Waktu sudah lewat malam, Hisyam masih ralit menaip walaupun dia sudah menguap beberapa kali menahan ngantuk. Dia masih berusaha keras untuk menyiapkan assignmentnya yang perlu dihantar esok hari. Dia kelihatannya sangat serabut dan stress tapi dia tidak mampu membuat apa-apa memandangkan itu adalah silapnya sendiri tidak membuat kerja waktu awal-awal sekali. Memang sudah jadi kebiasaanya menyiapkan kerja last minute, dan akhirnya begitulah keadaannya selalu. Berjaga sehingga lewat malam ditemani kopi sambil tangan laju menaip idea-idea bernas yang datang apabila diri dihambat tekanan waktu. Matanya sudah hampir tertutup manakala kepala Hisyam sudah tersenguk-senguk ke bawah dan ke atas.
Grrrrrrrr.... adui, mengantuknya. Hisyam mengeluh. Badannya yang tadi membongkok dengan kaki yang dibawa ke atas kerusi dan dibuat seakan sedang bersila, dia betulkan dengan membawa kaki ke bawah dan tubuhnya ditegakkan. Dia menampar mukannya berkali-kali cuba untuk menghalau rasa ngantuk yang semakin bermaharajalela dan menitahkan dia untuk segera ke alam mimpi. Hampir sahaja dia jatuh kepada godaan itu sebentar tadi, nasib baiklah wajah garang Encik Alim muncul dalam fikirannya. Hisyam mengeliat cuba membetulkan urat-urat daripada tubuh yang kepenatan. Dia cuba mengapai gelas ditepinya namun malangnya air kopi yang dibuatnya sebentar tadi sudah habis. Dia mengeluh sekali lagi. Kenapalah malang sangat nasib aku ni. Hisyam mengutuk dirinya sendiri. Dia minimize document word yang masih cuba untuk disiapkannya lalu dibuka pula youtube olehnya. Dia membuka lagu "youth" yang dinyanyikan oleh troye sivan. Lagu itu mula bermain dengan volume sederhana, cukup-cukup sahaja untuk didengari dalam ruang tamu yang kosong. Hisyam tidak mahu menganggu kawan serumahnya yang sudah tidur dalm bilik masing-masing. Sejurus lagu itu dipasang, dia bangun bersama gelas yang sudah kosong di tangan sebelah kiri. Dia perlu mendapatkan bantuan kaffein semula untuk melawan rasa mengantuknya. Hisyam bergerak ke dapur yang terletak di sebelah kanannya. Rumah sewa yang didiaminya kecil sahaja. Ada dua bilik sahaja rumah itu dan dikongsikan seramai 9orang termasuk dia. Hisyam mula mencari kopi paket yang dibelinya tiga minggu lepas. Namun cari punya cari, satu habuk pun dia tidak jumpa. Adeh nah, mana pulak kopi ni, rungutnya dengan dengusan kecil. Selepas puas mencari segenap kabinet dapur, dia mengalah. Adeh, sialnya dorang ni, sekejap jak barang aku habis diambil bah. Hisyam mengutuk dalam hati berkenaan sikap dan perlakuan housematenya yang suka mengambil barang sesuka hati tanpa bertanya kebenaran terlebih dahulu. Hisyam terang-terang msih ingat bahawa ada 5peket lagi yang tinggal selepas dia menggunakan dua paket untuk membuat kopi sebentar tadi, tidak terperasan pulak bila housematenya merentap kopi paketnya itu. Hisyam merengus, nafas panas keluar dari hidungnya dengan deras sekali. Dia berasa geram namun tiada apa yang boleh dia perkatakan memandangkan mereka pun sudah tidur. Adeh, ini tidak boleh jadi ni, kalau tiada kopi tidak pasal-pasal tertidur aku nanti. Hisyam berfikir sejenak. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Dia segera masuk ke dalam biliknya. Sewaktu dia membuka bilik itu, bilik tersebut sudah dalam keadaan gelap, kedua-dua roomatenya sudah nyenyak melayan tidur masing-masing. Hisyam tidak menghiraukan mereka, dia segera masuk dan mencapai dompet yang terletak di atas meja sebelah katilnya. Dompet putih itu berjaya dicari dengan mudah kerana pertolongan sedikit cahaya daripada pintu yang terbuka. Hisyam bergerak keluar dari bilik dan sempat menyentap sweater berwarna biru yang digantungkan dibucu katilnya. Hisyam menyarung sweater tersebut kepada tubuhnya, lalu dia segera memakai selipar dan keluar daripada rumah itu. Dia ingin ke 7eleven untuk membeli kopi tin dan kopi paket. 7eleven terletak berhampiran sahaja dengan tempat tinggalnya.
Hisyam menunggu lif dengan sabar, lif baru hendak bergerak turun daripada level23, dia yang tinggal di tingkat sembilan perlu menunggu lif tersebut. Dia malas hendak menggunakan tangga untuk turun. Kira-kira 2minit menunggu akhirnya "ting" pintu lif terbuka. Dalam lif tersebut seorang pemuda cina yang nampak sebaya dengannya dengan memakai baju putih dan jeans hitam sedang berdiri di sudut sebelah kiri lif. Hisyam masuk ke dalam lif tanpa mempedulika lelaki cina tersebut. Suasana senyap sahaja, tiada perbualan sehinggalah lif terbuka. Hisyam terus sahaja melangkah laju menuju ke 7eleven yang terletak agak jauh di bahagian bangunan yang lain daripada tempat tinggalnya. Hisyam mengambil kira-kira empat minit untuk sampai ke situ dengan berjalan kaki.
Sampai di 7eleven, Hisyam segera mencari kopi tin dan kopi paket. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk mencari dan membeli. Usai mendapat barangnya, dia terus membayar dan beredar daripada situ. Penjaga kedai itu mengucapkan terima kasih sewaktu mengembalikan baki kepada hisyam. Hisyam tidak memberi apa-apa respons. Dia bergerak begitu sahaja engan lajunya. Dia hanya memikirkan untuk menyiapkan assignmentnya ketika itu. Sewaktu melintasi kawasan meletak kereta yang sunyi di hadapan 7eleven itu, seseorang memukul Hisyam daripada belakang dengan benda keras seperti kayu. Hisyam yang tidak meyangka kejadian itu tidak mampu membuat apa-apa.
"aaaaaaaa", hisyam terjerit kesakitan. Kayu yang mengenai pengkal lehernya membuat dia berasa pening-pening, Hisyam sempat menoleh ke belakang untuk melihat pelakunya, di hadapannya kini seorang lelaki bertubuh sasa dengan muka yang bertutup dan dibelakang lelaki itu, seorang wanita yang membelakangi tubuh lelaki itu, dengan rambut panjangnya yang lurus ditiup lembut oleh bayu malam sedang bercakap dalam telefon. Pandangan hisyam yang berbalam balam, lama kelamaan mula hilang arah dan sejurus itu pandangannya gelap dan hitam. Plastik yang mengandungi kopi dan smartphone jenama samsung miliknya jatuh ke atas tanah bersama tubuhnya yang sudah hilang keupayaan untuk berdiri. Lelaki sasa itu segera mengangkat tubuh kecil Hisyam yang Cuma seberat 45kg, dan setinggi 157cm dan membawa tubuh hisyam ke sebuah kenderaan berwarna hitam. Kejadian itu berlaku dengan pantas dan tidak disedari oleh sesiapapun.
Maka terculiklah Hisyam, seorang pemuda biasa tanpa harta. Kenderaan itu bergerak laju menuju ke sebuah pelabuhan.
Ke manakah hisyam akan dibawa? Kenapa dia diculik dan apa akan terjadi dengannya? Apakah motif penculikan ini? Ada "sesuatu" sedang direncanakan.
YOU ARE READING
evolusi
Adventurepenculikannya menjadi misteri, hisyam seorang pemuda biasa tidak berharta datang daripada keluarga sederhana hilang selama enam bulan. tiada siapa yang mengetahui mengapa dia diculik dan siapa penculiknya. hisyam yang muncul semula selepas enam bula...
