008 장 | Guseonghada

Start from the beginning
                                    

Jihyo: (apa reaksi Park Jimin bila tengok Hyo?)

dijauhkan tangannya dari tombol pintu tersebut, lagi sedang memikirkan sesuatu.

Jihyo: (ah! Masuk je lah!)

tombol tadi di sentuh, tetapi dijauhkan kembali. Begitulah Jihyo sepanjang dia berada di hadapan pintu bilik khas BTS.

Jihyo memejam mata rapat, dia sudah tekad untuk bertemu mata dengan Jimin. Nak jadi apa, jadilah.

Sesekali dia mahu memusingkan tombol pintu tersebut, terlebih dahulu ada seseorang membukanya dari arah dalam.

Jihyo terkejut lagi sikit dia hampir sahaja terjatuh.

Jihyo: "ahh!"

Jihyo bangun dari bongkoknya dan melihat gerangan yang membuka pintu tadi. Gerangan tersebut sedang memerhatikannya tajam.

Jihyo: "jeongseonghamida"

kata Jihyo serba salah.

"Kau manager praktikal kan?" tanya gerangan itu angkuh sambil memeluk tubuh.

Jihyo: "nae"

jawab Jihyo perlahan lalu tertunduk.

"Jangan nak goyang kaki je, kau nampak diorang semua tu? Itu idol star yang besar sekarang ni, kau kena lebih berkerja. Tak kesah lah kau manager ke apa, tolong aku siapkan diorang memandangkan harini kita tak cukup tangan, kau kena tolong juga" kata orang tu lebar.

Jihyo: "nae"

Jihyo mula bergerak masuk ke dalam mengikuti gerangan tadi dari belakang.

Gerangan itu berhenti begitu juga Jihyo.

"Taehyung, Jungkook tengah make-up. Rapmon, Jin, Suga pulak dah siap. Haa, tinggal Jhope dan Jimin. Kau pergi settle kan Jimin"

tatkala itu badan Jihyo ditolaknya gerangan itu ke arah Jimin yang sedang duduk di hadapan cermin membelakangi Jihyo.

Jihyo menjadi risau dikeraskan badannya. Dia baru sedar yang dia belum bersedia untuk berempat mata dengan Jimin!

"Cepatlah! Dah! aku nak siapkan Jhope" katanya kemudian pergi meninggalkan tanggungjawab ke Jihyo untuk menguruskan Jimin disitu.

Jihyo berkerut muka, dihembus nafas berat terlebih dahulu sebelum melangkah berat ke arah Jimin.

Figura Jimin sedang dilihatnya sambil melangkah menghampiri jejaka itu. Masih lagi jejaka itu menghadap cermin sambil bermain telefon.

Tangan kanan Jihyo ingin menyapa bahu Jimin tetapi dia kelihatan takut-takut, tangannya kelihatan mengigil.

"Boleh cepat tak? Aku ada show kejap lagi" pinta Jimin tiba-tiba.

Jihyo terkejut, mana pula dia tahu Jihyo berada di belakangnya. Mulut Jihyo sedikit terlopong.

Jimin: "jangan sampai aku kiss bibir tu baru nak buat kerja"

Jihyo sekali lagi terkejut dan tersentak dalam pada masa yang sama.

Jihyo: "n-nae..."

[C] Dreamcatcher II | JiminWhere stories live. Discover now