Bab 1

11.4K 342 0
                                    

Fashion Gallery…

Sebuah butik yang menjual pelbagai jenis barangan tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan sentiasa menjadi tumpuan pembeli di Sunway Putra Mall.  Alhamdulillah, walaupun baru setahun saja butik ni dibuka, sambutannya amat menggalakkan.

Malah, butik ni tak memerlukan penjahit ataupun pereka fesyen sebab semua jenis fesyen baju yang trend terkini sehinggalah gaya muslimah semuanya diambil daripada dalam negara dan luar negara.  Jubah yang terbaru dan fesyen terkini pun ada. 

Farina meniti laporan daripada bulan Mac sehingga sekarang, bulan September.  Alhamdulillah, pendapatan semakin maju.  Jualan pada bulan Mac adalah jualan yang paling tertinggi berbanding dengan bulan yang lain.  Tak apa, adat berniaga ni semestinya ada naik dan turun.

Tok! Tok! Tok! Pintu ofisnya diketuk.  Farina memandang ke arah pintu.  Sofea…Farina memberi isyarat supaya masuk.  Sofea masuk lalu berdiri di hadapan Farina.

“Ada apa Sofea?” matanya masih lagi meneliti fail-fail di hadapannya.

Emmm…kau tak ingat ke yang petang ni Datin Dania nak datang ambik baju-baju dia?” Farina meletakkan pennya lalu memandang Sofea.

“Petang ni eh? Serius?” macam mana
aku boleh lupa pulak ni?

“Ha tulah kau! Suka sangat kan fokus je dekat fail tu! Haih…apa kata kau lupakan kejap fail tu?” aku tengok asyik tenung je fail tu.  Tak bosan ke?

“Ni kan laporan kewangan setiap bulan.  Mana boleh aku tak tengok?”

“Yelah tapikan aku ada? Aku boleh tengok laporan tu.  Bukan aku je tapi Daliya dengan Nia pun ada.  Kau tu esok dahlah tak ada nak kena kursus.  Hmmm…berapa lama kau kursus ni?”

“3 bulan…” dengar tiga bulan pun aku dah lemah.

“Serius ke kau nak kerja tu? Baik kau tumpukan pada butik ni je?” usul Sofea.  Nak buat apa buat dua tiga kerja?

“Lagipun itukan impian abah aku.  Dia nak sangat aku kerja tu.  Takkanlah aku nak hampakan harapan dia kan? Lagipun, bukannya susah pun kerja tu.”

“Memanglah tapi kau tak penat ke nanti?”

Pilot kapal terbang lagi penat…” senang.  Jawapan yang senang dan simple.

“Banyak kan jawapan kau?” fed up nak berbalas ayat dengan Farina.  Tahu Farina akan menang.

Hahaha…kau kenal aku kan? Eh?
Mana Daliya dengan Nia?”

“Biasalah kerja diorang…” Farina cuma mengangguk.  “Aku nak keluar kejap pergi bank.  Kalau ada apa-apa ataupun Datin Dania datang awal, kau inform  aku cepat-cepat.”

“Ok! Siap bos!” Farina mengambil beg tangannya lalu berlalu keluar dari ofisnya.  Kakinya melangkah menuju ke kereta Proton Perdana miliknya. 
Maaf lah…aku mampu beli kereta Perdana je.  Mercedes tak mampu lagi.  Alah, lagipun kereta aku ni kalau tengok betul-betul nampak macam Honda Accord tau.  Kau ada? Tak ada kan?





“KAU jangan nak buat kerja gilalah Hardy! Farina tak ada kena mengena langsung dalam hal kau dengan Harris ni.  Bukan salah Farina pun! Bahkan bukan salah Harris kalau semua awek kau suka dekat Harris!”
Johan cuba menegah perbuatan gila Hardy.

“Hey! Kau tahu tak Harris tu pakai jampi?! Mana-mana perempuan yang aku kapel, mesti akan berbalik kepada Harris! Apa?! Aku ni tak cukup hensem lagi ke?! Tak cukup kaya?!” bentak Hardy.  Rasa tak puas hati ni memang dah lama terbit dalam hatinya.

“Kau boleh tak fikir dengan matang sikit Hardy? Kau tahu tak perempuan-perempuan yang kau berkepit selama ni, yang jadi awek-awek kau tu semuanya mata bola keranjang! Bukannya diorang sukakan kau pun! Diorang nak duit kau je Hardy.  Pasal Harris? Memanglah diorang akan tertarik sebab Harris hensem!”

“Aku tak hensem?! Tak kira! Aku akan pastikan Harris rasa apa yang aku rasa!” dia menolak badan Johan ke tepi lalu melangkah pergi.

Amzar dan Hael merapati Johan.  “Macam mana?” soal Hael.  Johan hanya menggeleng.  Hati Hardy memang susah untuk dilembutkan.  Kalau itulah plan dia, selama-lama dia akan bergerak dengan plan dia yang satu tu.

“Habis tu? Macam mana dengan Farina? Takkanlah dia nak gunakan Farina untuk sakitkan hati Harris?”
Johan mengangguk dengan pertanyaan Amzar.  Dua-duanya mengeluh.  Pelik dengan sikap Hardy yang dah jauh berubah.  Hardy yang sekarang bukanlah Hardy yang dulu. 
Seorang yang pemalu dan tak pernah simpan dendam.  Tapi, hanya kerana perempuan sahaja Hardy berubah.





FARINA keluar dari bank.  Baru sahaja hendak berjalan menuju ke keretanya, perjalanannya dihalang oleh seseorang.  Farina memandang gerangannya.  Hardy? Kenapa pulak dia ni?

“Hai Farina! Lama tak nampak kau?
Busy ke?” boleh tahan cantik dia ni.  Dulu zaman sekolah selekeh.

Errr…taklah busy sangat.  Kenapa?” nak apa pulak si Hardy ni.

“Kalau kau free, jom pergi minum alang-alang dah terjumpa ni kan? Why not sebagai kawan lama?” dalam otaknya dah berfikir macam-macam rancangan.

Dia nak ajak pergi minumlah pulak.  Macam mana ni? Kalau aku tolak, dikatakan sombong pulak.  Hmmm…jam di tangannya dipandang.  Sempat ke hah?

“Tak sudi ke?” satu lagi soalan keluar dari mulut Hardy.

“Ok…tapi sekejap je eh? Lepas ni aku nak kena ke butik balik…” Hardy tersenyum senang.  Bagus!

“Ok…no problem.  Jom? Kedai depan tu je…” Farina mengangguk lalu dia berjalan seiring dengan Hardy menuju ke restoran.

Farina melabuhkan punggungnya di atas kerusi restoran.  Berhadapan dengan Hardy.  Tak selesalah pulak.  Hesy! Menyesal pulak aku setuju nak minum dengan dia ni.  Bukannya aku tak tahu yang si Hardy ni banyak awek! Buatnya aku kena simbah ala-ala drama Melayu macam mana?

Seorang pelayan menghampiri mereka.  “Nak minum apa? Makan?”
“Nak makan?” soal Hardy.  Farina menggeleng.

“Aku nak teh o ais je…” ujar Farina.  Hardy mengangguk lalu memberitahu pelayan tersebut.

Pelayan itu berlalu pergi selepas Hardy memberitahu menu mereka. 
Farina buat-buat belek telefonnya.  Tak selesa rasanya kalau dua-dua je dengan dia ni.  Buat-buat pilah belek mesej ke apa.  Janji aku tak kekok sangat.

“Ada jumpa Harris?”

Kenapa pulak dia tanya aku soalan ni? Harris? Dah buat apa pulak aku nak berjumpa dengan Harris? Harris tak ada kaitan pun dengan hidup aku.  Farina membalas dengan menggeleng.

“Kenapa kau tak jumpa Harris? Takkan kau tak tahu yang Harris tu crush kan kau dari dulu lagi?” Hardy menjongketkan keningnya tinggi.  Ala-ala sinis.

Dia ajak aku minum sebab nak bincang pasal Harris ke? Kalau pasal tu, aku tak ada mood dan aku tak nak ambik tahu langsung!

“Kau ajak aku minum ni sebab benda ni je ke? Kalau benda ni je, aku tak nak bincang!”

“Ok…ok…aku just tanya je.  Manalah tahu Harris ada datang jumpa kau ke?” sentap! Cepat sangat Farina ni sentap.  Nampaknya aku kena guna cara halus.

“Tak ada…” balasnya malas.  Sejak keluar dari sekolah, Harris ke apa ke aku tak pernah jumpa kecuali dia ni.  Ni baru jumpa.

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now