Bab 9

9.8K 285 1
                                    

"Pagi ibu ayah". Tegurku sambil berjalan menghampiri mereka di meja makan.

"Pagi sayang . Nak makan apa ibu ambilkan ? ". Soal ibu.

"Bagi nasi goreng je la bu . Lama tak makan nasi goreng ibu".

"Nak makan macam mana , asyik keluar awal pergi ofis selama ni . Mana la sempat nak rasa masakan ibu lagi dah ". Balas ibu dan bunyi macam merajuk saja ni .

"Ala bu . Maaf la . Banyak kerja dekaf ofis tu . Bayak kes yang kena handle ".

"Yela ibu faham . Saja ja ibu nak test anak ibu ni . Ehh dah alang-alang ibu nak tunjukkan anak kawan dekat irfan . Kejap ibu ambilkan telefon ".

Aku menghirup air yang dituang oleh adik perempuanku sementara menunggu ibu mengambil telefonnya.

Aku menyuap nasi kedalam mulut , ketika itu juga ibu menghulurkan telefonnya kepadaku untuk melihat anak kawannya. Dengan tak sengaja aku tersembur nasi kepada adik yang berhadapan dengan ku sekarang ni. Habis muka dia penuh nasi. Opsss !

"Along ! Apa ni habis muka orang . Makan la elok-elok ".

"Sorry-sorry tak sengaja".

Kemain terkejut dan tak ku sangka bahawa gambar tersebut ialah si minah yang aku jumpa dekat mall hari itu.

"Haaa macam mana Fan , kamu ok tak ? Kamu setuju tak dengan pilihan kamu ni ? " soalku ayah setelah lama memerhati gelagat kami semua.

"Fan ok . Fan setuju . Ibu ayah bole hantar rombongan minggu depan . Irfan ok " jawabku sambil tersenyum memandang lama ke arah telefon ibu. 

"Irfan pergi dulu bu . Assalamualaikum ".

Aku bangun menyalam tangan kedua orang tuaku yang masih terpinga-pinga denga jawapan yang ku berikan sebentar tadi.

Skip

Ketika kakiku melangkah masuk kedalam rumah , aku terdengar perbualan ibu di telefon yang menyatakan keputusanku berikan pagi tadi.

"Ok la Ti , minggu depan kita jumpa lagi k. Tak sabar saya nak bermenantukan Ameena . Saya letak dulu . Assalamualaikum ".

"Amboii bu senyum sampai ketelinga , seronok kemain eh". Usikku

"Mahu tak seronok , anak lelaki ibu nak bertunang dah . Tak sabarnya . Tapi ibu pelik la kenapa Irfan bole terus setuju macam tu je . Irfan dah kenal ke dengan Ameena ? ".

Aku mengubah dudukku untuk lebih selesa. Ibu ternanti-nanti dengan semangatnya . Mungkin sudah masanya aku menceritakan kepada ibuku tentang Ameena.

"Sebenarnya kan bu , Irfan pernah jumpa sapa nama tu Ameena eh . Haa ameena . Irfan terjumpa masa dekat mall , waktu tu irfan tak sengaja nak langgar dia . Lepas tu dah habis shopping kami terjumpa sekali dekat tempat parking . Irfan tak tahu pula dia parking kereta sebelah je . Haa itulah ceritanya . Puas dah bu ? ".

"Belum puas lagi . Tapi kenapa terus je setuju ? Irfan dah suka dekat Ameena ke ? ". Soal ibu menandakan dia inginkn jawapan yang sebetul-betulnya.

Aku tersenyum sendiri .

Ibu menegur " ehhh kamu ni , ibu tanya bole pula senyum-senyum".

"Irfan tersuka dia sikit ja . Hahahaha . Mungkin cinta pandang pertama kot ".

Ibu senyum manis dan berkata " alhamdullillah senang lah kerja ibu kalau macam tu ".

Pakcik Inspektor  POLIS !   Suami AKU ??Where stories live. Discover now