Monokrom | Bab #002

57 10 0
                                    

Monokrom |  Bab 002

Aku ke sebuah restoran, dan telahpun pelayan restoran mengambil pesanan. Aku mengambil keputusan untuk membungkus satu bungkus nasi goreng.

Dalam masa 15 - 30 minit, dua bungkusan polistrena di dalam plastik sampai di hadapanku. Saja aku membeli lebih, pagi nanti dapat melantak. Aku bayar dan terus bergegas pulang.

Aku tahu masak, cuma rasa sungguh malas. Tiada keinginan mahu memotong, meracik bahan masakan.

Aku naik bas, bersama plastik dipenuhi dengan buku dan satu plastik makanan. Rasa puas memenuhi jiwa. Malam ini adalah juga aku idea untuk membuat plot baru untuk komik pendek aku buat.

Tidaklah terlalu popular komik pendekku, namun ada juga peminatnya tersendiri.

Aku jalan di sebuah lorong kecil dan gelap.

Kelihatan ada seorang wanita berkebaya seperti di dalam mimpi aku berjalan di hadapan aku.

Aku mula mendekati diri aku dengan perempuan itu.

Perempuan itu, sedikit demi sedikit kepalanya di pusingkan.

Pergerakan aku terhenti, dan aku ternganga.

Wanita itu tiada muka.

Aku terus melajukan rentak kakiku. Setibanya di blok perumahan aku, aku terus ke tingkat 13 iaitu tingkat di mana rumah aku terletak dan segera masuk ke rumah.

Gila. Teruk kalau sampai aku berhalusinasi. Lihat jam yang tergantung, pukul 6 petang. Petang lagi, tapi di luar gelap seperti mahu hujan. Bunyi guruh mula berdentum. Aku terperanjat sedikit.

Tiba-tiba aku perasan aku kelibat manusia di atas sofa aku. Aku mendekatkan diri sambil telan air liur.

Adik aku rupanya!

Adik aku yang tertidur tersedar dari buaian mimpinya, matanya diusap dan dia segera peluk aku.

"Abang! Rindunya abang!"

Di atas meja kopi terlihat kunci penduanya, dan beg sandangnya. Adik perempuan aku ini bernama Alilla. Tudungnya masih lagi dipakai rapi.

"Eh, kenapa balik tak cakap?" Dia lepaskan pelukannya selepas aku tanya akan sesuatu.

"Alilla rindu abang, lagipun dah cuti ini Alilla pulanglah."

Oh, Ibubapa kami sudah meninggal. Adik aku ini bersekolah asrama agama. Agak dekat dari sini.

" Maaflah, Alilla tertidur pula. Letih tunggu bas sejam, hehe."

Dia segera kemas barang dia dan masuk ke dalam bilik dia, atau lebih dikenali bilik tetamu. Aku pula letak bungkusan makanan tadi atas meja, nasib baik beli lebih. Aku sering beli lebih supaya pagi nanti aku hanya perlu panaskan sahaja, biasalah hidup pemalas begini.

Aku buat air panas, takkanlah nak biar adik aku itu yang letih nak buat kerja.

Adik aku keluar dari bilik dan matanya melekat pada plastik buku yang terletak di atas kerusi dapur.

"Wa! Bukulah! Adik tengok ya abang."

Aku membawa satu jag air teh dan letakkannya atas meja.

"Tengoklah."

Dia menyelongkar, dan matanya melekat pada buku yang ada sedikit kesan darah itu. Kenapa banyak-banyak buku, mesti buku itu dia mahu ambil

"Nak baca, boleh?" Dengan mukanya yang comel, dia minta.

"Hmm, yalah." Aku membuat riak muka menyampah, dan kelihatan adik aku membawa lari buku itu. Lalu, masuk ke biliknya.

"Oi! Jangan lupa makan!"

MonokromWhere stories live. Discover now