Bab 31

15.7K 516 12
                                    

Rosnah memasuki bilik Damia tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Sempatlah dia mendengar Damia melepaskan amarahnya kepada Chen di telefon. Beberapa kata-kata menyumpah turut keluar dari mulut Damia tapi langsung tidak ditegur Rosnah.

"Mami, apa ni?!! Apa benda yang dah jadi kat bawah tu? Siapa betina tu nak masuk keluarga kita? Kenapa semua orang boleh terima dia?" Rosnah mengeleng dengan semua soalan anaknya.

"Mami tak tahu Mia. Mami tak tahu macam mana semua boleh berakhir macam ni, macam mana dia boleh jumpa budak tu balik. Kita dah hantar jauh, mami..." Damia mendengus marah lalu menyambung memarahi Chen. Ketika itu, Rosnah mengimbas kembali peristiwa lepas yang berlaku.

Imbas kembali 21 tahun lepas...

"Mak, Alif nak tolong Ros mak. Kesian la keluarga dia, tak mampu nak sara kehidupan mereka. Ros asal keluarga besar, so izinkan Alif kawin dengan Ros." Sapiah mengerling anaknya berang. Sudah mempunyai isteri yang cantik dan baik seperti Dahlia, masih lagi ingin berkahwin sorang lagi. Kali ini dengan perempuan yang tidak tahu asal usul keluarganya.

"Jangan nak merayu kat mak, kamu ada isteri. Tanya isteri kamu." Kata Sapiah lalu pergi dari situ. Sudah dapat diagak jawapan menantunya nanti tapi sengaja dia pergi dari situ supaya suami isteri itu dapat berbincang.

"Lia, Lia tak kesian ke dengan Ros? Lia kenal dia kan? Keluarga dia besar, susah dan selagi abang mampu abang nak tolong dia." Dahlia memandang suaminya lama. Isteri mana yang sanggup berkongsi kasih. Tapi, kerana menyayangi suaminya, dia merelakan kerana dia tahu suaminya berniat menolong Rosnah. Akhirnya Rosnah dan Alif disatukan.

Selepas dua tahun usia perkahwinan Rosnah, Alif mendapat bayi sekali lagi tapi bukan darinya tapi dari Dahlia. Bayi perempuan yang dinamakan Hanin Zafira. Rosnah semakin makan hati kerana sepanjang mereka berkahwin, jelas kasih sayang Alif lebih banyak kepada Dahlia berbanding dirinya. Dia harus memikirkan rancangan, iaitu dengan mengandung.

Akhirnya ketika usia Hanin berusia dua tahun, Rosnah turut mengandung. Tetapi, kasih sayang Alif tetap tidak berubah. Walaupun dia kini mengandung anak mereka, layanan Alif tidak sama seperti mana Dahlia mengandungkan Hanin. Oleh kerana benganh dilayan acuh tidak acuh, dia membuat rancangan. Fikirnya, kehadiran Hanin banyak mempengaruhi kehidupannya. Jika dulu Alif ada waktu dengannya, kini suaminya banyak meluangkan masa bersama keluarga Dahlia.

"Kak Siti, saya nak mintak Kak Siti buat sesuatu untuk saya." Dia meminta tolong dari orang gaji yang sering sahaja berasa kasihan dengan dirinya sebagai isteri kedua.

Jadi pada malam itu, Siti ke bilik tidur Hanin dan membawa bayi itu keluar dari rumah perlahan-lahan agar tiada orang menyedari perbuatannya. Dia yang berasa kasihan dengan nasib Hanin selepas ini, mengambil rantai berkalungkan nama bayi itu dan dibawanya sekali masuk ke dalam kereta.

Siti terfikir kepada siapakah dia harus memberi bayi ini. Kemudian dia memasuki sebuah perumahan dan hatinya tertarik dengan sebuah rumah lalu meninggalkan Hanin di situ. Tidak lupa, dia mengucup dahi Hanin sebelum beredar.

"Maafkan mama dan papa sayang." Bisiknya sebelum meluru masuk ke dalam kereta.

Keesokan harinya riuh rendah rumah Sapiah dengan kehilangan cucu bongsunya, puteri Alif dan Dahlia. Siti pada mula lagi berhenti kerja kerana tidak sanggup menanggung serba salah. Beberapa hari mencari masih tidak berjumpa membuatkan Dahlia meroyan. Dia sering bermimpikan anaknya ketika tidur.

Suatu malam, Dahlia terkejut dari mimpi buruk. Tiba-tiba seakan ada suara yang menyuruhnya berlari keluar mencari anaknya. Dahlia segera berlari keluar dari rumah dan terus ke jalan raya. Malang tidak berbau, dia dilanggar kereta sewaktu melintas jalan. Mujurlah ketika itu, Sapiah bangun malam untuk bertahajud dan pelik melihat menantunya berlari keluar. Dia tidak sempat menghalang Dahlia, lalu menyebabkan Dahlia lumpuh kedua belah kaki.

Sejak daripada itu Alif kurang masa dengan Dahlia dan dihabiskan dengan Rosnah. Dahlia dimasukkan ke kaunseling bagi merawat sakitnya. Dia pulih tetapi tidak seceria dahulu.  Dan selama itu, Shahirlah yang banyak membantu mamanya. Sehinggalah keluarga mereka berkembang lagi dengan kehadiran Amirul dan Laila.

Tamat imbas kembali.

"Chen, you lalok lagi eh? You dengar tak apa I cakap tadi?" Suara kuat Damia kembali ke pendengarannya. Rosnah mengeleng melihat anaknya.

"Mia, perlahan la sikit suara tu. Papa nenek dengar nanti macam mana." Nasihatnya dipandang ringan sahaja oleh Damia.

"Lantaklah diorang nak dengar. Diorang bukan peduli pun, anak dah balik kan." Tidak lama kemudian Damia mencabut telefonnya yang dicas dan mengambil beg duit serta kunci kereta.

"Mia, kamu nak ke mana pulak ni? Dah lewat ni!" Sedikit pun tidak diambil kisah oleh Damia, kemudian dia berpaling.

"Mami, cakap pada papa yang Mia tak nak balik rumah malam ni. Sebab pompuan tak guna tu ada kat bawah. Tu pun kalau papa tanya. Mia lepak kat apartmen Chen kalau ada apa-apa." Tidak sempat Rosnah ingin menghalangnya, Damia telah pun menuruni tangga keluar dari rumah. Panggilan dari papa dan nenek dari dalam tidak diendahkan. Hanin memandang adik tirinya lama sebelum dia menghilang dari kawasan rumah.

"Hanin tidur sini ke sayang?" Hanin mengangguk apabila mamanya bertanya.

"Mari abang tunjukkan bilik adik." Sebelum itu, Hanin melihat papanya. Ketika itu Rosnah baru turun dan menghampiri mereka.

"Unc, eh papa! Boleh tak malam ni Hanin tidur dengan mama? Kalau papa tidur dengan auntielah." Alif tersenyum.

"Pergilah, papa tidur dengan mami Ros." Hanin dan Shah menolak kerusi roda Dahlia masuk ke biliknya. Selesai membaringkan mamanya ke atas katil, Shahir meninggalkan mereka berdua. Hanin berbaring di tepi Dahlia, tersenyum bahagia.

"Hanin rindukan mama."

"Mama pun rindukan sayang."

Beberapa jam sebelum itu, Haziq membawa keluarganya dan Aira membawa keluarganya berkumpul di sebuah restoran.

"Kenapa dengan kamu berdua ni?" Tanya ayah Aira apabila Haziq dan Aira di depannya. Kedua ibubapa kedua belah pihak memandang mereka.

"Saya meminta maaf pakcik, tapi perasaan saya dah tak sama macam dulu." Aira kelihatan menangis di bahu ibunya. Mereka berdua agak bengang dengan keputusan Haziq ingin memutuskan pertunangan dengan anak mereka.

"Senang kamu cakap macam tu, macam mana dengan maruah Aira? Mana kami nak letak muka ni? Nak cakap apa kalau orang tanya?" Kali ini ibunya pula menyerang.

"Maafkan anak saya abang, saya akui ini silap dia. Jadi, kalau ada yang bertanya abang dan kakak boleh cakap semua silap dia." Rashid meminta maaf bagi pihak Haziq kepada bekas besannya. Ayah Aira kelihatan mendengus marah.

"Dah tak ada urusan kan? Dah, Huda bawa Aira balik. Kalau kamu main-main lagi perasaan anak pakcik macam ni, siaplah. Jangan harap pakcik nak terima kamu lagi lepas ni."

Terburu-buru keluarga Aira membawanya pergi dari situ. Aisyah dan suaminya menghembuskan nafas lega.

"Tq umi, abah." Aisyah bangun dan memandang anaknya.

"Ini last ummi abah tolong kamu. Kalau kamu buat macam ni lagi, pandai-pandailah." Haziq tersenyum. Selepas ini tiada lagi seperti ini. Dia terbayang wajah Hanin.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now