Lara tersengih. Asyriq pula tersenyum memandang Lily.

"By the way Lara. You and Irfan?"

Lara menggaru kepala. Dia mengangguk perlahan.

"Daddy dengan atuk tahu? Asyriq tau?"

Lara memandang Asyriq kemudian sama-sama mengangguk. Lily turut mengangguk faham.

"Akak soranglah tak tau? Takpelah. Kalau ada masa lapang, suruh Irfan jumpa akak." kata Lily sebelum bergerak ke pintu.

Lara gelisah. 'Akak tak suka ke?'

"For what?"

Lily berpaling. "There is something i want to confirm with him, before i give my blessing." katanya sambil tersenyum.

Kemudian dia memanggil Asyriq yang masih duduk di sofa. Lara pula sudah tak senang duduk.

Asyriq tertawa kecil. "Rileks Lara. Lily takkan marah. She just want to make sure that Irfan won't play with you. She loves you. So much. You know it right?" nasihat Asyriq.

Lara diam. Dia cuma melihat kereta Ferrari yang dipandu Asyriq makin menghilang dari pandangan mata.

💚💚💚💚💚💚

Julia sedang sibuk shopping apabila matanya ternampak seorang lelaki yang sangat dia kenali. Baru je dia berjalan ingin menyapa, kakinya berhenti melangkah.

Seorang gadis yang berada di samping lelaki itu membuatkan dia geram. Tangannya dikepal.

Pasangan yang sedang bergelak ketawa itu dipandang dengan tidak puas hati. Tapi dia terdiam sekejap.

'Macam pernah nampak muka perempuan tu. Siapa eh?'

Dengan rasa geram, pasangan itu dihampiri. Senyuman manis diukir di bibir merahnya.

"Hai." sapanya.

Asyriq dan Lily berpaling. Terhenti tawa mereka. Lily memandang dengan hati yang marah. Dari dulu dia berdendam dengan gadis seksi dihadapannya.

"Julia, you buat apa kat sini?" tanya Asyriq. Sempat dikerling wajah di sebelahnya. Masam.

Julia terus memeluk lengan Asyriq. Lily yang melihat hanya mampu memendam dalam hati.

"Asyriq, i pergi dulu. Kalau dah selesai dengan perempuan tak cukup kain ni, you tau nak cari i dekat mana."

Belum sempat Asyriq nak menghalang, Lily sudah pun berlalu. Dia mendengus.

Tangannya ditarik kuat. "You tak malu ke Julia? I rimaslah dengan you ni." marah Asyriq.

Julia masih lagi tersenyum.

"Ala janganlah marah Asy. Kitakan sepupu. Tak salahkan."

"Sepupu pun tetap ada batas. Dahlah."

Asyriq terus bergerak mencari Popular. Sebab apa? Sebab itulah tempat kegemaran Lily.

Masuk sahaja dia ke dalam kedai buku itu, dia mencari kelibat si gadis.

Rak buku masakan dihampiri. Kan dah agak. Lily suka memasak dan mencuba resepi baru.

Asyriq berdiri di belakang Lily. Dia mencapai sebuah buku masakan makanan Itali dan dihulur kepada Lily.

Lily terkejut kemudian dia tersenyum. Keadaannya dengan Asyriq sekarang sangat rapat.

"Hey ni pehal rapat sangat ni. Nak kena tumbuk ke?" marah Lily.

Asyriq terus menjarakkan tubuhnya dengan Lily. Dia tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Tangan masih lagi dihulur pada Lily.

"Fikir tergodalah buat muka camtu. Sorry tak dapat nak tawan hati i." ucap Lily. Padahal dalam hati dah berdebar semacam.

Asyriq menggaru kepala. "Alaa janganlah merajuk. She's just my cousin. Not more. Tapi i memang nak u masakkan makanan Itali untuk i." ujar Asyriq. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.

"Asyriq, tak ada buku ni pun i boleh masak untuk u. Lupa ke mummy orang mana?"

"Hehe. Terlupalah sweetie. Jom tengok movie." ajak Asyriq.

Lily angguk. Dia terus membawa buku masakan makanan barat, cina dan Itali juga dua buah novel ke kaunter.

Baru je dia nak membayar, satu tangan lain dah menghulur sehelai not seratus. Ditoleh ke tepi.

"I belanja. Tanda maaf."

Cashier yang melihat tingkah mereka hanya tersenyum.

"Such a lovely couple. Are you married?"

Asyriq senyum je. Tak angguk tak juga geleng. Lily pula sudah terkelu.

"Semoga bahagia hingga ke Jannah. Ini barangnya." ucap cashier itu.

"Thanks. Lets go dear." ucap Asyriq.

Sampai di luar kedai, Lily terus sahaja mencubit lengan Asyriq.

"Memandai je you ni kan. Tak baik menipu tau."

"Itu bukan menipu. Itu cuma harapan supaya semuanya akan jadi realiti satu hari nanti." balas Asyriq sambil mengenyitkan mata.

Lily terpaku. 'Oh myy. Hensemnya.'

Asyriq mencapai jemari Lily dan digenggam erat. Mereka terus menuju untuk membeli tiket wayang.

Dari jauh, aksi mereka berdua diintip. Mukanya sudah tersenyum sinis. 'Jangan harap kau dapat rampas hak aku. Perempuan tak guna.'

































****************************

Okey done! huhu. Sorry lah tak boleh nak update selalu story ni. Tengah fokus dengan Love You Tengku.

Anyways thanks support. Vote and coment dialukan 😉

Sweet Gangster Couple ©On viuen les histories. Descobreix ara