28 - Indescribable Feelings

Start from the beginning
                                    

"Lisa!! Saya nak duduk dengan awak!! Mingyu, kau pergi duduk tempat lain kay?" Jerit Hoshi yang berada di belakangku sebelum dia berlari ke arah Lisa yang sudahpun berdiri di sebelah tempat duduknya yang dipilihnya bersama Mingyu.

Mingyu membuat muka menyampah ke arah Hoshi. Dan Hoshi tersenyum puas melihat wajah milik Mingyu itu kemudiannya mengambil tempat duduk di sebelah Lisa.

Mulut Mingyu mula terkumat-kamit. Dia sedang menyumpah Hoshi agaknya. Ketika itu, matanya bertemu dengan mataku membuatkan aku terkaku tidak tahu berbuat apa2 dan pantas mengalihkan pandanganku ke arah yang lain.

"Eun, mari duduk dengan saya?" Soalnya memandangku dengan wajah yang berharap agar aku setuju.

Kalaulah kau tak ada hati kat Arin, dah lama aku menikmati saat ini. Tapi, tak.

Oleh kerana aku mengambil masa yang agak lama untuk menjawab pertanyaan dia, dia terus menarik aku ke tempat duduk yang masih lagi kosong di hadapanku dan menyuruhku duduk di sebelah tingkap.

Sekarang, aku terperangkap dengan si Mingyu ni.

"Kenapa awak macam mengelak daripada saya Eun?" Soal Mingyu ketika aku asyik memandang ke luar tingkap. Mana taknya, aku nak elak pandang muka Mingyu tu.

Aku terkilan dengan soalannya. Sebab, apa yang dia katakan itu benar sama sekali. Aku memang mengelak daripadanya.

"Mana ada." Jawabku sepatah tanpa memandangnya.

"Tapi, dari cara awak bercakap dengan saya, awak sepertinya tak nak melayan saya. Seolah-olah awak marahkan saya."

Aku mula memandang ke arahnya dan mata kami bertemu buat seketika. "Saya tak marahkan awak atau sesiapa. Saya marahkan diri saya."

"Kenapa?"

Aku menggeleng, tidak mahu menjawab pertanyaannya itu. Kalau aku jawab pun, apa yang aku dapat? Macamlah ianya boleh mengubah apa2.

---

Mingyu pov.

Sejak kebelakangan ini, Eunyoo nampak berbeza daripada Eunyoo yang aku kenal sebelum ini. Dia seolah-olah menjadi orang yang dingin. Bukan sahaja terhadap aku, tetapi terhadap Arin juga.

Aku tahu sebab Arin pernah ceritakan kepada aku.

Perjalanan untuk ke tapak perkhemahan itu memakan masa yang agak lama memandangkan tempat tersebut terletak agak jauh dari bandar. Aku sendiri juga sudah mulai bosan.

Aku nak bercakap dengan Eun, dia sepertinya tidak mahu bercakap buat masa sekarang.

Baru sahaja aku hendak meletakkan earphone ku ke telinga, satu beban terasa di bahuku menyebabkan perbuatan aku tadi terhenti. Aku memandang ke sebelahku dan mendapati bahawa kepala Eunyoo berada di bahuku.

Dia sedang tidur dengan nyenyak sekali.

Entah kenapa aku tiba2 rasa nak tenung wajah milik Eunyoo ni lama sedikit seolah-olah ada sesuatu yang menarik perhatianku terhadapnya.

Tatkala aku asyik memandang wajahnya, dia tiba2 tersenyum.

Adakah dia tidur atau tidak?

"Eun?" Panggilku seraya tanganku dilambai-lambaikan di hadapan wajahnya. Namun, dia kekal begitu, masih diulit mimpi indah.

Tanpa ku sedar, aku tersenyum. Earphone yang aku pegang tadi diletakkan di telingaku dan earphone yang satu lagi aku letakkan di telinga milik Eun. Biarlah dia tidur dengan nyenyak tanpa diganggu oleh bunyi bising.

Beberapa minit kemudian, mataku mula menjadi berat dan akhirnya aku akur dengan mataku, dan menutupnya memandangkan aku sudah mengantuk sangat.

---

"Mingyu, bangun. Kita dah sampai." Satu suara menyapa pendengaranku. Pandanganku yang tadinya gelap menjadi cerah sebaik sahaja aku membuka mataku.

Aku memandang ke sebelahku, di mana Eunyoo sedang memandangku.

"Kita dah sampai ke?" Soalku.

Eunyoo mengangguk perlahan dan tangannya menghulurkan aku sesuatu, iaitu earphone yang aku selitkan di telinganya tadi. "Gomawo." Ucapnya.

Aku perasan yang wajahnya nampak kemerah-merahan.

"Eo." Earphone tersebut aku sambut dan diletakkan ke dalam beg milikku. Beg yang disandang di belakangku, aku betulkan sebelum berdiri.

"Jom kita turun." Ajakku.

Eunyoo yang juga baru sahaja mengemaskan barang2nya mengangguk dan juga berdiri sepertiku. Namun, dia asyik memandang ke arah lantai, kalau tak pun dia memandang ke tempat lain.

Tapi, kenapa?

=====

Hai ...

Memandangkan ini merupakan last update saya sebelum hiatus, saya nak tanya ni ...

Setakat ini ... ok tak cerita ni? Hahaha. Saja nak tanya.

Mana tahu, cerita ni semakin lama semakin bosan. Bolehlah saya upgrade sedikit. Ahahaha.

Ucapan trakhit drpd saya sebelum hiatus : thanks for reading my book, dear my favourite readers ... u r the best readers I have!! Jjang!! Thumbs up to u!! And, wish me luck for spm. For the one who r having the year end exam, gud luck too!! Do yr best so u can get good results. Of u want to go to Korea, u must study hard bcs u need a lot of money to go there. Hahaha. Kata2 semangat tu.

Saya sedih sbb SEVENTEEN comeback betul2 masa spm nak mula ... kejam. Ahaha. Tak apa, lepas exam, saya layan betul2 nanti. Ahahaha. Bak kata cikgu, 7 hari 7 malam tak tidur. XD

Ok, thats all from me! Bye!!

Crush || Seventeen MingyuWhere stories live. Discover now