Bab 18

2.3K 164 10
                                    

Izz pov

Aku menarik nafas sebelum mengambil revolver yang dihulurkan.

"Okay..aku buat"ucapku.

Ariana mengangguk.

Aku melihat ke hadapan.

Ada 2 orang sasaran berbaju hitam.
Persoalan dikepala aku buang. Nanti bincang lain ye otak. Tangan nak mulakan kerja pulak.

Bang!

Belum sempat salah seorang dari mereka menembakku. Aku mula mengambil langkah.

Tembakanku tepat mengenai bahunya. Aku senyum sinis. Thanks to counter strike dan kehandalanku menjadi gamers ohyeah.

Bang!
Bang!

Aku melepaskan tembakan dikaki nya pula. Dia seperti menahan sakit sebelum melarikan diri.

Sama sepertiku. Lawan ariana turut mengalah. Nampaknya Ariana lagi kejam. Tembakannya mengenai perut.

Fuh! Bless my eyes.

Aku memandang Ariana yang membuang peluru dari pistolnya.

Dia turut memandangku.

Aip..ini bukan drama korea eh. Jangan nak jiwang sangat :P

"Explain!" Ucapku kepadanya sedikit keras.

"Okay. Follow me" jawab Ariana selamba dan membawaku kekereta sportnya.

Aku..tak berminat.

Okay sikit la sikit ehehehe.

Kami tiba di satu rumah yang agak besar. Dia ajak aku buat maksiat ke hape?

"Kau nak pergi mana ni?"tanyaku.

"Sebelum kau aku tembak.baik jangan banyak tanya. Ikut jelah"ariana renungku tajam .

Aku mengunci mulut.

Kena tembak sungguh kang mati syahid aku. Takmoo

Aku mengikutinya masuk kedalam rumah tersebut.

Eh? Ada lif. Tapi setahu aku rumah ni satu tingkat je. Lif ni dapat melepasi ruang dimensi star wars ke? Inilah fikiranku yang tidak melepasi tahap matang huhu.

Dengan hati yang tertanya2 aka teruja namatey. Aku masuk kedalam lif tersebut. Ariana yang terkejut dengan kecepatanku menjelingku tajam

"Wow..dia scan dulu ke?"tanyaku perlahan.

"Haah. Kalau kau masuk sorang tadi.. aku rasa kau tinggal nak kebumi je."perli ariana .

Gulp!

Hamek kau!

Fuh..tak sangka manager aku ni bahaya orangnya huhuhu. Sumpah aku tak lambat datang latihan dah! Nyesalll

Rupa2nya lif itu ketingkat bawah tanah dan sistem keselamatannya amat ketat.

Aku keluar diiringi Ariana. Aku melihat beberapa orang bersut hitam memandang kearahku.

Allah! Apa la cobaan lagi lepas ni. Aku tak sanggup huwaa!

Aku berjalan secepat mungkin untuk mengelak pandangan maut mereka. Serrrrramm

"Cepat sikit weh ari. Asal diorang pandang camtu kat aku!"gesaku kepada Ariana

"sebab kau dengan aku" jawab ariana .

Feymes sangat ke Ariana ni! Jeles pulak ai em

Kami masuk kedalam ruang yang agak besar. Ada sofa.

"Kau duduk dulu"arah ariana.

Aku menuruti saja.

Tiba2 seorang lelaki berpakaian kasual datang kearah kami. Dia memandangku tajam

Macam kenal. Aku mengecilkan mata untuk fokus.

Itu bukan gangster sekolah ke?
Kenapa diorang ada dekat sini?
Diorang ada kena mengena dengan  Ariana ke?

Ariana meluru kearah mereka lalu memeluknya.

Aku buat muka terkejut beruk. Aku mendengar perbualan mereka.

"Ariana buat hal lagi eh? Dah kenapa dia ada dekat sini? Ariana jangan buat hal eh. Yang mesej dulu punya kes pun ari tak cerita dekat abang" dia mengetuk kepala Ariana dan memeluk tubuh.

Abang?

Persoalan dekat kepala aku dah boleh buat kertas spm rasanya. Ada sesiapa baik hati nak jawab?

Ariana memuncung.

"Ish..kejap lah. ari nak cerita la ni"dia menarik tangan abangnya kebilik satu lagi.

"Eh izz. Kau minum dulu eh. Nanti pembantu aku sediakan air untuk kau."

Aku mengangguk.

Beberapa minit selepas itu,air diberikan kepadaku oleh pembantu ariana.

Apalah nasib aku lepas ni. Aku meneguk air yang ada diatas meja sehingga habis. Letih!

Aku merehatkan badanku diatas sofa.

Ariana pov

Aku menarik abang afifi kedalam bilik mesyuarat.

Good! Ada abang azizi sekali. Baik punya kembar ni. Bersekongkol betul dua ekor ni!

"Pasal mesej tu. Ari tak dapat settle lagi. Sebab tak dapat detect siapa pengirim dia. Kalau boleh abang tolong Ari pasal tu. "

"Okay. Pasal budak tu pulak?"tanya abang azizi dengan muka jengkel. Dia menunjukkan gambar izz yang sedang rehat di screen komputer cctv nya.

Aku sengih.

"Err..itu sebab Ari dah kantoi dengan dia. Ari tak sedar dia ikut Ari lepastu ada pulak geng bahalol tu salah timing pergi serang Ari time tu. Tu yang terpaksa libatkan dia sekali."

Abang Azizi dan Afifi mengeluh.

"So,apa Ari nak buat dengan dia?"tanya abang afifi dan azizi serentak.

"Itu biar Ari yang settle. Tau la Ari nak buat apa" aku senyum sinis.

Untouchable Queen (HIATUS)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें