IMA

30.9K 69 0
                                    

"Berapa lamakah lagi terpaksa aku menanti sehingga teguhnya pendirian dihati..
Bukan hanya kepentingan malahan keegoan
Telah kukorbankan
Berlimpahan kasih sayang aku curahkan buatmu seorang kiranya semua itu tak memadai bagimu apa sebenarmya yang kau mahu ku tak tahu kau hilang bila kutiba kau datang bilaku kecewa terasa diri dipersenda
di mana berakhirnya nanti permainan sandiwaramu ini sesungguhnya aku tak mengerti
Jika benar cinta itu buta
Butakah mataku berkali terluka masih jua ku menunggu apa yang ku inginkan cuma kejujuran dalam perhubungan
Jika itu tiada apalah ertinya penantian ini hanya sia- sia"

Kedengaran gemuruh tepukan dalam dewan diiringi dengan siulan nakal kawan-kawannya tanpa aku sedari ada mata memelandang disebalik tiang Dewan Seri Tembaga.

Aku masih mencari sepasang mata namun hampa.
"Kemanakah dia pergi? dah janji nak tengok aku nyanyi dia pulak menghilangkan diri"

Tepat jam 4 petang aku memasuki bilik stor untuk mengambil beberapa bahan untuk dipraktikkan.
"Pastikan juara milik kumpulan waja"
Kata tu yang sering diungkapkan kepadanya memandangkan aku merupakan pelajar paling banyak mengambil bahagian dalam sukan.
Sedang menapak ke padang sekolah tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang "opocot mak engkau jatuh. Eh bodohla kau ni kot ya pun bagilah salam ke apa ke ni main tepuk- tepuk je aku terajang karang baru tau"
Sahabatnya itu tersipu-sipu
"Ala sori la nil aku saja je nak tengok kau. Makin menjadi- jadi latah kau ni weh," kata Ima.

"Tadi kau pergi mana aku cari kau xde pon. Aritu beria sangat suruh aku nyanyi lagu pebret kau tu"
"Aku ada hal pagi tadi la. Abang aku datang ambik. Nenek aku sakit la nil.."
"Owh..no wonder la aku cari kau takde"

"Testing..testing..tes..tes..satu dua..satu dua.."
Kedengaran Cikgu Nazmi memeriksa mikrofon dan pembesar suara dia terus melangkah laju menuju ke padang.

"Ehh..mana pulak perginya cakera aku ni..larr tertiggal dalam stor ke?"
"Kau dah kenapa weh macam ayam berak kapur je aku tengok,"tegur Ima.
"Cakera aku tertinggal dalam stor la pulak..dahla stor tu jauh malas pulak aku nak gi ambik"
"Seblom Cikgu Nazmi tu bising baik kau gi ambik cepat..kau tu dahla tulang belakang pasukan kita,"tegur Ima

Ima seorang sahabat aku semenjak aku menapak di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Batin (entah wujud ke tak skolh ni hihi)
Ima merupakan anak salah seorang guru di sekolah kami dan merupakan satu- satunya kawan dan sahabat yang aku ada.
Setibanya di bilik stor aku mencari cakeraku."Eh bukankah aku simpan kat sini je selalu,pelik".
Tiba-tiba terasa pinggangku dirangkul. Aku menjerit "Aaarghh!!!"

Aku meronta- ronta untuk melepaskan diri terus berlari ke padang mencari Ima.
Dengan keadaan menggigil aku memanggil Ima.
"Kau kenapa weh!!
Muka kau pucat ni Anil. Kejap"
Ima mengambil handphonenya call ayahnya meminta izin untuk tidak melibatkan aku dalam sukan pada hari ini. Setelah itu aku dan Ima terus berjumpa warden untuk meminta izin masuki asrama memandangkan masa tu semua pelajar dipadang.

Setelah mandi dan solat aku ceritakan apa yang berlaku pada Ima. Ima memandang aku namun dalam pandangan Ima seolah- olah menyembunyikan sesuatu namun tidak aku tahu apkah itu.



ANILWhere stories live. Discover now