NK 2

1K 32 0
                                    

KINI sudah 2bulan perkahwinan aku dan Harraz. Dalam seronok bahagia, pelbagai dugaan yang datang namun aku harus tabah dan sabar menempuhinya.

                    
                          * * * * * *

Abang, nanti pergi sana jangan nakal-nakal tau." pesan Nisrin. Harraz mengusap kepala Nisrin.

Ye,sayang. Hah sayang pun sama juga. okay la abang gerak dulu. jaga diri tau.." Harraz mencium dahi isteri nya sebelum berangkat ke oversea atas urusan kerja.

Baru beberapa langkah Harraz gerak, tanggannya di tarik kemas oleh Nisrin.Harraz lantas menoleh. Harraz tersenyum melihat muka Nisrin seakan tidak membenarkannya pergi.

"sayang, look me. Abang janji akan balik dengan secepat yang mungkin ok. Dah jangan sedih- sedih.. " tutur Harraz lembut.

janji tau, tapi make sure abang kena mesej Rin setiap hari janji tau.. " ujar Nisrin, jari kelingking nya di angkat.

promise sayang.. " ujar Harraz. Flight nya akan berlepas lagi 5minit.

Bayangan Harraz sudah hilang dari pandangannya. Nisrin tidak sedap hati untuk melepaskan suaminya pergi ke london. Namun, atas urusan kerja suaminya dia terpaksa jua.

                            * * * *

3Bulan sudah berlalu...

Hari yang sangat dinantikan iaitu kepulangan Harraz Naufal.Rindu nya kepada Harraz semakin kuat. Tapi Nisrin tidak sedap hati semenjak beberapa bulan ni, puas Nisrin call, mesej semuanya tidak dibalas oleh Harraz. Padahal 3minggu yang lepas elok je mereka berbual di panggilan sambil gelak sakan. Kalau nak kata busy, takkan 24jam kan.

Lamunan Nisrin mati, ketika mendengar deruman enjin kereta suaminya. Cepat Nisrin membuka pintu.

"Abang! Rin rindu abang" lantas Nisrin memeluk tubuh sasa milik Harraz. Harraz menepis tangan Nisrin. Dan berlalu naik ke bilik.

Nisrin tergamam.

'penat kot' desis Nisrin, cuba menyedapkan hatinya.

Nisrin memasak macam macam makanan, semuanya favorite suaminya. Harraz khusyuk  menonton televisyen. Kebiasanya, mereka akan memasak sama sama. Nisrin menjadi hairan dengan suaminya.

"Abang, jom makan.. " tutur Nisrin lembut.

"makan la, abang penat nak tidur.. " ujar Harraz berlalu pergi, tanpa melihat wajah Nisrin langsung.

'apa kena dengan Harraz ni' desis hatinya.

NISRIN bangun pagi agak terlewat sikit, lantas menoleh ke kiri, Harraz tiada.Dia mencari kelibat Harraz, namun Harraz sudah ke tempat kerja.

Nisrin mengeluh. 'apa salah aku ek? sampai dia layan aku macam ni'

DI PEJABAT MEGAT HOLDINGS

Harraz cuba ingin menumpukan perhatian  pada kerja kerjanya tetapi otaknya masih kusut memikirkan hal 3bulan lepas ketika dia berada di luar Negara. Hatinya semakin sakit.

Harraz mengamuk bila teringat akan peritiwa itu . Semua barang di mejannya dilemparkan ke lantai. Dia terpandang akan frem perkahwinan dia dan Nisrin. 'kau penipu! aku benci kau!" frem itu dibalingnya ke lantai, berterabur kaca.

"E..E...Encik Harraz ok? " ujar melina sebaik melihat bilik Boss nya tunggang langgang.

"Cancel kan semua metting harini!" Arah Harraz dah berlalu keluar dari pejabat. Melina mengangguk laju.
                       
  
HARRAZ keluar menenangkan dirinya. Tanpa ia sedar sudah berapa jam dia berada di tepi laut. Nisrin dirumah sudah macam cacing kepanasan ke hulur ke hilir, resah bila Harraz masih belum pulang.

Nisrin  KhaylaWhere stories live. Discover now