Bab 42

20.6K 499 7
                                    

Selang beberapa minggu selepas pemindahan Damia ke hospital mental, Rosnah semakin mendiamkan diri. Makannya juga berkurang. Dia kini lebih suka termenung sendiri, terkurung di dalam bilik. Ini merisaukan yang lain.

"Rosnah mana bang? Tak turun makan?" Tanya Dahlia apabila melihat kerusi yang diduduki Rosnah kebiasaannya kosong.

"Tak, katanya dah kenyang." Dahlia mengeluh perlahan. Dia sangat merisaukan Rosnah. Amirul perasan keluhan Dahlia.

"Takpe ma, kejap lagi Mirul bawak makanan ke atas. Mirul pastikan mami makan." Senyum Dahlia kepada Amirul.

"Kamu berdua ni okay ke tak? Rosnah tu macam tu, kamu tak risau?" Tanya Nek Piah pula. Alif berhenti makan dan melihat emaknya.

"Risau mak, tapi dah dia cakap tak nak makan, saya nak buat macam mana. Takkan nak paksa pulak." Itu saja jawapan Alif dan ianya agak mengecewakan Laila. Tidak menyangka papanya akan berputus asa dengan Rosnah. Dia meletakkan sudu dan garfu tiba-tiba dan itu membuatkan semua orang berhenti dan melihatnya.

"Papa, Lela tahu mami banyak buat silap. Tapi papa suami dia, papa kena bertanggungjawab dengan semua ni. Mami nak harapkan siapa lagi kalau tak papa ataupun kitorang. Dengan kitorang pun dia tak layan." Laila juga kecewa kerana jelas Rosnah sangat-sangat menyayangi Damia lebih dari anak-anaknya yang lain.

"Ok princess. Mirul, nanti biar papa je yang pujuk mami suruh makan. Lela jangan risau okay. Papa masih bertanggungjawab lagi, cuma hari tu bila papa ajak makan, mami kamu mengamuk tak nak. So, papa tak nak paksa dia. Okay princess?" Laila mengangguk lemah. Hanin suka mendengar nama panggilan Alif kepada Laila, princess. Ini kerana Laila adalah yang paling rapat dengan Alif dan paling manja. Dahlia akhirnya tersenyum senang kerana suaminya yang menghantar makanan kepada Rosnah.



"Abang, please be nice! Ros sekarang ni shock Damia sakit. So, please faham keadaan dia sekarang. Damia tu anak abang jugakkan?" Alif hanya mengangguk lemah mendengar leteran Dahlia. Perlahan-lahan dia mendaki tangga ke bilik Rosnah. Alif mengetuk pintu perlahan tapi tidak dibuka. Malas menunggu lebih lama, dia membuka pintu bilik tidur mereka dan melihat Rosnah termenung sambil merenung ke luar jendela. Alif meletakkan dulang di atas meja berdekatan dan duduk di sisi katil.

"Ros, makan ni." Rosnah jelas tidak mempedulikan dia sedari dia masuk ke dalam bilik lagi.

"Ros, awak dengar tak? Semua orang kat bawah risaukan awak. Makanlah sikit." Alif cuba memujuk Rosnah walaupun tidak berperasaan di mukanya.

"Kenapa awak kisah sangat? Kita kawin sebab awak kesiankan saya je kan?" Alif mendengus dan berbaring di atas katil.

"Suka hati awaklah, saya dah cuba buat baik tapi awak yang tak nak. Makanlah dan pastikan habis. Saya tak nak makanan dibazirkan." Alif bangun kembali untuk keluar.

"Ceraikan saya." Laju Alif berpaling menatap Rosnah.

"Awak dah gila ke Ros? Yelah, mungkin sebab tu awak bertindak yang bukan-bukan sejak beberapa tahun ni." Terasa Rosnah apabila diebut beberapa tahun ni.

"Ye, saya dah gila. Sebab tu saya nak awak ceraikan saya. Saya gila sebab selama ni kita kawin sebab suka sama suka. Padahal, awak cuma kesiankan saya." Sayu kembali suara Rosnah.

"Jangan nak mengarut Rosnah! Awak sejak Damia takde ni semakin mengarut. Awak tak fikir ke yang awak ada anak-anak lain yang perlukan awak? Kenapa lebihkan Damia? Dah, saya tak nak cakap hal ni lagi!!" Alif segera keluar dari bilik tersebut meninggalkan Rosnah yang menangis. Rosnah mengusutkan rambutnya, serabut dengan kehidupannya sekarang.



Sedang mereka berehat di ruang tamu, Rosnah dengan laju turun dari biliknya dan berdiri di hadapan mereka semua.

"Ros dah sihat?" Tanya Dahlia prihatin, tapi dibalas dengan jelingan tajam Rosnah.

"Alif, saya nak mintak cerai. Tolong ceraikan saya!" Serius pandangan wajah Rosnah.

"Mami!!!" Kedua Amirul dan Laila bersuara. Mereka tidak menyangka ini akan berlaku. Alif mengusap mukanya dengam kedua tapak tangan, penat dengan drama ini.

"Rosnah, kamu dah hilang akal ke apa? Dah tua-tua pun masih nak mintak cerai macam budak-budak." Marah Nek Piah.

"Saya tak peduli mak! Saya nak bercerai. Mak nak tahu kenapa saya mintak cerai? Akak nak tahu kenapa? Sebab saya dapat tahu selama ni kami kawin atas sebab kesian!!" Terkesima Amirul dan Laila. Begitu juga dengan yang lain.

"Patutlah mak tak suka sangat pada saya. Tapi akhirnya mak setuju, pelikkan? Hah!!" Alif tajam melihat Rosnah yang semakin lantang.

"Oh ya, sebelum saya kena cerai ni. Mak dengan kakak nak tahu satu rahsia tak? Rahsia yang dah saya simpan selama 21 tahun sorang-sorang." Mereka memandang Rosnah yang kelihatan beria-ia menceritanya. Hanin dan Shahir menegukkan air liur masing-masing. Tidak menyangka Rosnah akan membuka pekungnya selama ini.

"Saya!! Saya yang suruh Kak Siti bawak Hanin pergi dari rumah ni masa dia kecik. Saya tak suka dia!! Abang lebih manjakan akak dan anak-anak daripada saya. Saya pun isteri dia, apa kurangnya saya?! Lepas anak kesayangan dia ni, takde dari rumah ni keadaan jadi lebih baik apabila akak depress dan lumpuh. Hebatkan??!" Alif bangun dan menampar Rosnah. Tapi Rosnah hanya mampu ketawa.

"Mak akak, tengok ni. Dia gunakan kekerasan pada isteri dia sendiri!! Hah, tamparlah lagi!!" Nek Piah memegang dadanya kerana terkejut dengan berita itu. Laila segera mendekati neneknya dan menyuruhnya bertenang. Lalu dia berlari mendapatkan ubat di dalam bilik. Hanin juga mendapatkan mama dan neneknya yang terkejut dengan berita itu.

"Alif, cer...ceraikan dia!! Mak...mak tak nak...tengok lagi muka dia dalam rumah ni!!!" Tersekat-sekat suara Nek Piah menahan marah dan juga sakit jantung yang muncul. Hanin memeluk Dahlia yang menangis di bahunya sehinggakan dia juga turut menangis.

"Kau dah melampau Rosnah!!" Kerana terlalu benci, akhirnya Alif melafazkan cerainya kepada Rosnah. Rosnah lalu berlari masuk ke biliknya meninggalkan ruang tamu yang kecoh.

"Papa! Nenek pa!!" Amirul memanggil Alif apabila Nek Piah tidak menyedarkan diri. Terlambat Laila pergi mencari ubat neneknya.

"Shah, call ambulans cepat!!" Shahir segera mencapai telefon dan mendail nombor kecemasan.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now