Bab12🎭

2K 83 4
                                    


"Lyd dekat Australia nanti kalau ada masa pergi la jumpa Zarel." Tangan yang sibuk melipat baju untuk simpan ke dalam luggage terhenti.

Aku pandang wajah mama yang sedang enak duduk di sofa tidak jauh dari katilku.

"Tengok la macam mana ma. Kalau ada masa Lyd jumpa la Zarel. Lyd pergi pun bukan nak bercuti tapi kerja." Aku membalas.

Sebenarnya hati aku masih belum sepenuhnya pulih. Masih ada lagi saki baki sakit hati dan sedih dengan apa yang dah jadi.

Sejak mummy daddy Zarel datang minta putus tunang dua harinlepas tak pernah pun panggilan daripada Zarel aku sambut.

Malah aku tukar nombor untuk tidak di kacau oleh Zarel. Rimas rasanya bila iphone aku berbunyi bunyi minta di angkat.

"Mama tau Lyd pergi sana bekerja. Tapi dah alang alang dekat sana jumpa la kejap. Bincang apa yang patut pasal hubungan Lyd dengan Zarel.

Kalau takut jadi apa apa suruh je Han teman Lyd masa jumpa Zarel." Kepala aku angkat memandang muka mama yang sudah tersenyum simpul. Berkerut dahi aku pandang mama ketika ini.

"Dah kenapa pula tiba tiba Han terlibat sama ni?" Aku bertanya.

"Yela Zarel tu kan lelaki Lyd perempuan. Buatnya Zarel mengamuk at least ada la tenaga lelaki yang boleh tolong Lyd." Makin pelik aku dengan jawapan yang keluar dari mulut mama. Sejak bila pula mama aku jadi macam ni? Pelik betul la.

"Apa apa jela ma." Malas hendak aku melayan kepala mama malam malam macam ni. Dari melayan mama baik la aku habiskan mengemas.

Cepat siap cepat la aku boleh tidur memandangkan jam pun sudah menginjak ke pukul 11 malam. Maklum la esok nak shoot scene nikah pulak tu. Kena la bagi muka fresh tak nampak lesu.

"Mama macam suka la dengan Han tu Lyd. Nanti bila bila bawak la dia datang jumpa mama." Lagi sekali aku lihat mama tersenyum memandang aku. Okay ini memang betul betul lain macam ni.

Laju kaki aku berjalan ke arah tempat mama duduk dan aku peluk mama dengan erat.

"Ma are you okay? Kalau tak sihat Lyd bawak pergi jumpa doktor."

"Apa Lyd ni? Mama sihat jela." Terasa tangan mama mengusap rambutku. Aku pejamkan mata menikmati usapan daripada mama. Lama tak manja manja dengan mama macam ni.

"Mama saja usik Lyd la. Nanti Lyd pergi mama rindu pulak. Dah la pergi bukan sekejap. Sampai dua bulan dekat sana.

Kenapa la anak mama pilih jalan jadi pelakon ni. Kan dah tak pasal pasal selalu buat mama rindu." Mama menarik telingaku perlahan. Aku pula ketawa. Dah macam zaman kanak kanak dulu asal buat salah je kena tarik telinga dengan mama.

"Ala mama jugak yang support minat Lyd. Lyd janji dengan mama satu hari nanti Lyd akan stop jadi pelakon dan fokus dengan busines fashion Lyd.

Tapi satu hari nanti la sebab sekarang ni minat Lyd dalam dunia lakonan masih ada lagi." Aku memang ada tanam niat untuk berhenti berlakon dan fokus pada perniagaan butik aku.

Cuma tidak tau bila lagi masa yang sesuai untuk aku bersara dalam dunia lakonan.

Tapi setakat ni aku masih lagi boleh buat dua kerja dalam satu masa. Iaitu kendalikan butik fashion aku dan juga kerjaya sebagai pelakon.

"Yela tu. Cakap Lyd ni dengar je boleh percaya memang susah. Dah la pergi tidur esok nak kerja." Mama menolak perlahan badanku dari berpelukkan dengannya.

"Dekat sana nanti hati hati. Jaga diri tu jangan buat perangai tak senonoh lagi dah. Ingat setiap kali Lyd nak buat sesuatu tu sentiasa kena ingat muka mama papa adik kakak."

HeartCureWhere stories live. Discover now