29 - The Pain That I Hide

2.2K 238 112
                                    

Eunyoo pov.

Sebaik sahaja aku turun daripada bas tersebut, aku terus meluru ke arah Hoshi. Bukan apa, aku sudah berasa agak selesa bersamanya.

"Yah yah ... kau ni dah kenapa??" Soal Hoshi, hairan dengan aku yang tiba2 sahaja meluru ke arahnya. Namun, aku hanya menghadiahkannya satu sengihan.

Tidak lama kemudian, Mingyu tiba di tempat aku, Hoshi dan Lisa berada. "Kau pergi mana tadi? Lama kami tunggu." Soal Lisa sebaik sahaja Mingyu berada di sebelahku.

Omma, aku nak lari dari sini sekarang juga.

"Ok. Semua pelajar berkumpul di sini sebentar kerana saya ingin membahagikan kamu kepada beberapa kumpulan." Arah Mr. Noh, iaitu guru pengiring kami.

Tanpa berlengah, kami terus menuju ke arah Mr. Noh. Masing2 membuka telinga untuk mendengar apa yang ingain dikatakan oleh Mr. Noh.

"Dalam kertas ini, ada senarai ahli kumpulan kamu. Kamu boleh melihatnya sendiri. Selepas kamu lihat nama ahli kumpulan kamu, sila kemaskan barang2 kamu dan letakkannya di sana sementara." Beritahu Mr. Noh. Jarinya menunjuk ke arah sebuah tempat yang telah disediakan untuk meletakkan beg2 kami.

Memandangkan pelajar lain masih sibuk dan berhimpit-himpit nak membaca senarai nama masing2, aku hanya berdiri di sini memerhati mereka kerana aku tidak suka tempat yang sesak.

"Awak tak nak tengok nama ahli kumpulan awak ke?" Soal Lisa yang juga hendak melihat namanya.

Aku menggeleng. "Saya tak suka berhimpit dengan orang lain."

Mulut Lisa membentuk huruf 'o' sebelum dia mula menapak ke tempat yang penuh dengan pelajar itu. Tinggallah aku seorang di sini.

Oh, aku terlupa yang aku tidak keseorangan sebab Mingyu masih berada di sebelahku.

Omma, kenapalah budak tinggi ni ada di sini lagi? Syuh ... pegi tengok nama kau kat sana.

"Ummm, Eun." Panggilnya.

Dengan mengawal perasaan maluku, aku menoleh ke arahnya.

"Awak marahkan saya ke?" Soalnya tiba2.

Mataku membulat besar. Macam mana dia tahu yang aku marahkan dia? Dia tahu ke yang aku suka akan dia?

"M-mana a-ada. Haha. S-saya cuma--"

"Saya bukannya apa. Saya nak awak tidur dengan nyenyak je. Saya tak nak ada bunyi bising pelajar yang mengganggu tidur awak. Itu sahaja." Hujahnya bersungguh-sungguh.

Itu rupanya sebab dia minta maaf kepada aku tadi. Aku ingatkan dia minta maaf sebab dia tahu aku suka dia. Eun, Eun. Nasib kau tak habis cakap tadi. Kalau tak, kantoi la kau suka si Mingyu tu.

"Ohhh ... tak apa. Terima kasih." Ucapku pendek. Aku dah tahu nak cakap apa lagi.

"Yah! Eun!!" Jerit Hoshi sambil berlari dengan girangnya ke arahku. Dah kenapa budak tu gembira sangat ni?

"Kau dan Mingyu sama kumpulan!!! Dan aku dan Lisa pula sama kumpulan!! Yeah!!" Katanya sambil menari seperti orang gila di depan aku. Dari manalah dia dapat perangai macam itu.

Tapi ... tadi aku dengar dia cakap yang aku sama kumpulan dengan Mingyu?? Aku tak salah dengar kan??

Hoshi yang sedang menari itu aku tarik agar mendekatiku. "Kau cakap tadi, yang aku dan Mingyu sama kumpulan. Betul ke?" Soalku untuk mendapatkan kepastian.

Hoshi mengangguk laju.

"Kenapa kau gembira sangat ni? Sebab aku sama kumpulan dengan Mingyu ke?"

Crush || Seventeen MingyuUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum