#MFS 11 - Tidak Kira Bangsa

812 6 0
                                    

Hari ini sekolah aku buat program Kem Bestari Solat. Semua murid Islam diajar oleh ustaz dan ustazah mereka cara solat yang betul.

Aku tidak terlibat dengan program itu, tapi aku ditugaskan menjaga murid kelas moral, murid yang bukan beragama Islam. Maka aku bawa mereka ke pusat sumber. Ada empat orang murid bukan Islam yang aku kena jaga. Dua Cina dan dua India.

Sambil-sambil mereka baca buku, aku bertanya, "Kat rumah awak, siapa yang selalu suruh awak baca buku dan buat kerja rumah?"

"Amma saya la, cikgu. Amma saya garang. Sekali dia marah, semua orang diam," jawab murid India jujur.

"Saya pun sama, cikgu. Mak saya suka sangat berleter. Kalau dia marah, ayah saya pun takut," sambung seorang murid berbangsa Cina dengan jujur.

Dua rakan mereka yang lain pun sama juga responsnya. Rupa-rupanya, kegarangan kaum ibu tidak terhad kepada kaum Melayu sahaja. Merentasi kaum rupanya. Seram sungguh makhluk yang bergelar perempuan ni, kan?

(TEASER) Cikgu Kelas Sebelah - Fadli SallehWhere stories live. Discover now