Setahun kemudian~
Sofia POV.
Sudah setahun Irsyad meninggalkan aku. Begitu pantas masa berlalu. Aku tak sangka yang dia dah pergi. Pergi selama-lamanya. Aku tak kuat. Tak kuat nak harungi semuanya tanpa Irsyad.
Muhd Irsyad Haziq.
Namanya kekal terpahat dalam hati aku. Aku tak boleh lupakan dia. Dia lelaki pertama yang berjaya mencuri hati aku. Dia cinta pertama aku. Cinta pertama aku selamanya. Walaupun pada awal perkenalan dia bersikap dingin, aku tetap ingin berbual dengan dia. Sikap dingin dia lah yang membuatkan aku tertarik dengan dia.
Mr Cold Heart. Aku rindukan kau. Rindu muka dingin kau. Rindu senyuman kau. Rindu suara kau. Rindu ketawa kau. Rindu kenangan kita bersama. Aku rindu segala-galanya tentang kau.
Aku ingat lagi waktu kau selamatkan aku. Ketika aku dipukul oleh seorang lelaki yang bernama Harris. Kau hero aku, Irsyad.
Dulu kita selalu makan bersama, lepak bersama, belajar bersama. Aku rindu semua tu. Aku rindu nak buat segala-galanya bersama kau. Banyak kenangan yang kita bina. Kenangan itu selama-lamanya tersemat dalam fikiran aku.
Aku tak boleh lupakan kau. Sungguh, aku susah nak lupakan kau. Kenapa kau halang? Kenapa kau halang Zack daripada tembak aku? Aku nak kau hidup bahagia. Tapi kau halang dia.
Aku sedih. Sedih sangat. Tapi aku redha dengan takdir ini. Takdir bahawa kau sudah pergi buat selama-lamanya. Kau mungkin sudah pergi dari hidup aku, tapi dalam hati aku tetap ada kau.
Ku hanya sayang padamu, Irsyad Haziq.
End Sofia POV.
Arsyad POV.
Sekali lagi aku kehilangan ahli keluargaku. Irsyad Haziq, abang yang aku sayang. Walaupun dia tak selalu ada bersamaku, aku tetap sayang dia. Aku lah tempat dia meluahkan segala perasaannya. Tapi sekarang, dia dah tak ada. Dia dah pergi dari hidup aku. Aku sedih. Sedih sangat.
Dia seorang abang yang tegas, namun baik hati. Dia seorang abang yang dingin, namun ceria bila bersama kak Sofia. Ya, kak Sofia lah yang berjaya membuka pintu hati dia. Aku bersyukur.
Namun hubungan mereka diganggu. Aku sedih sangat bila tengok mereka berdua terpaksa mengharunginya.
Selepas abang aku disahkan meninggal, aku dah tak ada tempat bergantung. Aku dah tiada sesiapa lagi dalam dunia ini. Semua ahli keluargaku sudah pergi buat selama-lamanya.
Tetapi aku bersyukur. Kak Sofia seorang yang baik hati, dia mencadangkan agar aku dijadikan anak angkat di dalam keluarganya. Alhamdulillah, ibubapanya setuju dan aku dijadikan anak angkatnya.
Kini, aku dah ada keluarga baru. Namun, keluarga kandungku tetap dalam hatiku.
End Arsyad POV.
Afieq POV.
Aku sebagai abang, sedih melihat adik aku. Sejak kehilangan Irsyad, dia terus berubah. Kepada ceria, menjadi murung. Kepada happy-go-lucky, terus menjadi pendiam.
Dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan menangis. Ya aku tahu dia menangis. Setiap malam, aku dengar dia menangis. Aku faham perasaan dia.
Aku cuba untuk meluangkan masa dengan dia, tapi dia tak nak. Dia dah tak macam dulu lagi. Dia dah berubah 100%. Aku rindu adik aku yang dulu.
Adik aku yang ceria. Adik aku yang selalu gelak. Adik aku yang nakal. Adik aku yang perangainya happy. Adik aku yang selalu kenakan aku. Aku rindu semuanya.
Walaupun sudah setahun Irsyad pergi, dia tetap tak boleh nak lupakan. Umur dia dah makin meningkat. Aku takut kalau dia ada masalah. Aku takut.
Aku sayang dia.
End Afieq POV.
Adam POV.
Irsyad Haziq. Kawan aku yang dingin. Dari darjah satu, kami kawan baik. Dia seorang yang ceria. Namun peristiwa hitam itu membuatkan dia menjadi dingin. Aku benci waktu dia jadi dingin. Dia dah tak seronok. Aku tak tahu macam mana nak ubah dia.
Sehinggalah kami berpindah ke sekolah di KL. Di situ kami berjumpa dengan seorang gadis. Kami memanggilnya dengan panggilan Yana.
Sepanjang kami berkawan, aku memendam perasaan terhadapnya. Namun setelah aku tahu dia bercinta dengan Irsyad, aku menjadi marah.
Disebabkan terlampau mengikut amarah, aku memukul Irsyad. Aku tumbuk dia sehingga dia pengsan. Aku kesal sangat.
Irsyad, aku minta maaf. Aku sayang kau. Aku rindu kau. Kenapa terlalu awal kau pergi? Kenapa kau tinggalkan kami?
Irsyad, aku harap kau tenang di sana.
End Adam POV.
*****
Bersambung..
Hello.
Just 4 orang je yang Muaz buatkan utk POV.
Malas nak buat ramai² 😂.
Btw, hope enjoy ya ngn story ni.
Mulakan hidup baru 😘
YOU ARE READING
Ku Hanya Sayang Padamu
Teen FictionSambungan story 7 Jejaka Hots [book2] Tentang kehidupan Sofia tanpa Irsyad 💔 *** Sofia ; ~ Muhd Irsyad Haziq , namanya kekal terpahat dalam hatiku. *** Dapatkah Sofia melupakan peristiwa lama yang menyebabkan dia kehilangan Irsyad ? Marilah baca...
