TEORI JAMBAN PALING HUJUNG

1.7K 68 11
                                    

Isnin / 25 April 2017 / 0900
Bila cuti umum macam hari ni, dah jadi adat, barang-barang kat kedai pun mulalah kena catu macam waktu perang. Roti wholemeal Gardenia kat kedai serbaneka kondo aku pun dah habis. Yang tinggal roti Massimo. Tekak dah tak suka nak buat macamana kan? Rotinya kasar berderai dan tak ada sensasi 'cair dalam mulut'.

Bila beli roti, aku tak pernah fikir langsung roti jenama X tauke A punya dan jenama Y tauke B punya. Bodoh jer semua ni. Mana yang serasi dengan tekak aku, aku ngap. Tak kisahlah peluru Zionis ke apa.

Kelebihan duduk tepi PPR ni, kedai runcit pun banyak. Harga barang lebih kurang standard Tesco. Murah. Kedai mamak nak pekena roti tulur pun ada. Pagi itu, aku nampak makcik-makcik beli ikan, ada mak ayah bawak anak makan roti canai. Aku nak roti Gardenia wholemeal tu jugak. Tapi hampa.

Macam aku cakap tadi, bila cuti umum, barang-barang macam dicatu. Dua-tiga kedai aku jengah, Massimo jer yang tinggal. Lepas tu nampak satu lagi kedai nun kat hujung jalan. Nak pergi, ke tak? Waktu tu dah malas sebenarnya. Tapi dah alang-alang jalan sejauh ni, kan?

And surprise!!! Bukan satu, tapi ada dalam empat-lima pek jugaklah. Agaknya orang malas jalan jauh-jauh nak cari roti. Sama juga macam teori 'Kalau masuk jamban awam, masuk jamban paling hujung sekali. Itu yang paling bersih sebab orang malas jalan jauh'.

Moral cerita: Benda yang kita nak tu memang selalu tersorok / terlindung. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Jadi, pada yang masih belum berjumpa jodoh, selalulah ingat teori jamban. Mesti dia tunggu kau.
Belakang pintu.
Jamban yang paling hujung.

waginaWhere stories live. Discover now