PART TWO

29 6 0
                                        

Tajuk Lagu : Fikirkan Boleh

Penulis cerita : Don_Chorleone

Tajuk Cerita : Kau Pasti Boleh!

Tajuk Cerita : Kau Pasti Boleh!

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Riak wajah Jamil kosong. Ekspresinya dingin tiada perasaan. Panggilan daripada jurulatih, rakan-rakan dan juri tidak dipedulikan. Apa yang dia tahu dia harus beredar dari tempat tersebut dengan kadar segera. Tidak betah mahu lama-lama.

Usai sahaja perlawanan akhir pertandingan kejuaraan MMA (Mixed Martial Art) peringkat kebangsaan sebentar tadi dia terus melangkah kaki ke bilik persalinan. Pelbagai perasaan yang kini berkecamuk di dalam diri anak muda berusia 21 tahun itu.

Bengang? Marah? Kecewa? Sedih? Malu? Sudah pasti. Jamil mengeluh kecil. Tidak tahu mengapa takdir tidak pernah menyebelahi dirinya akhir-akhir ini atau bak kata orang Cina 'tiada ong'.

Nak kata doa? Lima kali sehari dia berdoa. Usaha? 10 jam sehari dia berlatih. Ikhtiar? Sudah bermacam kaedah latihan yang dilakukan. Tawakal? Mungkin ya atau tidak. Jamil sendiri pun tidak pasti.

Tetapi bukankah doa itu juga dikira salah satu daripada tawakal? Ah dia kurang arif bab-bab itu. Biar para ustaz sahaja yang menjawabnya.

Di bawah pancuran air yang dingin, Jamil memejamkan mata. Cuba bermuhasabah diri dan bermeditasi. Sambil itu dia juga mempasca nilai prestasi dirinya sepanjang kejuaraan tersebut berlangsung. Mungkinkah ada silap di mana-mana.

Jamil langsung tidak mengambil tahu acara berikutnya. Usai sahaja mandi dia terus memecut pulang ke rumah. Seharusnya dia berada di atas pentas bersama para peserta untuk menerima hadiah dan piala pusingan masing-masing

Melalui video rakaman siaran langsung yang ditonton dari platform sebuah halaman di media sosial Facebook, Jamil hanya mampu mengukirkan senyuman kecil seraya menggeleng kepala. Pengumuman daripada pengacara pertandingan.

"Dan juara bagi pertandingan kejuaraan MMA peringkat kebangsaan bagi kategori acara terbuka pada tahun ini jatuh kepada... Nur Zakiah binti Hassan Basri atau lebih dikenali sebagai Abang ZT (Zack Tebuan)!"

Malu? Sudah pasti Jamil berasa malu. Nak tahu mengapa? Untuk pengetahuan Abang ZT lawannya pada perlawanan akhir itu sebenarnya adalah seorang wanita.

Ya, Jamil tewas kepada seorang wanita yang telah berubah status identiti menjadi seorang lelaki atau erti kata lain lelaki transgender atau dalam bahasa mudahnya lelaki jadian.

Itu lah yang mencalar ego lelakinya. Tewas kepada seorang wanita yang telah menjalani pembedahan pertukaran jantina setahun yang lalu. Jamil terkenang semula imbasan lalu.

Secd Event : Theme 'Free Songs'Donde viven las historias. Descúbrelo ahora