29

8K 291 2
                                    

"Ikut aku!" pantas Aryan mencapai lenganku beralas baju dan membawaku menuju ke suatu tempat.

"Eh! Apa kau ni?! Sakitlah!" bentakku sambil cuba untuk melepaskan pegangannya.

"Diam! Ikut jelah! Ada benda yang aku nak selesaikan dengan kau!" jerkah Aryan tanpa memandangku.

Gulp! Kecut perutku mendengar jerkahannya. Aku tanpa banyak kata cuma mengikutnya.

Rayyan yang kebetulan lalu disitu terlihat situasi itu dan mula sangsi sendiri apabila melihat Aryan dan Raisya berpegangan.

"Dah pahal mamat tu pegang pegang Sha? Tak cukup dengan Zafran, sekarang Aryan pula nak try Sha?" omel Rayyan sendiri.

Dia yang tidak boleh duduk diam pantas mengekori mereka secara diam-diam.




















"Kau ni bodoh ke apa? Yang kau pergi tunang dengan Zafran tu pahal? Dah gatal sangat nak kahwin sampai sanggup lukakan hati orang lain?!" bentak Aryan setibanya mereka dibelakang sekolah.

Aku pantas melepaskan pegangannya daripadaku.

"Apa benda kau ni?! Suka hati akulah nak tunang dengan siapa pun, apa kau kata tadi? Lukakan hati orang lain? Siapa? Rayyan? Kau yakin ke yang dia sukakan aku? Huh?!" balasku dengan nada tinggi sambil memandang tajamnya.

Aryan tergelak sinis mendengar kataku. Tangan naik memeluk tubuh sambil memandang sinis.

"Sah! Kau memang buta Sha! Kau tak nampak lagi ke selama ni yang Rayyan tu cintakan kau?! Kau lupa? Buat apa dia ikut kau balik kampung dulu? Buat apa?! Sebab dia cintakan kau, dia nak kenal kau dan keluarga kau! Tapi kau? Ada hargai dia?! Tak ada kan? Malah kau lebih memilih Zafran berbanding dia! Kau memang bodoh Sha! Bodoh!" hambur Aryan lagi.

Aku mengerutkan dahi apabila mendengar kata-katanya. Sebab tu je?

"Aku tahu kau kawan baik dia tapi kau kena ingat, aku ada hak untuk pilih siapa pun dalam hidup aku. Lagipun keluarga aku terima dia lebih daripada Rayyan, jadi kau tak payahlah nak marah aku maki macam ni sebab setiap ayat kau takkan mampu untuk ubah keputusan aku! Ingat, jangan berani ganggu aku lagi!" amarahku sebelum beredar dari situ.

"Sial!" carut Aryan penuh amarah sambil menendang dinding berkali-kali.

"Kau tak sepatutnya buat macam ni" suara Rayyan memecah kesunyian.

Aryan yang terkejut dengan kehadiran Rayyan pantas bergerak mendekatinya.

"Macam mana kau boleh tahu aku dekat sini?" soal Aryan yang agak ketakutan apabila terkejut melihat Rayyan.

Rayyan cuma mengangkat bahu sambil tangan sebelah diseluk ke poket seluar.

"Aku tak sangka dia akan jawab macam tu, mungkin effort aku masih tak cukup untuk buat dia nampak cinta aku. Tak apalah bro, kau dah buat apa yang patut pun, terima kasih lah buat aku sedar" tutur Rayyan penuh kecewa dan terus beredar dari situ meninggalkan Aryan.

Aryan tergeleng sendiri apabila Rayyan mendengar perbualan mereka.

















Majlis pertunangan Raisya dan Zafran diadakan dengan penuh kemeriahan bersama dengan kedua-dua belah keluarga. Biarpun cuma majlis kecil kecilan atas permintaan Raisya namun majlisnya tetap meriah.

"Ibu, terima kasih sudi terima kehadiran Sha dalam keluarga ibu. Sha tak tahu apa yang patut Sha kata lagi, Sha rasa gembira sangat ibu!" ujarku penuh gembira sambil memeluk Hajah Maria.

Bidadari Mr.Headprefect Where stories live. Discover now