1

1.6K 86 1
                                        

"I look at the past warmth that is deeply buried.
Too late to get it out."

♦️❇️♦️

Author p

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Author p.o.v

"Cepat la bodoh!" jerit Jungkook lantang dari tingkat bawah, terkesan bergegar rumah yang didiami 7 orang lelaki teruna itu.

"Sabar bayi hutan,aku amik beg." balas Jimin pula.
Pantas mengesat cecair likat yang turun laju dari kedua lubang hidungnya itu menggunakan tisu.

Tangan yang tergenggam erat singki kini di longgarkan. Wajahnya dibelek seketika.

'Kau kuat.'

-

Pin-pin!

Satu-satunya hon kereta milik Jin berbunyi "Cepat la, nak pergi kelas ni!" pekik Yoongi yang ada dalam kereta Jin ditempat duduk disebelah pemandu itu.

Kepalanya terasa panas seakan berupaya memasak mi segera melihat Jimin yang keluar pintu seraya melenggang.

"Bye koranggg!" lambai Taehyung yang memutuskan untuk tak ke kelas kerana kemalasannya.

Mungkin sejak tinggal bersama Yoongi, dia terlalu banyak belajar cara mencintai bantalnya seperti didalam buku 50 shades of sleep yang pernah Yoongi ceritakan - yang sama sekali tidak pasti kewujudannya.

"Duduk rumah dengan Namjoon elok-elok aku tak nak tahu kau berdua jahanam kan rumah." amaran Jin dihiraukan Taehyung mahupun Namjoon.

Hyung mereka yang tertua itu tak akan mampu untuk menggerunkan 2 beradik Kim yang terkenal dengan kedegilan mereka, mahupun keduanya sungguh pintar.

Taehyung adalah pelajar yang sering mendapat dekan, manakala Namjoon sudah menyambung pelajaran tingginya ke Oxford sebelum ini.

Namun,

Sebaik sahaja kereta Seokjin berlalu Taehyung dan Namjoon mula saling memandangi.

"Tae."

"Namjoon hyung."

"Mari?"

"Eum."

"MASA BAKAR DAPUR!" jerit mereka berdua nyaring

-

Jimin ralit menyiapkan assignment cuti semestar nya sepantas yang boleh, laptop dan kertas-kertas yang berantakan ada di mana-mana sahaja.

Cuti semestar nya sudah tentu terbilang panjang tetapi hanya kerana sudah berjanji dengan Taehyung untuk bermain Overwatch bersama dia sanggup untuk berkorban malam ini.

Tiba-tiba..

Pap!

Botol dakwat marker pen terjatuh diseluruh bukunya, lagi sikit sahaja dia hendak memberikan layangan siku ke wajah si pelaku tapi apabila kepalanya mendongak Jimin dengan tiada daya melepaskan nafas berat.

Jeon Jungkook.

Rejam sahaja Jimin dengan batu asalkan bukan Jungkook yang menghumiliasi dirinya.

Kerana pada Jimin, Jungkook is too much too handle.

"Oops sorry terkena eh? I tak sengaja.." ujar Jungkook memasang raut tidak bersalah yang menggedikkan kaki dan tangan Jimin untuk memukulnya.

"Kau bodoh ke?! Rosak buku aku! Penat la aku buat!" letus Jimin. Ya Jimin benar-benar tak tahan.

"Oh haritu kau jatuhkan berus gigi aku dalam tandas tu boleh la?" lenting Jungkook pula "Kau yang start dulu kan! Aku...." maka sesi balas membalas tidak berhenti.

"WOI!"

jeritan Namjoon memenuhi runggu pendengaran orang dirumah tersebut malam itu, nampaknya bukan sahaja Jimin seorang yang dah sampai di titik kesabaran malam itu.

"Korang ni dah kenapa?! Aku dengan Hoseok ni nak tidur faham tak? Yoongi, Jin hyung, Tae pun sama, korang memekak tengah-tengah malam ni dah kenapa?!"

'Tengah malam?'

Keduanya mengerling jam dinding berdekatan mereka. Jarum panjang dan pendek itu bersatu di angka 12, tak sangka hampir 1 jam setengah mereka membahas dendam mereka selama ini.

"Kita start main Over dengan kau esok je la Jimin lama sangat nak tunggu kau siap." kata Taehyung mamai, mengantuk sangat gamaknya.

"Tengok?! Ni semua pasal kau!" herdik Jimin ke arah Jungkook. "Benda ni takkan jadi kalau kau tak start!" balas Jungkook berang. "Kau tu yang salah kau yang mula-mula letak chewing gum kat kerusi aku kan!" bahas jimin lagi, "Kau lupa kau yang masukkan ubat gigi dalam container pencuci muka aku?" jawab Jungkook meninggi kan badannya. Jimin berdiri baru nak membalas.

"HEY! SINI." suara Yoongi kedengaran.

-

"H-Hyunghh..

"Lepas kan lah Kook hyung, Kook tak salah Si Pendek ni yang salah" ujar Jungkook. "S-Sejuk ni hyung sekarang ni musim sejuk la tau tak? Kami pakai baju tshirt je ni?" adu Jimin tak tahan. Gigi sudah bergemeletuk melawan bayu dingin malam itu.

"Aku kesah apa?! Selagi angin aku tak baik kau dua ekor jangan mimpi aku buka ikatan ni! Perangai jangan macam macam lain kali! Dah duduk sini diam-diam!" Yoongi berlalu dan menghempas pintu rumah tersebut-mujur pintu tersebut tak mudah pecah.

Bukan salah Yoongi tapi suara mereka yang tidak boleh perlahan.

"Bodoh! Ni semua salah kau! Dah la sejuk baju pula nipis kena ikat pulak tu!" marah Jungkook yang cuba membuka ikatan ketat Yoongi yang kemas di sekeliling pokok besar di hadapan rumah mereka itu.

"A-Aku pula kau la!" jawab Jimin menggigil akibat sejuk.

Sementara Jungkook dan Jimin berada diluar, Namjoon dan Hoseok yang terjengah keluar tingkap memerhati kedua adik mereka itu sambil menunjukkan raut khawatir yang dapat dibaca dari sekilas pandang.

"Tak kan hyung nak bagi dua orang tu mati kesejukan hyung?" tanya Namjoon sedikit risau. "Biarkan! Dapat buat kucing anjing tu dapat pengajaran sikit! Malam-malam memekak aku nak tidur pun tak senang!" lantas Yoongi mengorak langkah kembali ke biliknya.

Hoseok masih risau melihat 2 dongsaeng kesayangannya diluar kesejukan "Jin hyung lepaskan lah dorang,kesian la." pinta Hoseok dengan suara lembut yang terkesan memujuk. "Biar la aman sikit rumah ni, lagipun kat luar tak sejuk mana. Sekejap lagi Yoongi bangun la tu lepaskan dorang. Dah hyung nak masuk tidur." Jin pun pulang ke bilik tidur nya.

Tinggal Hoseok dan Namjoon saling berpandangan.

tbc


hye saya re-pub atas permintaan ramai, but saya tak edit anything so tabah lah dengan penulisan budak 12 tahun ni <3

TACENDA ≠ JK Stories to obsess over. Discover now