Hi. I'm here again. Check this out okay. Semoga oke buat kalian.
Pagi ini mama menyediakan sarapan seperti biasanya. Papa membangunkanku dan Luhan hyung. Luhan hyung pulang malam tadi setelah dihantar samchon kami, yang merupakan namdongsaeng mama. Papa memandikanku setelah menyuruh Luhan hyung mandi di kamar mandi bilik mama. Selesai menyiapkan kami, papa memimpin tanganku dan mengajak Luhan hyung menuju ke ruang makan.
Mama masih sibuk menyediakan makanan tanpa sedar kami sedang menuju ke arahnya. Dari jauh kulihat raut wajah mama sedikit pucat. Aku ingin bertanya, namun aku risau jawapan yang aku terima nanti tidak seperti yang aku inginkan. Aku tak mahu mama sakit, terlebih beberapa hari lagi majlis sambutan hari lahirku akan diadakan. Aku nak semua orang yang aku sayang ada meraikan hari bermakna tu bersama dengan aku.
Tak terasa kami sudah sampai di meja makan. Papa mendudukkan aku dan Luhan hyung di kerusi kami. Kemudian, papa ke dapur untuk membantu mama menghidangkan sarapan pagi kami.
Setelah semuanya tersedia di meja, kami memulakan acara makan kami. Aku dan Luhan hyung makan dengan lahap. Papa juga terlihat menikmati masakan mama. Namun lain halnya dengan mama. Mama hanya mengaduk perlahan makanan di hadapannya. Baru beberapa suapan, mama terlihat memberhentikan kegiatannya dan menutup mulutnya dengan tangan kanan. Kemudian, dengan tergesa-gesa mama menuju ke kamar mandi di bahagian dapur rumah kami. Papa yang khuatir dengan mama segera mengikut mama bagi memastikan keadaan wanita yang kami sayangi itu. Luhan hyung juga bangun dari kerusi dan mengikuti langkah papa, meninggalkan aku sendirian di meja makan.
Tak lama kemudian, Luhan hyung kembali dan mengajakku melanjutkan acara makan kami yang sempat terhenti sebentar tadi. Luhan hyung kembali setelah diminta oleh papa untuk menemaniku di meja makan.
Di kamar mandi, mama masih memuntahkan makanan yang sempat dimakan sebentar tadi. Papa masih setia menggosok belakang mama bagi mengurangkan rasa tidak selesa yang dialami mama. Selesai muntah, papa membantu membersihkan sisa muntah di mulut mama dan juga singki yang digunakan sebentar tadi. Badan mama sedikit melemas. Papa membantu mama untuk berjalan dan duduk di kerusi yang ada di dapur. Kemudian, papa menghulurkan segelas air kosong kepada mama supaya mulut mama terasa lebih selesa.
"Chagi, chagi demam ke sayang?" tanya papa lembut sambil menyentuh dahi mama.
Mama hanya menggeleng lemah.
"Chagi nak makan semula?" tanya papa lagi.
"Tak nak. Yeobo, tolong hantarkan saya ke bilik, saya nak rehat. Kepala saya pening ni. Yeobo tolong tengokkan anak-anak ya," bisik mama lemah.
Papa hanya mengiyakan keinginan mama. Selesai menyelimutkan mama dan memastikan mama berada dalam posisi yang nyaman, papa kembali ke ruang makan bagi melihat keadaan kami.
Aku dan Luhan hyung sudah selesai makan. Malah Luhan hyung telah mengemas bekas makanan kami dan meletakkannya di dapur. Papa tersenyum melihat kami dan mencium pipi kami. Papa sangat gembira kerana kami mampu membawa diri dalam usia yang masih muda.
Kemudian, aku dan Luhan hyung bermain di playroom kami. Kerana terlalu asyik bermain, kami tidak sedar waktu telah menginjak tengah hari. Tiba-tiba bau sesuatu yang enak menyapa hidung kami. Rupanya papa sedang berdiri di pintu playroom kami sambil memegang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air kosong yang disediakan untuk mama. Papa mengajak aku dan Luhan hyung melihat keadaan mama di bilik. Aku berlari dan memeluk kaki papa sebelum ditarik perlahan Luhan hyung kerana perbuatanku mengganggu papa untuk berjalan.
"Dio... " kata Luhan hyung sambil menggelengkan kepalanya kepadaku.
Aku segera melepaskan pelukanku dan berhambur ke Luhan hyung sambil tersenyum. Entah kenapa moodku sangat baik hari ini.
Luhan hyung membuka pintu perlahan kerana khuatir mama akan terganggu. Papa menghampiri mama dan membangunkannya dengan penuh kasih sayang. Mama hanya makan beberapa suap dan setelah itu mama kembali tidur. Papa dan Luhan hyung risau melihat keadaan mama. Papa ada mengajak mama ke klinik namun mama menolak dan berkata bahawa dia akan kembali seperti biasa setelah berehat. Papa hanya mengalah dan mengiyakan kata-kata mama.
Tak terasa tiga hari lagi birthdayku akan tiba. Kondisi mama masih belum kembali seperti sediakala namun mama tetap berkeras untuk membuat persiapan bagi pesta ulangtahunku. Setiap kami keluar membeli barang-barang yang diperlukan, mama pasti ada bersama. Hinggalah pada suatu saat mama benar-benar tidak larat dan meminta untuk pulang. Setelah tiba di rumah mama terus ke kamarnya dan meninggalkan aku dan Luhan hyung untuk diurus oleh papa.
Hari ini kami akan mengedarkan kad jemputan majlis tersebut. Mama tidak ikut sama kerana mama masih pening-pening dan muntah sewaktu kami bersarapan pagi tadi. Setelah selesai mengedar kad undangan, aku mengajak papa singgah di kedai pakaian untuk membelikan sehelai dress untuk mama.
"Papa, beli ni..." kataku kepada papa.
"Dio nak belikan dress ni untuk mama?"
"Hmm.. " kataku sambil mengangguk semangat.
"Han, Han rasa dress ni okay tak untuk mama?" tanya papa kepada Luhan hyung.
"Han rasa okay pa. Mama kan cantik, pakai apa pun cantik," kata Luhan hyung sambil tersenyum.
"Okay. Kalau macam tu, kita beli yang ni ya."
"Yeay!" aku bersorak sambil melompat gembira.
Setelah itu kami segera pulang. Tak sabar rasanya aku nak tunjukkan dress ni pada mama.
TBC
Aku sambung begini dulu ya. Chapter ni Dio gembira betul. Next chapter insyaallah ada sedikit plot twist. Komen please. 😪😪😪😪
YOU ARE READING
Differences that make us apart.
FanfictionCerita mengenai hubungan kekeluargaan yang agak berantakan dek kerana personaliti adik-beradik yang berbeza.
