Benar kata orang 'Bila kita gelak kuat(bahagia) pasti akan berlakunya kesedihan yang kita tak dapat jangkakan' dan ia berlaku padaku.

Meskipun pada tahun-tahun sebelum ini aku kerap menangis tetapi pada tahun 2013 bagi aku adalah paling berat dan paling sesak..

Terasa payah nak menghadap dunia,terasa sesak nak menghadap manusia,tetapi aku cuba gagahkan diri aku untuk bangkit sendiri tanpa sesiapa disisiku..


BULAN MEI, 2013

baru angan-angan nak sambung birthday sama-sama tetapi lain pula jadinya,aku fikir waktu itu aku boleh la sambut hari jadi aku dengannya seperti sebelum ini(meskipun dia kerap lupa tentang itu) tetapi sia-sia..

Dia menghilang selepas dia membuat onar terhadap keluarga aku ,perlukah larikan diri selepas menghasut aku selepas membuat hidup aku jadi tunggang langgang?kemana dia pergi?aku mencari tetapi tiada apa. ibarat sia-sia juga.

"Sabar la Hai,aku tahu kimi takkan kepergi jauh.." kata Shud,rakan baik aku.

"Betul tu Hai,aku dapat berita along sekarang dekat luar negara sambung belajar nanti dia balik la.." suara pula Ummu..

mendengar saja kata-kata dari Ummu buat darah aku mendidih terasa panas seketika,tangan digenggam menahan kemarahan

"kau kata dia dekat mana Ummu?" suara aku dengan nada ditahan

"Luar negara,itu yang angah bagitahu aku la,budak-budak pun kata dia dekat luar negara.."

"cilaka.. mudah betul dia larikan diri kan? aku rada bodoh tahu tak kadang-kadang sebab dengar kata-kata kau dan dia untuk buat semua ni!bodoh!menyesal tahu tak!" tengking aku.. Ummu dan Ida sudah gelabah disebabkan amukan dari aku..

"Hai sabar la jangan macam ni.."

"kau kata sabar? bak sini no dia,aku nak call.. gila lakhnat!aku sorang-sorang dekat sini lepas tu dia blah macam tu saja?menyesal tahu tak aku!aku bodoh sebab ikut kata-kata kau dan dia.. termasuk angah..bodoh!sekarang aku rasa bersalah..korang boleh la selamat sebab tak kena..puas hati korang kan bila tengok aku macam ni?puas Ummu kau tengok aku macam ni?!" semakin tinggi suara aku melepaskan kemarahan yang tersimpan.

melihat keadaan aku yang sedang marah masing-masing berdiam diri.

"damn!" satu tumbukan aku lepaskan didinding batu kelas.

"wei Hai!kau ni gila apa?!" marah mereka

"so lantak aku ah!baik mati dari hidup.." habis kata aku terus berlalu pergi..


2015

Kini masa berlalu dengan pantas,Dua tahun aku ubati luka didalam hati aku sendiri,dua tahun aku mencari kegembiraan yang aku mahukan, dua tahun itu juga aku cuba mulakan hidup baru meskipun hati aku masih menunggu dirinya yang tidak pasti dimana kini berada.



BULAN MAC, 2015

ibarat batu menimpa kepala,ujian kebahagiaan didalam buku baru adalah permulaan yang sukar untuk aku terima. aku fikirkan dia akan terus menghilang rupanya tidak,petanda apakah ini?selama dua tahun dia menghilang itu lah aku mengambil kesempatan untuk merehatkan diri dan mengambil maklumat tentang dirinya, rahsia demi rahsia aku mula tahu siapa dirinya yang sebenarnya dan bulan itu,adalah bulan yang mencabar..

"Sayang.." satu panggilan yang mampu membuat aku kelu,dada ibarat berhenti berdegup dari dipam..

lidah terkelu tetapi aku cuba berbicarakan seperti biasa.

"shan?kemana awak pergi selama ni?"

"maaf sayang.. saya pergi tiba-tiba.." aku sekadar mengangguk kepala lalu melepaskan tangisan yang aku mahu lepaskan..



BEBERAPA HARI SELEPAS ITU

Hubungan aku dan dia kembali jernih meskipun dia sibuk, tiba-tiba sedang aku melayan Aplikasi Wechat ,seorang frendlist yang berkawan denganku menjemput masuk kedalam satu group.

Hati aku berdebar tetapi aku diamkan.. Suatu hari, didalam group telah berlaku satu pergaduhan,yang mana orang lain yang melakukan kesalahan ,tetapi aku pula yang disalahkan.. tak dapat aku sangka orang yang aku sayang dam cinta sanggup melepaskan kemarahan dan memaki aku didalam group itu.

aku rasa diri aku tercabar dan terasa dengan setiap kata-kata yang dilemparkan kepadaku.. dengan nafas berat aku memohon maaf darinya meskipun bukan salahku.

selang beberapa hari aku mula pelik dengan khabar angin yang dibawa oleh ahli group itu,meskipun aku adalah kekasih soroknya tetapi aku juga terkejut..cinta dibalas dengan dusta? cinta dibalas dengan pengkhianatan? cinta dibalas dengan makian?kemana cinta yang pernah diungkapkan dahulu?adakah semua ini hanya sia-sia dan lakonan? aku memberanikan diri meminta sidia membalas chat aku.. maka hati yang sudah terluka semakin terluka..luka dibalas dengan torehan..

"apa maksud awak dengan semua ini,Shan?awak kata cintakan saya tapi kenapa awak saya macam ni?!"

"eh?siapa kata aku cintakan kau? apa yang kau nampak tu semua betul,aku tak pernah cintakan kau,untuk pengetahuan kau,hati aku dah lama mati dekat kau tahu tak selepas kau tikam belakang aku!" tengkingnya..

aku menekup mulut menahan hiba dan sakit..

"sejak bila saya tikam awak?awak yang penyebabnya saya jadi macam ni!awak menghilang saya tunggu awak tahu tak!meskipun awak buat onar dengan keluarga saya,saya tetap terima awak tahu tak!"

"kau saja yang bodoh sebab terima aku balik" senyuman sinis dilakarkan.

"awak nak kata awak mainkan saya la ni?"

"betul la tu, bagus la kau dah tahu,untuk pengetahuan kau aku hanya mainkan kau saja,tak ada cinta untuk kau pun selama ni.." bagai petir aku terima.. sanggup dia kata begitu,penipuan apakah ini yang mampu aku terima dan percaya..

dengan nafas dan hati yang sudah berkecai dan terluka aku bangkit..

"jadi terima kasih sebab buat saya macam ni..maafkan saya sebab selama ni sudah buat awak terluka..semoga awak bahagia.."

"memang aku bahagia pun.." habis saja kata terus dia berlalu pergi meninggalkan aku, aku terdiam seketika sebelum melepaskan tangisan hiba sehingga dada aku terasa berat dan sesak..

Mestikah airmata ini
membasahi di pipi ku
Perlukah ku meratap hiba
Setelah hati terluka

Ku sedar siapa diri ini
Hanya mampu member cinta
Namun ku tak mampu
Menatap bahagia

Tiada guna aku ratapi
Kasih dan sayang takkan kembali
Ini sudah suratan
Yang azali

Bukan aku mengemis simpati sesiapa
buat penawar duka yang amat lara
Kerna aku sedari diri umpama kaca
Tak bercahya….pudar warna..

tiada lagi cinta untuk diungkapkan,tiada lagi nafas untuk cinta dirinya,meskipun cuba untuk menerima cinta baru tetapi kisah lalu membuat aku terasa sesuatu iaitu kelukaan dan kisah silam.. adakah cinta dan kisah lalu ini akan terus berterusan?aku berharap ia akan pergi selamanya

-TAMAT-

Secd Event : Theme 'Free Songs'Where stories live. Discover now