia telan air liur. Ya Allah, kesan ubat dia makan ka sampai dia tak boleh sedar yang Nita dah balik. Tapi, dia nampak siapa tadi. Dia cakap dengan siapa tadi.
"Alah dia keluar pergi tandas kot, aku yang tak perasan." husnudzhon si Dhia. Tapi, takkan la pintu terbuka tertutup dia tak perasan. Dalam2 banyak pintu bilik, pintu bilik Dhia lah yang paling bising bunyinya kalau buka tutup pintu.
Dhia tak puas hati, Dhia bangun terus menuju ke tandas. Perlahan-lahan Dhia ke tandas lalu menolak pintu satu per satu. Jantung dia berdegup kencang, berpeluh satu badan Dhia. Dhia mungkin bermimpi, Dhia terus ke sinki lalu membasuh mukanya. Dalam hati berhasrat agar semua ini mimpi. Mainan syaitan semuanya.
Dia tengok ke arah cermin. Terpaku. Muka Dhia pucat, tapi lebih pucat kelibat di belakang Dhia.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dhia tak fikir panjang, Dhia terus lari masuk dalam bilik. Pintu dikunci. Dhia menggigil ketakutan , tiba2 black out pula. Allahu Rabbi, Dhia menjerit sekuat hati. Dhia takut, hanya mampu berpeluk tubuh sambil menangis.
Dhia rasa ada hembusan di telinganya. Seperti ada yang bernafas di tepi dia.
Benda tu datang sebelah dia lalu berbisik "Kenapa tinggalkan saya?".