MLT 25 ☆I Think I Love You☆

212 54 77
                                    

Di rumah Hyungjung.

(Nobody POV)

Hyungjung sedang baring di atas katil sambil mengenang kembali saat saat Joshua datang membantunya tadi.

Sumpah dia rasa janggal dengan kehadiran Joshua.

Walaupun sebelum nie dia sepenuh hati menyayangi lelaki itu, tetapi kini perasaannya sudah bercampur baur.

Tidak seperti dulu, dulu dia suka je bila Joshua ada dengan dia. Tapi sekarang?? Dia rasa rimas.

Tiap kali Joshua cuba bermanja atau bergurau dengan dia, dia rasa bersalah.

Lagi lagi masa dia nampak bayang Dokyeom mengintainya dengan Joshua dia kafe sekolah tadi.

...Flashback...

Hyungjung dan Joshua sedang menikmati makanan mereka di kafe sekolah. Mereka tiba lewat memandangkan Hyungjung terpaksa menyelesaikan masalahnya dengan Sungyoung.

Ternyata sewaktu kejadian tu berlaku mana ada Sungyoung, si Dokyeom tu je cacat saje nak buat Hyungjung salah faham.

"Nah cuba rasa nie, dulu awak suka makan kimchi kan??" Kata Joshua sambil menghulurkan kimchi kepada Hyungjung.

Hyungjung tersenyum hambar. Dia benar benar tidak selesa dengan layanan yang diberikan Joshua.

"Xpe laa, saya dah kenyang." Hyungjung memberikan senyuman seikhlas mungkin supaya Joshua tidak akan memaksanya lagi.

"Nonono....saya tau awak x kenyang lagi, dari tadi awak x sentuh apa pun." Bidas Joshua.

Hyungjung tatap pinggan dihadapannya lama. Ye, makanannya sikit pun x terusik.

Kalau ade Sungyoung mesti dia dah menjerit histeria sebab tengok Hyungjung x lalu nak makan.

Yelaa, kebiasaanya Hyungjung laju je habiskan makanan dia. Tapi sekarang??

Hyungjung mengeluh lalu makan kimchi yang dihulurkan Joshua. Joshua tersenyum puas kerana akhirnya dia berjaya menyuap Hyungjung.

Hyungjung mengunyah kimchi itu dengan malas. Entah kenapa kimchi kegemarannya jadi tawar harini, xde rasa langsung.

Hyungjung kemudiannya memandang ke hadapan untuk melarikan anak matanya dari bertentangan dengan mata Joshua yang duduk di tepinya.

Dia kaku. Mulutnya berhenti mengunyah bila ternampak kelibat Dokyeom sedang mengintainya di balik tiang.

Mata Dokyeom dan Hyungjung bertentangan seketika sebelum Dokyeom beredar pergi dengan sedihnya.

Hati Hyungjung terasa pedih bila tengok reaksi wajah Dokyeom tadi. Entah kenapa dia berasa mahu mengejar Dokyeom dan memberitahunya bahawa apa yang dia nampak adalah satu salah faham.

...End Flashback...

Hyungjung mengeluh. Dia memicit micit dahinya yang tiba tiba berasa pening. Dari tadi dalam fikirannya cuma ada Dokyeom, Dokyeom dan Dokyeom.

Dia sendiri pelik dengan perasaannya ketika ini. Bukan ke dia patutnya membenci Dokyeom atas apa yang dia dah lakukan di sekolah pagi tadi??

Hyungjung kemudiannya menyebamkan wajahnya ke bantal lalu menjerit sekuat hati. Dia mahu melepaskan segala-galanya, dia x mahu sikit rasa bersalah pun wujud dalam hati dia lagi.
-
-
-
-
-
-
Keesokkan harinya di sekolah. Hyungjung dan Sungyoung masuk ke perkarangan sekolah seperti biasa.

Pagi tadi MinGyu ada datang nak jemput Sungyoung, tapi Sungyoung memberitahunya yang dia mahu ke sekolah dengan Hyungjung.

Bila je Hyungjung tau pasal tu, naik kembang hidung dia. Huhu.

[C] My Lovely Tenuk + J.J.Kजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें