-1

3.2K 174 51
                                    

"Kenapa aku pula kena tukar kelab sebab budak baru tu taknak masuk kelab muzik dan nak masuk kelab seni ni. Masalah lah. Aku dah 4 tahun kot kat dalam kelab ni" bebel Firas. Dia masih tak puas hati. Budak baru tu patutnya kena masuk kelab muzik sebab kelab tu je yang tinggal kosong. Ni kelab seni yang dah penuh jugak nak menyebok.

Lepastu, aku pulak yang kena switch dengan dia. Tak adil. Takkan sebab aku pandai main piano dan boleh menyanyi je aku kena switch. Tak puas hatilah.

"Alaaa kau ni. Mungkin ramai kot dah cerita kat dia pasal bilik muzik tu berhantu. Sebab tulah dia nak switch" kata Aina.

"Habistu kau ingat aku tak takutlah dengan hantu?" soal Firas dengan muka bengang. "Hantu tu tak jahatlah. Kalau tak mesti dah ada kes budak kelab muzik kena rasuk, kacau bagai tu. Ni diorang happy je" kata Aina selamba.

Sekolah diorang sekolah berasrama penuh elit. Biasanya ada orang besar yang akan melawat sekolah tu. Jadi disediakan satu bilik rehat khas untuk V.I.P yang datang. Air Cond, bilik air, katil, bilik solat. Sebijik bilik rehat tu macam hotel.

Malangnya, pada suatu hari. Seorang gadis yang bernama Arissa. Kulitnya putih, matanya bundar, bibirnya mungil dan pipinya kemerah-merahan. Dia memang menjaga maruah dan diri. Dia telah menjadi mangsa rogol seorang V.I.P dan dibunuh dibilik itu.

Sadis, sehingga kini mayatnya belum ditemui. Oleh kerana itu, rohnya masih tergantung dan masih di dalam bilik itu. Sejak itu, bilik itu dijadikan bilik kepab muzik.Tetapi, dia tak ganggu budak kelab muzik tu. Cuma kadang-kadang dia main buka tutup lampu. Lagipun, budak kelab muzik memang kena aktif 24 jam. Jadi, bilik tu sentiasa digunakan siang dan malam. Sebab tulah Firas malas masuk kelab muzik.

"Ishh, dahlah masa malam sebelum balik bermalam tu kelab muzik buat perjumpaan. Aku nak kemas barang balik esok tu" bebel Firas. Ada je yang dia tak puas hati.

"Kau akan bahagia masuk kelab tu. Percayalah, okau aku pergi dulu. Have a nice day for tomorrow~" lalu Aina pun pergi sambil melambai-lambai.

Okay, Have a nice day?

...

"Awak Firas kan? Sorrylah kalau salah orang" soal Jasmine a.k.a vice pres kelab muzik. Firas senyum ikhlas dan angguk. "Kak Jasmine. Mana Pres kelab muzik?"

"Mifzal eh? Dia tolong cikgu. Hurm, jomlah pergi kelab. Boleh tunjuk sikit" ajak Jasmine. Firas pun ikut jelah kak Jasmine. Dia form 4 Jasmine form 5 jadi akaklah. Lagipun sekolah diorang takde pt3 dan spm. Diorang cuma perlu fokus untuk kelab diorang je.

Sebab tu Firas bengang dia kena tukar kelab. Sebab seni tulah nyawa dia.. Eh minat dia.

Tengok depan pintu. Tak buka pun lagi dah nampak macam mewah. Tapi, Firas tak pernah pun nak ikut jalan yang ada bilik ni. Sebab laluan yang selalu dia pakai jauh dengan tempat ni. Seni patut datang seni weh. Pintu dia series nampak aesthetic.

"Tengok je ke pintu. Taknak masuk?" soal Jasmine yang dah masuk. Aikk, asal aku tak perasan pulak pintu ni dah buka. Firas masuk bilik tu dan... Wow, tak disangka.

© | 𝘾𝙄𝙉𝙏𝘼 𝘿𝙐𝘼 𝘼𝙇𝘼𝙈Where stories live. Discover now