Bab 1

136 9 2
                                    

"Khai, ni list awak kena hantar. Hari ini lokasi lain."

"Kenapa asyik tukar lokasi saja ni kak." Keluh Khai tanpa sengaja.

"Amboi, awak tu masih dalam percubaan. Jangan nak merungut sangat." Kak Sopiah menjeling tajam.

Khai mencebik bibirnya yang nipis. Bukan sengaja hendak mengeluh sebenarnya. Pekerjaan baru itu cukup mencabar baginya. Dia yang bukan berasal dari daerah itu agak sulit mencari alamat yang tertera. Peralatan canggih pula adakala menyimpang entah kemana. Belum lagi dengan halangan cuaca. Terik matahari jelas sudah memberi kesan pada kulitnya. Wajahnya berubah sedikit warna. Belakang tapak tangan usah dikata. Gelap!

Khai melangkah tergesa-gesa mencari barangan dan longgokan sampul surat yang perlu dihantar. Walaupun hanya sekeping sampul kecil tetapi itu amanah yang penting dalam pekerjaannya. Dia segera menuju motor syarikat yang terparkir tidak jauh dari bangunan pejabat.

"Hoi Khai!" Jai menjerit kuat.

"Apahal kau terjerit-jerit macam pontianak? Aku belum pekak." Khai selamba menyumbat sampul ke dalam bekas khas di belakang motor.

"Petang ni lepas kerja kau ada hal tak?" Bersungguh Jai bertanya.

Khai menggeleng sambil mengerut keningnya. Bukan pertama kali soalan itu Jai tanyakan. Sejak beberapa bulan sudah sehinggakan Khai hafal ayat itu setiap pagi. Jawapan Khai saja yang berlainan setiap kali. Jika dia tiada agenda maka dia menggeleng. Begitu sebaliknya.

"Jom teh tarik?" Pelawa Jai.

Khai tersenyum sumbing. Bukan sombong tetapi dia jadi bosan dengan celoteh Jai yang tidak kena dalam hatinya. Asyik cerita yang sama berulang. Seolah tiada lagi idea lain. Dia faham kenapa jejaka berkulit gelap itu hanya bercerita tentang cerita cinta dan jiwa yang lara. Dia arif sangat. Namun Khai berpura-pura tidak mengerti.

"Tengoklah macam mana nanti. Takut berjanji. Mana tahu tiba-tiba ada hal." Jawapan paling selamat.

"Okey. Nanti aku roger-roger." Jawap Jai lemah. Terserlah perasaan hampa pada wajahnya.

Laju Khai meluncur pergi dengan motor syarikat. Dia tidak ingin berlamaan di hadapan Jai yang menunjukkan kehampaannya. Dia tersenyum sendiri. Segera dia fokus semula pada tugasan yang baru bermula hari tersebut.

Setengah jam berlalu, dia tiba di sebuah rumah yang berpagar tinggi. Langsung tidak kelihatan bagaimana keadaan halaman rumah itu.Yang pastinya memang mewah.Satu bungkusan kecil tetapi berat dipegang sambil menekan lonceng. Sekali ditekan, tiada juga jawapan dari isi rumah. Khai menekan lagi.

5 minit berlalu, Khai menyelitkan lembaran kertas dalam peti surat di dalam pagar kukuh itu. Topi keledar disarungkan pada kepalanya. Topi berjenama 'Nike' sengaja dipakai juga. Agak kelakar. Dia menghidupkan motorsikal dan sedia untuk pergi.

"Hei!Hei! Posmen!Posmen!" Jeritan yang tidak didengarinya.

Dia menuju ke rumah yang berselang empat rumah dari kediaman tadi. Dia mengambil beberapa helaian sampul lalu dimasukkan dalam peti surat. Kali ini perumahan orang berada lokasi untuk dia. Pertama kali mendapat lokasi itu.

"Hei!Hei! Posmen!Posmen!"

Jeritan yang kuat disebelahnya begitu mengejutkan. Khai memandang dengan kehairanan. Dia memandang lelaki yang hanya memakai seluar bermuda paras lutut tanpa baju. Wajah lelaki itu bersih dan kulitnya memang putih melepak.

'Orang kaya, mana kena matahari.' Desis hati Khai.

"Ya, encik?" Tanya Khai.

"Dari tadi I menjerit panggil U.Pekak ke?" Bunyi sinis.

"Apa yang boleh saya bantu, encik?"

"Bungkusan tadi,mana?" Nafas yang masih belum terkawal.

Khai terkial-kial meramas kepalanya yang bertopi. Perkara yang paling dibenci semenjak dia berkerja dengan Pos Malaysia. Geram menyerang hatinya. Sudahlah melolong seperti pocong cina pondan, tidak beradab pula. Otaknya tangkas memberi idea meski dibawah terik matahari.

"Encik, tadi saya sudah menanti 10 minit di luar banglo itu. Jika saya sudah memberikan notis, maka dengan itu encik boleh dapatkan barang itu di tempat yang tertera."

Khai tersenyum sambil laju memecut. Sempat dikerling mamat separuh telanjang itu. Merah padam wajahnya jelas kelihatan pada pantulan cermin sisi motorsikal yang ditunggangnya. Sengaja Khai memandu tidak menentu. Dia mentertawakan mamat itu.

"Bodoh punya posmen!" Gerutunya.

Bersambung....😉

Salam sayang semua, ada lagi tak yang sudi baca karya sis...

💖,
May  Batrisyha
1 Oct 2016

Naabot mo na ang dulo ng mga na-publish na parte.

⏰ Huling update: Oct 02, 2017 ⏰

Idagdag ang kuwentong ito sa iyong Library para ma-notify tungkol sa mga bagong parte!

Tanpa Tajuk ( Dunia Gadis Ku )Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon