Novel: 100 Hari Mengenal Cinta (Bab 7)

2.2K 50 0
                                    

BAB 7

MELEBAR senyuman Airina sewaktu pulang dari rumah Farah. Dia baru mengumumkan berita pernikahannya kepada Atikah, Aisyah dan Farah. Kelakar pula rasanya membayangkan reaksi ketiga-tiga rakannya itu. Pada mulanya mereka menyangka Airina bergurau tetapi selepas Airina menyerahkan kad jemputan, mereka bertiga membebel marahkannya pula. Farahlah yang paling bising sekali.

"Kenapa jemput lima hari sebelum majlis? Kenapa tak jemput on the day of the event?" sindir Farah.

Airina ketawa besar. Dia hanya mampu mengucapkan maaf dan memberi alasan dia mahu memberi kejutan kepada mereka.

Airina mengerling jam di tangan. Jarum pendek menghala ke nombor 11 manakala jarum panjang menghala ke nombor 12. Bibir Airina membentuk senyum. Nampaknya inilah kali terakhir dia pulang lewat ke rumah sebelum memegang status isteri orang.

Airina melangkah keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke pintu rumah.

"Mana Syida ni? Kenapa tak bukak lampu rumah? Dah tahu tinggal sorang-sorang sebab ibu ayah pergi Langkawi..." omel Airina apabila melihat keadaan rumahnya yang gelap-gelita. Airina melangkah masuk ke dalam rumahnya dan terus memetik suis lampu. Sekelip mata rumahnya diterangi cahaya lampu.

Airina mengatur langkahnya mendaki anak tangga. Tujuan utamanya haruslah ke bilik tidurnya sendiri. Sewaktu melintasi bilik Syida, telinganya dapat menangkap satu bunyi. Hati Airina diserbu rasa ingin tahu. Sangkanya Syida sudah tidur tetapi kenapa ada bunyi bising datang dari biliknya? Perasaan curiga Airina mendorong kakinya menuju ke bilik Syida pula. Baru tangannya hendak mengetuk pintu bilik Syida, telinga Airina menangkap suara seorang lelaki.

"You yang mulakan semua ni, bukannya I! I takkan approach dia untuk jealouskan you kalau daripada dulu lagi you terima I!"

Airina menekup mulutnya. Adakah itu suara lelaki? Syida bawa lelaki masuk ke rumahnya? Biar betul? Airina kembali memasang telinganya. Pintu Syida yang tidak tertutup rapat membolehkan Airina mendengar segala-galanya dengan jelas.

"Sekarang ni you nak buat macam mana? Tinggal lagi berapa hari je. I tak nak share you dengan mana-mana perempuan!" Lantang Syida bersuara. Akal Airina pantas merumuskan lelaki itu ialah teman lelaki Syida. Amboi, bergaduh besar nampaknya!

"Sayang, janganlah macam ni. You pun tahu kan I dah lama tunggu you? You tahu kan I betul-betul cintakan you?" pujuk lelaki itu pula.

"You bagi I jawapan lambat sangat. I tak boleh batalkan wedding kitorang tiba-tiba. I kena fikirkan mak abah I jugak.." kata si lelaki.

Syida menggigit bibir bawahnya geram. Dipandangnya lelaki itu dengan seribu satu rasa. Ya, salahnya juga kerana mengambil masa terlalu lama untuk menyedari perasaan cintanya kepada lelaki itu. Dan ya, dia juga fikirkan perasaan kedua-dua orang tuanya. Namun lebih daripada itu semua, dia mahukan lelaki di depannya ini menjadi miliknya semata-mata! Tak sanggup Syida bayangkan lelaki itu di dalam pelukan wanita lain!

Air mata Syida mulai mengalir. Dia terduduk di atas katilnya pula. Lelaki itu melutut di depan Syida. Tubuhnya yang membelakangi pintu bilik membuatkan dia langsung tidak sedar ada sepasang mata yang memerhati. Tangan lelaki itu mengusap lembut pipi Syida.

"Janganlah menangis macam ni, sayang. I janji dengan you, lepas enam bulan I akan ceraikan dia. Kita berdua kahwin lepas tu. I mintak maaf tapi I tak boleh cancel wedding I last minute macam ni. You mesti tak nak parents you malu jugak kan?" pujuknya.

Tangisan Syida semakin menjadi-jadi.

"Tapi.. I.. I tak nak Kak Rin sentuh you.. I tak sanggup bayangkan dia peluk cium you.." rengek Syida pula.

100 Hari Mengenal Cinta [TERBIT - PENULISAN2U]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang