1 Ramadan

168 10 2
                                    

Hari pertama puasa dan bekerja, Ipah  letih sangat. La ni, baru Ipah tau macam mana ayah dan mak kerja cari duit untuk Ipah dan adik-adik. Kesian kat depa. Ayah lagilah penat, kerja kat bendang. Mak okey lagi. Kerja kat dalam air-cond di pejabat tanah. 

Apapun, Ipah dah tak sabaq nak masuk Poli. Alhamdulillah, biarpun Ipah tak dapat masuk U, tapi merasalah juga sambung mengaji. Ipah dapat Diploma Pembuatan kat Polimas.

Seronoknya, sebab tak jauh sangat dari rumah. Dalam lebih kurang setengah jam ja. Hujung minggu boleh suruh ayah mai ambik guna Volvo (hat Abang Paan sebut sebagai kereta antik) tu.

Dakpun, Ipah boleh pi bawa moto. Lesen Ipah pun dah nak dekat dapat dah. Mujur, Ipah gigih pi ambil test hari tu. Bolehlah merasa ulang-alik naik moto. Jitra-Alor Setar tu boleh tahan cantik juga permandangannya.

Okeylah. Ipah nak pi tolong mak masak untuk berbuka. Bulan puasa ni, Pak Kot a.k.a Pak Syukur (sebutnya dalam bahasa Kedah; kur tu dekat-dekat dengan bunyi kot) bagi balik awai, sebab kedai pukul 6 petang dah tutup.

***

"Assalamualaikum."

"Wa'alaikumusalam," jawab Ipah menutup diarinya. Matanya mengintai di celah tingkap nako.

"Ipah ke tu?"

"Ya, kak cik," sahutnya kepada anak bapa saudaranya bernama Ji'a itu.

"Kak cik nak bagi kuih ni."

"Sat na." Ipah bergegas keluar dari bilik.

Beberapa ketika, dia sudah tiba di pintu masuk rumah. 

"Banyaknya kuih kak cik." Buntang mata Ipah memandang beg-beg plastik di tangan kakak sepupunya itu.

"Abang Paanlah ni. Macam diborongnya satu bazar ramadan tu." Ada tawa kecil di hujung kata-kata sepupu Ipah itu.

Plastik bertukar tangan. Ipah mengambil dengan senyuman. 

"Pi dulu na, Ipah. Ni, kak cik nak pi bagi kat rumah-rumah jiran lain pula."

Ipah mengangguk. Dalam pada itu sempat dia mengira beg-beg plastik di tangan kakak sepupunya itu. Berbelas-belas jumlahnya. 

 Ipah dah lalui berbelas tahun puasa, suasananya beginilah. Bertukar-tukar juadah sesama jiran. Waktu beginilah, orang selalu bersedekah. Tidak semestinya memborong sebanyak 17 plastik juadah di bazar itu hanya untuk berbuka di rumah. Mana tahu, orang yang membeli itu niatnya mahu bersedekah. Berfikiran baiklah sesama manusia =)



Buku Log Ramadan Ipah PunyaWhere stories live. Discover now