PART ONE

51 6 7
                                        

Tajuk Lagu : Setelah Hati Terluka -AXL'S

Penulis cerita : Aurora_velvet

Tajuk Cerita : SETELAH HATI TERLUKA

Tajuk Cerita : SETELAH HATI TERLUKA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


💭💭💭💭💭💭💭💭

2010

Kisah bermula sewaktu aku ditingkatan dua, baru nak masuk dua tahun berada disekolah menengah,aku sudah tahu makna cinta.. perkenalan,permulaan cinta bagi aku ia bukan cinta monyet seperti yang orang selalu katakan tetapi bagi aku ia adalah cinta pandang pertama..

tidak silap aku kisah ini berlaku juga sewaktu umat islam sedang menyambut bulan ramadhan, perkenalan bermula dari telefon sebelum berpindah ke bersua muka..




2011

Waktu itu, aku sudah masuk tingkatan Tiga, waktu orang nak ambil PMR kan.. well masa aku,PMR bukan PT3 macam sekarang ini jadi tak pelik kan?

Dua kelas bergabung untuk ke Bangunan MBSA atas sebab folio yang perlu kami lakukan masa itu,

Sebaik saja tiba di bangunan itu, apa yang kami dapat tahu Bangunan MABSA tidak buka,rasa penat yang kami bawa hari itu sia-sia sebelum ada yang cadang untuk ambil tentang PKNS pula,lalu aku dan beberapa orang lagi menapak kaki menuju kebangunan lama PKNS untuk dapatkan maklumat tentang pembukaan PKNS pada masa dulu..

Masa berlalu dengan pantas, selepas selesai mencari maklumat kami melangkah pergi ke bangunan PAS(Plaza Alam Sentral) pula. ramai yang bercadang mahu merehatkan diri dengan bermain bowling, aku yang ada waktu itu hanya sekadar turut dan menurut tetapi maaf ya bukan bermakna aku bermain juga..

Apa yang aku ingat waktu itu, aku sedar sesuatu iaitu pemakaian aku,sungguh berbeza dengan yang lain dan paling aku tidak dapat jangkakan adalah pertemuan dengan kekasih aku yang satu itu, waktu itu hanya Allah saja yang tahu bertapa malunya waktu itu, perbezaan ketara apa yang aku lihat, dia memakai baju tshirt jenis fit mengikut bodoynya dan bewarna hitam disertakan seluar jeans fit dan turut bewarna hitam.

manakala aku waktu itu hanya memakai baju iner dan bersarungkan baju sejuk tanpa lengan bercorak kotak-kotak,berseluar jeans hitam yang paling membuat aku malu adalah tudung sarungku.. baru aku perasan waktu itu tudung aku sudah keronyok ,jelas sekali penampakkan seorang yang gelabah dan tidak terurus tetapi itulah diri aku,jenis yang tidak kisah tetapi pada hari itu kisah itu,mampu membuat aku rasa malu.

Orang lain bermain manakala aku memerhati sikekasih dengan duduk dibahagian belakang tempatnya berada.. aku terfikir ,adakah ini dia? soalan itu tiba-tiba saja terdetik dibenak fikiran dan hatiku.





2013

TAHUN SPM, tahun ini bagi aku adalah tahun yang terlalu menyesakkan jiwa dan hati aku, ujian demi ujian aku terpaksa tempuh.

Secd Event : Theme 'Free Songs'Where stories live. Discover now