3 | Sekelip mata

4.3K 345 34
                                    

|Sensei!|

We got married,
and suddenly in love.

🚲

DARI tingkap bilik, aku sedari tadi memerhati luar halaman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DARI tingkap bilik, aku sedari tadi memerhati luar halaman. Menghidu suasana segar kampung, tubuh yang kedinginan disapa embun tidak ku hiraukan. Wajah menengadah merenung bintang di langit,

Bercelaru segala fikiranku—

Esok ialah hari pertunangan. Entah kenapa, sekelip mata sahaja aku bakal menjadi tunangan orang. Dan, lelaki itu...

Memikirkan dia, aku mengeluh. Aku harap dia berpegang pada persepakatan kami. Baru sahaja aku berpikir tentang tuan badan, orangnya muncul di depanku. Tidak berapa jauh dari tempat keberadaanku. Sedikit kerut dahiku memerhatikan dia. Buat apa lah malam-malam dekat luar seorang diri.

"Lea,"

Wajahku menoleh ke pintu bilik.

"Ya nek," sahutku.

"Buat apa terperap dekat bilik tu. Keluar, nek ada masak buat kunyah-kunyah... "

Aku akur. Tidak tunggu lama, aku terus berlalu keluar. Di meja makan, suasana riuh tapi hanya aku sahaja yang berdiam diri.

Expect what?

Jauh di sudut hati, aku tidak rela dengan segala perancangan orang tuaku. Tapi malam ini semua terlihat gembira, seolah mereka sudah menantikan semua ini.

"Aarif ada dekat luar dari tadi tu. Cuba Lea tegur dia, borak-borak tentang masa depan kau orang berdua."

Aku tercengang. Perlu ke? Tapi lain pula yang keluar dari bibir,

"Hm, baik... "

Usai supper. Lambat-lambat aku mendekati Aarif yang masih berada di luar rumah. Aku memandang tubuh belakang dia,

"Ya honey, next week kita jumpa. Bie dekat kampung ni..."

Aku menjuih bibir, patutlah berlama dengan telefon dekat luar dengan malam macam ni. Ini rupanya kerja dia,

Aku hanya berpeluk tubuh menanti dan secara tidak sengaja mencuri dengar perbualan dia dengan kekasih hatinya. Bila dia sudah menamatkan panggilan. Aku berdehem,

Sensei | Husband Next Pintu (e b o o k)Where stories live. Discover now