IKLAN HARI RAYA

1K 28 2
                                    

‪Jadi, betullah iklan Hari Raya MARA lakonan otai-otai seperti Rahim Razali, Ogy, Azizah Mahzan, Faizal Hussein tergantung sebegitu sahaja?‬ Ke itu sekadar teaser?

Memang sedih iklannya. Yalah, Melayu dan kesedihan kan tak dapat dipisahkan. Macam 7 Eleven dan Speedmart, Guardian dan Watson. Seolah-olah Hari Raya tak sah tanpa gesekan biola alunan lagu Ayah Dan Ibu dan drama-drama 15 tahun lepas lakonan Fauziah Nawi berpelukan dengan Rosyam Nor (kini Datuk).

Abang Haji pun menitik air mata tengok iklan MARA tu — lebih-lebih lagi bila mengenangkan bagaimana duit dalam perbadanan itu digunakan beli kondo sana-sini di Australia macam duit Tok Moyang dia. Lepas tu jadi Tauke Bola pun katanya guna duit MARA. Orang katalah. Lut tak? Tak lut!

waginaWhere stories live. Discover now