"Hafidz... Kau buka mata kau luas-luas. Kau rasa Stadium ni besar sangat ke sampai boleh sesat? Pusing-pusing je jumpa kau balik. Tak payahlah cuak sangat. Kau jantan kan?"
Hafidz hanya diam. Gila, semua ini kerja gila!
"Kalau kau dah jumpa dia orang, jangan lupa call aku tau," Adam duduk mencangkung lalu dicari lampu suluh dari bag galasnya. Lampu dinyalakan.
"Weh.." Tidak sempat Hafidz tahan Adam, rakannya itu semakin menjauh. Nak tak nak, Hafidz terpaksa ikut idea Adam meskipun dia risau sekiranya perkara buruk berlaku.
Tanpa berfikir panjang, Hafidz segerakan keluarkan lampu suluh bersaiz sederhana yang diselitkan di sisi bag galas itu. Hafidz mulakan pencarian disebelah kanan Stadium manakala Adam disebelah kiri Stadium. Setelah sejam meronda kawasan disini, tiba-tiba Hafidz ternampak satu lembaga hitam sedang berdiri tegak tak jauh dari sini. Lembaga itu hanya diam membatu.
"Adam? Kau ke tu?"
Perlahan-lahan, lampu suluh ditangannya ditangan lalu disuluh ke arah mahluk itu. Bulu roma Hafidz naik menegak apabila mahluk hitam itu menoleh perlahan-lahan. Namun, masih tidak jelas wajahnya dari sisi. Tidak lama itu, kelibat itu melambai lembut kepada Hafidz sebelum menghilangkan diri dalam kegelapan.
Liur ditelan. "Allah..."
Hafidz mulai rasa tak sedap hati. Bulu romanya meremang. Seluruh tubuh Hafidz mengigil ketakutan. Hafidz mengundur dua tapak ke belakang sebelum dia pusing dan berlari selaju yang boleh. Walaupun dia terjatuh dek langkahnya tidak selari, tapi Hafidz tetap bangun dan teruskan berlari. Dia dapat rasa jantungnya berdegup sangat laju.
Hafidz akhirnya berhenti di tempat yang lebih terang. Muka dan tubuhnya habis lencun dengan peluh. Nafas jadi tercungap-cungap. Hafidz melutut lemah sambil merintih nama Tuhan. Ya Allah... Allah.. Apa tadi tu?
Dengan tangan yang masih mengigil, Hafidz keluarkan telefon lantas nombor Adam terus didail. Matanya meliar merenung sekeliling pandang. Mintak-mintaklah hantu tak nampak dia.
"Kau kat mana, Dam?" Selang beberapa minit Hafidz menunggu, talian akhirnya bersambung.
"Weh, sorry weh. Aku boleh terlupa pasal kau" Adam ketawa dihujung talian.
"Tak kelakar doh! Kau kat mana?" menggigil mulut Hafidz bertanya. Tekak pula terasa kering dek berlari tadi.
"Dekat bilik stor bawah stadium ni. Mai lah datang sini,"
"Asal tak cakap awal-awal?" bentak Hafidz, geram. Bukan nak tanya aku okay ke tak, dasar kawan!
"Tengah cakaplah ni. Datang sini tau. Bye!" Adam serta merta matikan talian. Cis!
Suka ataupun tidak, Hafidz gagahkan diri untuk bangun meskipun tenaganya banyak dihabiskan dengan berlari tadi. Hafidz berjalan perlahan menuju ke bilik stor. Mujur bilik tersebut berada ditingkat bawah, tidak jauh dari sini. Baru kakinya memijak di anak tangga terakhir, Hafidz nampak lembaga hitam itu lagi. Kali ini lembaga itu memasuki satu ruangan bilik. Hafidz yakin kelibat itu pasti salah seorang dari rakannya. Tanpa rasa ragu-ragu lagi, Hafidz terus menuju ke bilik itu. Nafas ditarik dalam-dalam. Sebaik daun pintu itu ditolak, tubuhnya terasa ditolak dari belakang sehingga terdorong masuk ke dalam bilik gelap itu.
"Aduh!" Hafidz jatuh jelopok di atas lantai. Lampu suluhnya juga terpelanting jauh. Hafidz dapat rasakan lengan dan siku kanannya luka akibat bergesel dengan lantai. Tidak sempat melihat gerangan yang menolak dia ke dalam, tiba-tiba pintu bilik tersebut ditutup kuat. Hafidz tidak putu asa lagi. dia bangun dan pulas tombol pintu. Malangnya ia berkunci dari dalam. Berkali-kali Hafidz tolak pintu itu sambil jerit meminta tolong. Tapi tiada sesiapa yang membantu.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...
• Bab 38 •
Start from the beginning
![TEKOMA [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/83527212-64-k679935.jpg)