Aku menarik nafas panjang sambil pandanganku jauh ke luar jendela. Sengaja aku membiarkan bayu malam meniup rambutku. Rambutku menari-nari umpaya mengikut rentak lagu angin. Aku sukakan kedinginan bayu malam tetapi aku bencikan kegelapan malam. Kegelapan ini membuatkan aku saban hari malah tahun dalam ketakutan.
Sambil memandang bintang di langit, aku memikirkan hal yang berlaku di dalam hidupku. Hidupku umpama wayang gambar tetapi tidak diketahui pengakhiran ceritanya. Ceritanya bermula enam tahun lepas. Peristiwa itu mengubah hidupku serta merta. Aku menjadi takut dengan diriku sendiri.
...
Mengimbas kenangan enam tahun lepas
"Nur, aku takut. Bagaimana kalau mereka tidak berhenti mengganggu bilik kita?" bertanya Mira dalam kegelisahan.. Pelukan erat Mira terhadap Nur membuktikan yang dia benar-benar takut dengan peristiwa yang terjadi. Wajah Nur juga menunjukkan yang dia benar-benar dalam ketakutan.
Bilik yang dihuni oleh tiga gadis itu menjadi sasaran mereka malam ini. Siapakah mereka? Mereka adalah makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita. Ataupun lebih dikenali dengan panggilan "Makhluk Halus".
"Kreekkkk. Kreeekkkk..." Jendela kaca dicakar mereka.
Bunyinya umpama mereka menginginkan untuk masuk ke dalam bilik kami. Aku tidak tahu apa yang mereka inginkan dari kami. Gangguan dari di asrama ini telahpun berlarutan selama beberapa hari. Siapa tahu malam ini menjadi giliran kami bertiga. Ini bukan dikatakan tuah tetapi bala.
Aku cuba memberanikan diri.
"Kita jangan takut. Nur, Mira. Jom kita sama-sama membacakan surah yasin. Kita lawan perasaan tu. Kita jangan tunjuk yang kita lemah." Ucapku walaupun rasa takut itu tetap menghantui diri ini. Siapa yang tidak takut apabila kita diganggu dengan peristiwa-peristiwa pelik ini.
Kami cuba mencapai surah yang berada di hujung kepala katil. Masing-masing menolak satu sama lain kerana perasaan takut itu. Aku memulakan bacaan kemudian diikuti oleh teman-temanku. Suara yang perlahan kemudian dikuatkan. Cakaran diluar tingkap semakin menjadi-jadi. Mereka umpama cacing kepanasan apabila kami membacakan ayat-ayat suci ini. Bacaan diteruskan sehingga ke akhir ayat. Aku dapat merasakan tangan Mira yang menggigil kerana dia menggenggam tanganku. Harapku itu benar-benar tangan Mira.
Seusai bacaan Yasin, tiba-tiba.
Bam! Bekalan elektrik terputus. Kami yang sememangnya di dalam ketakutan menjerit sambil berpelukan. Kedengaran suara jeritan pelajar-pelajar perempuan yang lain. Rupa-rupanya satu asrama terputus bekalan elektrik.
"Dila, aku dah tak tahan. Kenapa kita menjadi sasaran malam ni? Dalam banyak-banyak bilik, kenapa bilik kita weh?" soal Nur. "Mungkin ni ujian buat kita, mungkin bilik kita ni kotor?" pelbagai andaikan yang keluar dariku.
"Tak apa, kita cuba tidur. Kita baring di bawah saja. Mungkin gangguan tu dah berhenti." Pujukku kepada Mira dan juga Nur. Pujuk diriku juga. Malam itu kami tidur berpelukan walaupun kepanasan akibat bekalas elektrik yang terputus. Rasa takut itu membuatkan kami rela berpanasan.
Malam terasa panjang. Aku mencuba untuk memejamkan mata. Segala ayat yang diajar oleh ustazahku aku bacakan. Cakaran dari tingkap bilik telahpun berakhir. Aku kira gangguan pada malam ini telah sampai kepada penamatnya. Mira yang paling penakut tadi tidur dengan nyenyak. Mungkin tenaga telah habis digunakan untuk menjerit. Huh! Gelakku sendirian.
Aku tidak dapat untuk tidur. Otakku ligat memikirkan peristiwa yang terjadi. Suasana yang sunyi membuatkan aku teringat rangkap-rangkap sajak yang telah aku baca:
"Takut?
Itu hanya perasaan yang kita cipta.
Yang membuat kita terperangkap.
Terperangkap di dalam perasaan sendiri"
Mataku mula menjadi berat. Aku terlena tanpa sempat menghabiskan rangkap-rangkap sajak yang bermain di dalam fikiranku.
Keesokan harinya, asrama perempuan kecoh dengan beberapa cerita bahawa lima bilik telah diganggu semalam. Ada yang terlihat kelibat diluar tingkap dan ada juga yang mengatakan katil mereka digoyang. Syukur kami hanya di ganggu dengan bunyi cakaran dari luar bilik. Kami tidak dapat bayangkan apaakan terjadi jika ianya lebih dari itu.
"Kau tahu bilik 307 semalam kene kacau lagi? Ni dah masuk 3 hari asrama kita diganggu. Apa sebenarnya yang dah terjadi kat asrama kita? Aku dengar bende tu muncul dekat bilik tu semalam. Mereka kata yang "benda" tu bertenggek kat atas almari baju. Kalau aku lah, memang aku menjerit sambil berlari keluar dari bilik. Siapa yang boleh tahan kalau hari-hari diganggu?" terdengar perbualan dari sekumpulan pelajar perempuan di dalam kelas.
Dua tiga hari ini, topik mengenai gangguan di asrama menjadi perbualan hebat diantara pelajar sekolah. Pelbagai andaian yang dikeluarkan. Ada yang mengatakan ini adalah tradisi yang akan berlaku setiap lima tahun. Sekolah akan diganggu oleh makhluk-makhluk ini. Ada juga yang mengatakan yang peristiwa ini ada berkaitan dengan pokok besar yang terletak di sebelah pagar asrama puteri. Andaian yang paling aku rasa tidak masuk akal adalah apabila mereka mengatakan salah seorang pelajar di dalam sekolah ini mengamalkan pemujaan memanggil makhluk halus. Karut! Mana mungkin ada yang berani melalukan perkara syirik begitu. Lebih-lebih lagi di dalam sekolah.
Aku memilih untuk mendiamkan diri daripada menghebohkan kejadian yang berlaku di bilik kami semalam. Bagiku peristiwa semalam tidaklah begitu besar sehingga perlu dihebohkan kepada semua orang. Aku masih teringat perbualan antara aku, Mira dan Nur pagi tadi.
"Aku rasa lebih baik kita diam kan je peristiwa yang berlaku malam tadi. Aku tak nak bende ni buat satu sekolah kecoh. Cukuplah bila bilik-bilik lain diganggu." Aku menyuarakan pendapatku kepada Nur dan Mira.
"Bagaimana kalau malam ni kita diganggu lagi? Tak kan kita nak diamkan diri saja?" Nur cuba untuk mempertahankan pandangannya. "Betul cakap Nur tu. Aku tak tahan lah kalau kene ganggu lagi. Dila, patut ke kita diamkan je peristiwa semalam?" Sokong Mira dengan apa yang dikatakan oleh Nur.
"Aku faham apa yang korang rasa tetapi lebih baik kita jangan keruhkan lagi keadaan. Kita lihat dulu malam ini macam mana. Kalau kita masih kene ganggu, aku akan minta pertolongan." Aku cuba meyakinkan mereka untuk bertenang dan bersabar.
Lamunanku terhenti apabila ketua kelas melaungkan ucapan memberi salam. Ia menandakan yang guru bagi mata perlajaran tersebut sudahpun sampai. Aku dengan perasaan lesu mengikuti semua tindakan ketua kelas. Perasaan mengantuk yang melampau menguasai diriku. Tetapi otakku lebih ligat memikirkan apa yang perlu aku lakukan malam ini.
VOUS LISEZ
HIJAB
HorreurHidup Dila berubah sepenuhnya setelah hijab matanya dibuka. Sekarang dia mampu untuk melihat sesuatu yang manusia biasa tidak mampu untuk melihat. Pembukaan hijab matanya menyebabkan dia menempuhi pelbagai dugaan. Kehidupannya setelah hijabnya dibu...
