Kringgggg!
Jam loceng dibiliknya berbunyi dengan nyaring. Namun, Zayan masih sahaja lena dibuai mimpi.
Tok tok tok....
Zayanna mengetuk pintu bilik abangnya dengan begitu kuat. Berniat untuk membangunkan abangnya. Ketuk, ketuk dan terus ketuk tetapi abangnya itu masih juga belum membuka pintu biliknya.
"Abang Zay! Bangunlah, tangan Zaya dah sakit ni!"teriak Zayanna akhirnya kerana abangnya itu belum juga memunculkan diri dimuka pintu. Tangannya sudah merah dek kerana asyik mengetuk pintu bilik abangnya itu.
"Abang masih ngantuk lagi lah, Zaya. Kamu pergi sajalah"kedengaran suara yang serak dari dalam bilik abangnya.
"Tapi abang...."
"Abang kata pergi, pergi sajalah"
"Yalah, Zaya pergi. Tapi jangan salahkan Zaya tahu kalau abang lambat datang di hari pertama abang sekolah. Ingat, Zaya dah bangunkan abang tapi abang yang tak nak bangun. Bye"
"APA?!!"Zayanna terus berlari menuruni tangga apabila terdengar jeritan abangnya.
"Padan muka"Zayanna tertawa kecil lalu berjalan menuju dapur yang berdekatan dengan tangga tempat dia berdiri ketika ini.
😒🆚💓
"Kenapa dengan abang kamu tu, Zaya?"tanya Ashira, mama mereka.
"Entahlah Ma. Datang bulan, mungkin"
"Zaya, tak baik cakap macam tu tahu tak"Zayanna hanya tersengih.
"Mama, Zay pergi dulu ya. Dah lambat ni"Zayan turun dari tangga dengan tergesa-gesa. Tangannya masih ligat memakai tali leher.
"Zay! Kamu nak ke mana tu? Kenapa tergesa-gesa sangat?"Alden hairan melihat anak lelakinya itu seperti tergesa-gesa.
"Zay dah lambat nak ke sekolah, Pa. Zay pergi dulu ya"
"Eh, Zay! Masih awal lagi ni, kamu nak buat apa datang awal ke sekolah baru kamu tu? Buang tabiat kah apa kamu ni"Zayan terhenti apabila mendengar kata-kata mamanya. Dia menoleh. Dia terlihat seseorang yang sangat dikenalinya sedang bersarapan dimeja makan dengan wajah yang selamba dan tidak ada rasa bersalah sama sekali.
"Zaya...."Zayan terus berlari ke arah adik kembarnya itu. Zayanna yang dapat merasakan aura tidak baik yang datang dari abang kembarnya itu terus sahaja berdiri dan berlari ke arah mamanya yang sedang menyediakan minuman untuk mereka.
"Mama, tengok abang Zay"
"Zay, Zaya. Dah lah tu, kamu berdua dah besar tak sepatutnya kamu berdua berperangai seperti itu"nasihat Alden.
"Kesian mama, kamu berdua buat macam tu"tambahnya lagi.
"Zaya ni, Pa. Dia mainkan Zay. Masih awal lagi tapi dia cakap dah lewat"
"Yang kamu percayakan cakap adik kamu tu kenapa. Kenapa kamu tak tengok jam dulu sebelum mempercayai Zaya?"
"Zay ingat Zaya bercakap benar. Sebab Zay pernah terbaca di Facebook bahawa perempuan selalu bercakap benar"
"Mengarut betul kamu ni, Zay. Papa setuju dengan apa yang kamu pernah baca tu, tapi percaya cakap mama kamu saja. Jangan percaya dengan adik kamu sebab dia selalu menipu"usik Alden.
"Papa, Zaya mana ada macam tu"Zayanna memasamkan muka.
"Dah lah tu. Zay, Zaya lebih baik kamu duduk dan makan sarapan yang dah mama sediakan. Pergi sana, nanti kamu berdua lambat pula. Tak baik murid baru datang lambat"Zay dan Zaya mengalah lalu berjalan bersama sambil bersalaman tanda maaf.
YOU ARE READING
Hate vs Love
Teen FictionKisah remaja yang penuh dengan cinta dan kebencian. Dua orang remaja yang berlawanan jantina saling membenci antara satu sama lain dan tidak mempercayai bahawa ada cinta yang terselit di dalam sebuah kebencian. Apa yang akan berlaku kepada dua orang...
