백현 ❤
송지효 ❤
°
Jihyo memberhentikan kereta dibahu jalan.Mata dipejam seketika.Puas dia memujuk hati.Mengusir segala fikiran yang bukan-bukan tentang Baekhyun dari fikirannya.Tetapi Jihyo tetap rasa sangsi.Fikirnya sebab Baekhyun tidak mahu dia keluar bukan sebab risau dia sakit.Melainkan tidak mahu dia melihat dia dan perempuan itu.Jihyo sudah salah sangka.
Dia bukannya tidak percayakan Baekhyun.Tetapi rasa ragu-ragu.Mungkin suaminya itu mulai rasa bosan kerana terlalu lama bersamanya.Mungkin juga Baekhyun rasa kecewa kerana dia keguguran.Jihyo rasa Baekhyun boleh dapat perempuan yang jauh lebih baik dari dia.
Dia rasa rendah diri.Merasakan dirinya terlalu kerdil.Tidak dapat menjaga kandungan dengan baik.Sehingga ianya keguguran.
Setitis demi setitis airmata mengalir dipipi Jihyo.Matanya kembali dibuka.Stereng dipegang kuat.Ingin menguatkan semangatnya.Dia sudah puas bersedih.Sudah puas menangis.Sudah puas menderita.
Penderitaan dan kesedihan sememangnya akan dirasaikan setiap orang.Tipulah jika ada yang cakap mereka langsung tiada kesedihan.Bahagia sepanjang mereka hidup.Dusta dunia semata mata.Paling penting harus kuat.Tidak ada orang dapat memberikan kita kekuatan melainkan diri sendiri.Orang lain hanya boleh memberikan kata semangat untuk kita.
Telefon yang berbunyi menghentikan lamunan Jihyo.Dipandang skrin telefon.Tertera nama My Love Husband.Jihyo menghela nafas berat.
"Hello,"
"Hello, saya tak balik lagi ke??jangan lama sangat sayang.Saya risau.Saya dah balik ni.Ada dekat rumah.Awak dekat mana tu?"tanya Baekhyun.Jelas kerisauanya.
"Saya dalam penjalanan nak balik"jawab Jihyo bernada tidak ceria.
"Ok.Hati-hati.Saya tunggu dekat rumah"pesan Baekhyun.
"Ok"balas Jihyo.Talian terus dimatikan.
"Awal awak balik.Takut rasa tahu kan"ujar Jihyo.
•••••••••••••••
"Sayang lamanya.Risaulah saya"ujar Baekhyun sambil menuruni tangga.Jihyo langsung tiada senyuman seperti selalu.
Dia terus berlalu kedapur untuk meletakkan barang didalam peti ais.Baekhyun langsung tidak dihiraukan.Baekhyun mengikuti Jihyo ke ruangan dapur.Dia risaukan Jihyo.Tetapi Jihyo seperti tidak menghiraukannya.
"Jihyo.Saya cakap dengan awak ni sayang"
"Saya nak naik atas"Jihyo terus keluar dari dapur setelah selesai kerjanya.Baekhyun rasa pelik dengan sikap Jihyo yang tiba-tiba.
"Kenapa ni?"tanya Baekhyun.Tangan Jihyo dipegang.
"Saya penat"jawab Jihyo singkat.
"Awak lain.Kenapa ni??ada apa-apa yang berlaku ke?"tanya Baekhyun lagi.Tidak percaya Jihyo bersikap begini hanya kerana penat.
"Saya yang lain ke awak tu yang lain?"tangannya yang dipegang Baekhyun ditarik hingga terlerai.Mengejutkan Baekhyun.
"Awak cakap apa ni??saya tak faham"dia betul-betul tidak mengerti dengan apa yang dicakapkan oleh Jihyo.
"Awak tak bagi saya keluar bukannya sebab awak risaukan saya"kata-kata Jihyo mengejutkan Baekhyun.
"Saya memang.."percakapan Baekhyun dipintas.
"Melainkan awak risau saya nampak awak dengan perempuan lain"pintas Jihyo menyentakkan Baekhyun.
"Jihyo apa yang awak cakap ni??perempuan mana pula ni?"
"Tak payahlah awak nak pura-pura tak tahu.Saya nampak awak keluar dari restauran dengan seorang perempuan"
Baekhyun terpempang.Jihyo dah salah faham.Tangan Jihyo sekali lagi dipegang.
"Sayang awak dah salah faham.Saya tak ada apa-apa hubungan dengan perempuan tu.Percayalah"
"Saya tahu saya tak boleh bagi awak anak.Keguguran.Tak boleh dah bahagiakan awak.Saya tahu awak kecewa dengan saya"Jihyo menguatkan diri mengatakan semua itu.
Baekhyun mengeleng."Tak.Saya langsung tak rasa kecewa.Saya cintakan awak Jihyo.Awak tak perlu bagi apa-apa untuk membahagiakan saya.Lupakan pasal keguguran tu.Saya yakin satu hari nanti rezeki kita untuk ada anak akan datang"
"Saya tak boleh nak bahagiakan awak.Saya hanya mendatangkan kesedihan"ujar Jihyo dan berlalu naik ketingkat atas.
"Awak kebahagiaan saya"
••••••••••••••
Nayoung melangkah kearah Baekhyun yang sedang duduk disebuah bangku.Dia duduk disebelah Baekhyun.Lelaki itu nampak kusut.Dia tahu Baekhyun ada masalah.Telah diceritakan kepadanya.Mungkin dia akan membantu menjernihkan semuanya.Lagipun dia rasa masalah ini disebabkan dia.
"Tempat ni dapat tenangkan fikiran"Nayoung bersuara.Memecahkan kesunyian antara mereka.
Baekhyun mengangguk.Tetapi fikiran dia tak tenang.Dia terlalu cintakan Jihyo.Tidak mahu kehilangan isterinya itu.
"Saya akan tolong"
Baekhyun menoleh memandang Nayoung."Tolong?"
"Tolong selesaikan masalah awak"
"Tak perlu.Saya tak nak awak babitkan diri awak.Ni masalah awak.Janganlah susahkan diri awak"balas Baekhyun.
"Masalah awak.Tapi disebabkan saya.Saya tahu Baekhyun.Saya akan tolong awak jernihkan semua ni.Normal lah bila isteri rasa cemburu,salah faham nampak suami dengan orang lain.Saya pun akan macam tu juga.Paling penting awak kena pandai handle"
Baekhyun mengangguk.Setuju dengan Nayoung.
"Thank"
Nayoung mengukir senyuman."Saya memang kena tolong awak.Kalau tak saya akan rasa bersalah"
"Saya tahu awak sangat cintakan isteri awak.Jadi apa salahnya saya tolong"
"Bertuah sangat lelaki yang dapat awak Nayoung.Awak baik sangat"ujar Baekhyun.
"Semua orang bertuah.Awak pun.Kan?"
Baekhyun mengiakan."Betul.Saya rasa bertuah sangat.Dipertemukan dengan seorang perempuan yang mengajar saya erti cinta yang sebenar.Saya betul-betul cintakan dia.Saya pernah hampir hilang dia.Saya tak nak nanti saya betul-betul kehilangan dia"
Nayoung memandang Baekhyun."Bertuah dia"
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbh
Fanfiction❝ Thank you for being there for me whenever I feel sad and needed you . ❞
![[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbh](https://img.wattpad.com/cover/102636878-64-k60367.jpg)