03 장 | Hanghaesa

Start from the beginning
                                    

🌟🌟🌟

Pada waktu tengah malam tepat pukul 12, Jihyo dan Sehun masih lagi duduk disofa awan melihat pemandangan kerajaan perangkap mimpi, hari ini hari ke sejuta kerajaan perangkap mimpi berjaya membantu manusia yang memerlukan.

Jadi, semua orang meraikan hari ke sejuta di dataran besar kerajaan perangkap mimpi, tetapi tidak bagi pasangan muda Jihyo dan Sehun.

Kerana mereka lebih selesa duduk di rumah mereka berbanding ke luar ditempat yang penuh dengan perangkap mimpi.

Sehun memandang Jihyo yang berada disebelahnya "Betul Hyo tak nak keluar? Sambut hari ke sejuta?"


"Kenapa? Oh Sehun nak sambut ke? Kalau Oh Sehun nak, pergilah Hyo okay"

"Bukan apa Hyo, Hyo itu sudahlah anak perempuan Ketua Besar Kerajaan Perangkap Mimpi dan aku pula-"

"Perangkap mimpi paling handal dikalangan perangkap mimpi muda?", sambung Jihyo.

Sehun hanya tergelak kecil lalu digaru kepalanya tidak gatal. Jihyo tersenyum melihat gelagat Sehun yang malu-malu itu, tampak comel aje.


"Kalau Oh Sehun nak sambut, pergilah Hyo okay. Hyo cuma penat", mendengar sahaja kata-kata Jihyo terus niat Sehun untuk berparti dibawah sana terbantut.


"Tak naklah, lebih baik kalau aku layan kau", Sehun berkata sambil matanya melekat memandang mata Jihyo.

Pandangan mereka bertaut agak lama sehingga Sehun berani mendekatkan wajahnya ke wajah Jihyo.


Hidung mereka sudah berlaga, sepertinya Sehun mahu mencium bibir kemerahan isterinya. Bila dilihat, anak mata Sehun tidak lepas dari memandang bibir mungil Jihyo.

Jihyo seperti sudah dapat mengangak apa yang mahu dilakukan oleh Sehun. Jadi dia hanya diam dan mengikut sahaja rentak Sehun.

Mata Jihyo dipejam terlebih dahulu, tetapi tidak Sehun kerana dia teragak-agak mahu mencium gadis ini atau tidak. Hatinya berbelah bahagi.

Sikit sahaja lagi bibir mereka bertemu, Sehun mengalah.

"Tak", kata Sehun.

Terus sahaja Jihyo membuka matanya "Kenapa Oh Sehun?"

"Aku tak boleh Jihyo", dia memalingkan mukanya ke arah lain, tidak mahu bertentangan mata dengan Jihyo.


Dia sedih walaupun dia sudah dapatkan Jihyo tetapi tetap sahaja hati Jihyo belum sah jadi haknya kerana hati Jihyo masih dipegang Jimin selamanya.

Sehun meraup wajahnya semasa dilemparkan pandangan ke bawah. Jihyo simpati, dia sedar akan kesilapannya tempoh hari dimana dia selalu memikirkan tentang Jimin apabila bersama Sehun.

Tangan kecil Jihyo perlahan menyentuh pipi kanan Sehun, dibawa nya pandangan Sehun kearahnya lalu gadis itu tersenyum manis.

"Kalau Oh Sehun nak, Oh Sehun boleh buat. Hyo terima"


[C] Dreamcatcher II | JiminWhere stories live. Discover now