Part 22

246 8 0
                                    

  Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Masuk suda 2012. Tahun ni umur sy 25 suda. Gontuo suda sy rasa. Ada 3 taun lg dari tempoh yg thomas bagi.

Sy ambil cuti 1 minggu sebelum start lapor diri di kk. Sy tarik nafas lega sebab akhirnya sy bulih balik tempat sendiri.

Sy start kerja umur 23. Bulan 7 suda sy masuk local company. Kerja tidak lama. March 2011 sy dpt kerja baru suda.

Dr julai '10 sampai march '11, kira cepat juga sy punya love2 membunga sama thomas. Sinang jatuh cinta bah sy ni. Tp kalo suda sy bercinta tu, teda suda sy cuci2 mata. Dia la paling hensem. Lelaki lain tidak hensem suda. Hahaha

Airport.
Avin hantar sy. Buat apa kakak sy mo kasi susah diri dia mo antar sy di airport kalo ada org suda sudi antar.

"Ko balik sana jgn lupa aku tau. Ko beli kete nanti bawa aku jln2 kampung mak aku,"

"Kampung ko ktne?"

"Penampang,"

"Tau la penampang. Kampung? Tempat tu besar tau,"

"Nanti aku tanya mak aku," pastu dia senyum2.

Betul la mama avin org penampang. Tp lama suda tidak balik lepas datuk nenek dia meninggal. Mama dia gaduh sama adik beradik sebab harta. Merajuk so bawa diri ikut bapa avin menetap di n.9.

Avin pun tidak pernah kenal family sebelah mama. Dia pernah tanya tp kena marah pula.

Sebelum sy masuk departure hall avin tarik sy. Dia peluk ketat sampai sy rasa opusakan (sesak nafas). Wangi bah perfume avin dia. Dia ni memang high taste.

"Ko takde ni aku mesti rindu ko. Takde sape dh aku nk buli. Nk pau rm2. Nk ajak ko g event kete. Sunyi la aku,"

"Nanti kalo rindu aku dtg la kk. Aku leh bawa mo jalan2"

Avin kasi lepas pelukan dia. Dia ambil brg dalam pouch bag dia pastu bg sy. Ada spek mata hitam rayban wayfarer. Yg bulih lipat2 tu. Bukan 1 tp ada 2.

"Napa ko bg aku sampai 2?"

"1 utk ko... 1 lg utk aku. Bila ko setuju aku jd bf ko. Dua2 ko simpan. Kalo ko pilih org lain pun, ko kasik yg 1 lg utk dia pakai. Anggap hadiah dr aku utk korg. Sweet kn aku?"

Mengalir airmata sy. Napa bah ko ni bagus betul? Sy peluk dia pastu terus masuk departure hall. Sy berabis lap airmata. Suda masuk dalam sy tingu belakang pastu lambai2 dia. Sy bg senyuman paaaaaling lebar n manis.

Suda sy jalan jauh ke dalam baru sy kasi lepas sy punya tangisan. Sesak dada sy.

"Tak yah nak nangis sangat la! Pandang belakang," chat dr avin.

Laju sy tingu belakang. Senyum2 dia tingu sy. Rileks jak dia berjalan p tempat sy. Pastu terus dia tarik sy peluk lg balik.

"Ko jgn nk malukan aku kt sini, berenti nangis, cepat!" avin berbisik.

Berabis sy tulak2 dia. Punya bida gaya ni lelaki. Rupanya dia ikut sy balik kk. Silaka! Sengaja dia buat sy nangis sana luar.

Sy buka handbeg. Ambil plastik tempat dia bikin simpan tu rayban. Sy bg dia satu.

"Ko yakin ke aku org tu?"

Sy angguk n senyum. Dia ambil. Simpan dalam beg. Pegang tangan sy mo p tempat berlepas tu. Tidak dia kasi lepas tangan sy. Pastu senyum memanjang jak dia.

Dalam kapal, sanggup dia pujuk org berganti tempat sama dia. Nasib dipenuhi juga tu permintaan sebab dia blg dia bg alasan mo pujuk bini.

Avin tidur sepanjang perjalanan sambil pegang tangan sy. Sy tertanya2, sama ada keputusan sy tu betul atau tidak. Sama ada, sy memang syg avin atau keputusan tu dipengaruhi oleh perasaan sunyi?

Cinta Yang Tak TerungkapWhere stories live. Discover now