Part 15 - JYJ Forever

4.5K 374 38
                                    

Aku melangkah keluar dari dewan kuliah. Lama tak masuk kelas, assignment bertimbun-timbun. Minggu depan dah kena hantar.

Ugh stress!

Langkahku terhenti apabila terlihat Jisoo dan Jihyo, dengan senyuman gembira aku mendekati mereka.

"Jisoo! Jihyo!" panggilku.

Diorang pandang aku dengan pandangan tajam dan serius. Heck, dah kenapa? Diorang tak rindu dengan aku ke?

"Korang kenapa?" soalku hairan. Diorang jeling aku.

"Sanggup kau tipu kitaorang kan? Kawan jenis apa kau ni? Sampai hati kau buat kami macam ni!" Jihyo menyerang aku dengan soalan yang bertubi-tubi.

Aku mengerutkan dahi,

Apa maksud diorang?

Takkan lah mereka dah tahu yang..

"Kau kahwin dengan Taehyung tak bagitau kitaorang pun! Kami tak nak kawan kau lagi." ujar Jisoo, dia menyilangkan tangan.

Haaa macam mana pula dua ekor monyet ni tau? Aduh takkan lah Taehyung yang bagitau?

"Alahh maaflah sebab tak bagitau, aku ada sebab kenapa rahsiakan perkara ni." aku memegang tangan mereka.

Dengan kasar mereka menarik tangan masing-masing. Tak pernah lagi aku nampak diorang merajuk macam ni.

"Jisoo Jihyo, aku boleh explain, jangan lah buat aku macam ni. Aku cuma ada korang berdua je, please jangan tinggalkan aku." aku merayu, dan melutut.

Mereka berpandangan sesama sendiri,

"Baiklah, tapi explain cepat. We give you 1 minute."

Aku berdiri,

"Macam ni, bukan niat aku nak rahsiakan perkara ni dari korang. Aku dan Taehyung kena paksa kahwin oleh keluarga kami sebab omma dia nak aku ubah perangai gay dia. Aku tak boleh tolak sebab omma Taehyung tu dah banyak berjasa dengan family aku. Aku tak bagitau korang sebab malu, aku malu nanti korang ejek aku!" aku menangis, lalu terduduk.

Kenapa aku nangis? Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Aku rindu kehidupan aku yang dulu. Kenapa aku kena hadapi situasi macam ni? T^T

Jisoo dan Jihyo segera memeluk aku. Mereka juga turut menangis.

"Jangan lah nangis, kitaorang suruh kau explain je kan? Sekarang kami dah faham, maafkan kami sebab marahkan kau." ujar Jisoo.

"Ya Yoona, aku faham keadaan kau. Dah jangan nangis, malu nanti orang nampak pelajar perempuan paling famous kat U ni menangis. Dah lah buruk." Jihyo bergurau. Tangisan aku terhenti.

"Maafkan aku erk?" kataku, mereka mengangguk dan kami segera berdiri.

"Lepas ni aku janji takkan rahsiakan apa-apa lagi dari korang." aku menghulurkan jari kelingking tanda janji, mereka mengunci janji tersebut.

"JYJ forever!" sorak kami sambil berpelukan.

Pelukan dilepaskan selepas beberapa saat,

"Btw macam mana korang dapat tahu yang aku kahwin dengan Taehyung?" soalku.

"Yoongi oppa yang bagitau, kemarin kami pergi rumah kau nak lawat kau yang kononnya demam tu, sekali Yoongi oppa cakap bukan kau yang demam tapi suami kau, tu yang aku dan Jisoo terkejut beruk tu." terang Jihyo. Aku mengangguk faham,

Apa yang pasti lepasni Yoongi oppa perlu bersiap sedia untuk 'berperang' dengan aku.

"Tulah, sampai betul hati kau tak bagitau kami yang kau dah kahwin dengan Taehyung hampir sebulan." Jisoo memuncung.

Married To Mr. G?! [ KTH ] ✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz