Hantu Padang

2.4K 72 4
                                    


      Pada tahun 2000 sekolah aku mengadakan perkhemahan disekolah. Semua badan beruniform mengambil bahagian. Kami memang agak excited sebab sudah lama tak tidur beramai-ramai dalam khemah. Khemah banyak didirikan dipadang sekolah. Cuma Puteri Islam saja yang tidur didalam kelas. Pada awalnya semuanya berjalan lancar. Kami masak beramai-ramai dan mengadakan sesi burung hantu. Ketika sesi burung hantu dijalankan kami tidak dibenarkan untuk jalan bersama. Kami diletakkan ditempat gelap secara berasingan. Aku tidak terkecuali dan diasingkan dengan yang lain. Tapi berbekalkan cahaya bulan aku pasti aku berada dihujung padang yang terdapat pokok saga yang agak besar.
      Dalam kesamaran itu aku dapat melihat beberapa susuk tubuh dihujung padang betul-betul sebelah ladang getah. Aku yakin mereka bukan pelajar sekolah kerana baju mereka kusut masai seolah-olah baru keluar dari kekesatan. Aku bangun dari situ beransur-ansur pergi ke arah khemah apabila bayang tadi semakin memghampiri aku. Aku berlari-lari anak dan disapa oleh junior sekolah.
"Akak... tengok tu! "
Bayang tadi memasuki pokok saga lalu hilang disebaliknya.
Kami berlari memasuki khemah... takut dan terkejut.
      Malam itu hujan pula turun dengan lebat kami terpaksa tidur didalam bengkel sekolah kerana padang sudah mula becak. Dari dalam bengkel kami lihat khemah yang kosong terangkat dari tempat asalnya. Kenampakan beberapa susuk tubuh berpakaian tentera mengangkat khemah kami.
      Kelibat mereka cuma bayang-bayang   namun menyeramkan. Kami terpaku melihat kejadian itu depan mata kami sendiri. Cikgu yang turut menemani kami juga terkejut. Beberapa saat khemah diangkat bayang tadi bergerak semula kehujung padang dengan cara berkawad. Kemudian dengan jelas kami lihat mereka berpakain tentera bintang tiga hilang disebalik hujan lebat. Malam itu kami tidur didalam bengkel bertemankan lampu yang terang benderang.
      Kami fikirkan cuma kami yang diganggu rupa-rupanya pelajar yang tidur di dalam kelas juga diganggu dengan lembaga hitam tinggi yang berada disetiap bumbung sekolah. Aku merasakan lembaga dan bayangan yang ada juga turut teruja berkhemah bersama kami...siapa yang tahu kan?

     

Hantu SekolahWhere stories live. Discover now